Follow Us @kamharyatie

Wednesday 13 August 2014

Tips Capai 5A Di Dalam UPSR - Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri



Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah. Harini nak bagi tips bagaimana untuk dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. 


Semalam kakak saya datang rumah membawa 'tentera' nya seramai 9 orang. Hehehe....Kakak saya Kam Rafidah ada 9 orang anak, sorang ibu muda yang cukup hebat di mata saya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang ada anak seramai ini. Betul-betul memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Semasa kami berborak-borak, saya nampak anak buah saya yang sulung, Wijdan Syukran keluarkan buku dan terus buat homework. Terus saya tegur dia, "Rajinnya Syukran buat homework". Syukran jawab "Syukran kan nak UPSR".

Owh! Baru saya perasan yang anak buah saya ni bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 September 2014. Tiba-tiba abah saya pula tegur. "Syukran kene cari soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas, lepas tu praktis selalu. Selalunya soalan lebih kurang je". 

Untuk kali ni, saya nak kongsi dengan anda, koleksi kertas soalan percubaan UPSR bagi peringkat negeri untuk tahun 2014 dan juga soalan tahun-tahun lepas. Biasanya soalan percubaan lebih susah dari soalan sebenar. Jika mereka boleh menjawab soalan-soalan percubaan ini, Insyaallah mereka akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan sebenar nanti.

Sila klik di link berikut: 

 



Cadangan saya, kita support anak-anak kita, anak-anak buah, adik, atau anak jiran untuk buat latih tubi ini berulang-ulang hingga hari peperiksaan. Sebelum menjelang peperiksaan,  kita didik mereka untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa, adik beradik, atuk nenek dan seluruh ahli keluarga. Juga mohon doa dari ibu bapa dan seluruh ahli keluarga untuk kejayaan mereka.

Sebelum kakak saya pulang semalam, Syukran mengambil peluang untuk bersalam dengan kami semua, atuk, wan, pak long, pak lang, mak lang, pak teh, mak teh, termasuklah bibik saya, sambil berkata "Syukran mintak maaf zahir dan batin, doakan Syukran dapat jawab semua soalan dan dapat 5A". Saya pula yang sebak. Sama-sama kita doakan kejayaan Syukran dan semua calon UPSR.




* Sila dapatkan Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang di www.rahsiapelajarcemerlang.com
* Hj Mohd Firdaus Mat Saad, selaku Jurulatih Pelajar Cemerlang berkongsi Formula bagaimana pelajar boleh berjaya dengan mudah dan terbukti berkesan.


* Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anak rakan rakan anda yang lain, sila tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia semakin bermanfaat untuk kita semua.