Follow Us @kamharyatie

Saturday 26 April 2014

BERI DULU BARU TERIMA



Assalamualaikum,

Saya nak share dengan semua pembaca tentang ilmu LUA & NLP yang saya belajar dan hasil yang diperolehi bila kita apply dalam kehidupan seharian kita. Cerita ni saya ada share di FB minggu lepas.


Ada yang saya tak ceritakan dalam kisah di atas. Saya tambah sedikit di sini. Masa kami sampai di JPJ, dah FULL PARKING. Tapi kami masuk jugak sebab kami yakin, pasti ada orang yang dah selesai urusan mereka. Sambil kami berdoa supaya dapat rezeki parking dengan mudah. 

Kami hanya buat 1 round je dan berhenti seketika. Tiba-tiba kami nampak ada seseorang berjalan menuju ke arah parking. Kami yakin orang ni pasti akan keluar parking. Tengok-tengok, kami betul-betul berhenti depan kereta beliau. Syukur...terus dapat parking.

Semasa kami berjalan ke arah pejabat JPJ, tiba-tiba kami disapa oleh seseorang.

"Dik, sekejap dik." Sambil menghulur flyer pada saya. 
"Dik, kalau adik ada baju-baju yang dah takmo pakai, adik boleh contact akak, untuk kita sedekah pada rumah anak yatim, rumah kebajikan dan rumah orang tua. Pas pada akak je pun takpe, nanti akak sampaikan".
"Ok kak, terima kasih banyak-banyak, insyaallah." 

Dalam masa yang sama, saya nampak akak tu pegang beberapa buah buku yang tajuknya menarik perhatian saya. DOA-DOA MAKBUL. 

"Buku ni akak jual ke?" 
"Ye dik, jualan amal, duit ni akan kita sedekahkan pada rumah anak yatim ........

Pada masa tu, terlintas di fikiran saya ilmu yang saya belajar. 

KALAU KITA HENDAKKAN SESUATU, KITA MESTI BERI DAHULU, BARULAH KITA AKAN MENERIMA. 

Tanpa banyak soal, saya beli  buku tu sambil dalam hati saya berdoa, Ya Allah, aku sedekah ni semata-mata keranaMu Ya Allah. Semoga dengan pemberian yang sedikit ini akan dapat bantu kurangkan beban anak2 yatim, dan kau tambahkan lagi rezekiku agar aku akan dapat lebih banyak memberi lagi lepas-lepas ni. 

Sempat jugak saya doa, bagilah aku dapat aku no 717 tu Ya Allah...

Semasa kami pergi jumpa pegawai yang dimaksudkan untuk kami dapatkan nombor yang kami nak tu, husband saya cakap. 

"Mami, tolong fikir nombor lain, in case kalau nombor tu takde." 
Saya jawab "Tak dapat nak pk nombor lain, dalam kepala otak ni ada 717 je. Dok imagine ni no tu dah tampal kat motor. Kalau takde, tak payah susah-susah pk nombor lain, kita amek nombor biasa je"

Itu adalah salah satu konsep LUA. Bila kita nakkan sesuatu, kita mesti visualize yang kita dah dapat benda tu.Dan sama juga konsep dalam berdoa, kita mohon pada Allah dengan penuh yakin yang doa kita tu pasti dimakbulkan. Sebabnya, Allah akan beri berdasarkan sangkaan hambanya.

Kami agak mungkin akan ada nombor-nombor series yang terdahulu atau yang lama-lama yang kami boleh beli dengan harga yang lebih murah. Bila pegawai JPJ tu check dalam sistem, beliau bagitau ada nombor yang kami nak. Saya pun tanya ada berapa? Sebab kalau ada lebih dari 1, saya nak juga pilih huruf yang cantik jugak. Anda tahu apa yang berlaku? 

Pegawai tu bagitau, "ada 1 je, nombor baru ni, latest series".

Kami pun macam wow! Alhamdulillah...okla tu. Memang rezeki kami. Syukur.

Moral of the story
 
Dulu sebelum kami berniaga, kami kurang faham tentang ini. Kami sekadar tau orang selalu cakap-cakap kena selalu sedekah, takkan jatuh miskin orang yang selalu sedekah. 

Tapi lepas join berniaga di bawah Empayar Maria Firdaus, kami diajar lebih mendalam tentang konsep sedekah ni. Konsep lebih luas dan lebih mudah untuk kita faham iaitu dengan MEMBERI.  

Jika kita inginkan sesuatu, kita mesti memberi terlebih dahulu, dan barulah kita akan menerima.

JIKA KITA KURANG MENERIMA, BERMAKNA KITA MASIH KURANG MEMBERI.

JIKA KITA TIDAK MEMBERI, JANGAN HARAP KITA AKAN MENERIMA.

Memberi bukan sekadar dengan hanya wang ringgit semata-mata. Tapi dari segi ilmu, tenaga dan usaha. Lebih ramai orang yang kita bantu dalam perniagaan mereka, lebih mudah perjalanan perniagaan kita. 

Jika kita ikhlas bekerja  menyumbang bakti dalam syarikat kita bekerja, Allah akan tanamkan rasa keseronokan dan memudahkan segala urusan dalam tugas kita.


Whatever you give, you receive. It’s like a mirror, an echo, a boomerang, or a copying machine. All that we send into the lives of others comes back into our own.

NEGATIVE
  • You don’t make a connection when you complain to a store person and then a few hours later you receive a call from your neighbor complaining that your dog is barking.
  • You don’t make a connection when you meet a friend for lunch and talk negatively about a mutual friend and you arrive back at work to discover big problems have developed with your major client.
  • You don’t make a connection when your dinner conversation is about something negative in the news and that night you can’t sleep because of an upset stomach.
POSITIVE
  • You don’t make a connection when you stop to help someone who has dropped something in the street and ten minutes later you get a parking space right outside the supermarket door.
  • You don’t make a connection when you happily help your child with their homework and the next day you receive news that your tax refund will be bigger than you thought.
  • You don’t make a connection when you do a favor for a friend and, that same week, your boss gives you two complimentary tickets to a sports game.
  • In every circumstance and moment of your life you are receiving what you have given, whether you make the connection or not.
  Semoga entry kali ni memberi manfaat buat anda. Silakan share.




No comments:

Post a Comment