Follow Us @kamharyatie

Wednesday 2 April 2014

APA AKAN JADI KALAU SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI BERNIAGA???



Assalamualaikum,

Tau tak, sejak saya mula join bisnes Shaklee dan sejak saya selalu menghadiri program-program DAO, saya selalu ajak kawan-kawan saya sama berniaga. Dan berikut adalah ayat dan soalan yang selalu saya terima.....

  • Dah ramai sangat lah yang buat bisnes Shaklee ni, melambak-lambak, susah kalau semua orang buat benda yang sama
  • Orang berniaga sendiri menggalakkan orang lain turut sama berniaga, macam mana tu?   
  • Kalau dah semua orang berniaga, macam mana pulak?
  • Siapa yang akan bekerja makan gaji sebab semua orang berniaga dan jadi boss? 
  • Siapa pulak yang akan menjadi tenaga pakar?
  • Yang perempuan belajar tinggi-tinggi, last-last berhenti kerja berniaga, rugi je degree master tu

Saya yakin distributor Shaklee yang lain pun tidak terlepas daripada persoalan itu. Apa akan jadi kalau semua distributor Shaklee SID menjadi Master Shaklee. Mampu ke Shaklee nak bayar tiap-tiap Master ni 5-6 angka sebulan?

Dalam buku DAO 'Magnet Kekayaan & Kejayaan', ada disebut tentang perkara ini. Persoalan yang dilontarkan: "Jika seluruh dunia berniaga, adakah pelanggan akan berkurang?"

Jawapannya TIDAK!! Jika seluruh dunia ini berniaga sekalipun, masih tetap ada orang yang akan membeli daripada kita!!!

Haaaa.....kenapa? Tak percaya? Terpulang....Tapi saya sangat yakin dengan rezeki Allah ni maha luas, lebih daripada cukup untuk menampung seluruh umat manusia di dunia ni. THE CAKE IS NOT ONLY BIG! IT'S HUGE!

Orang yang minda miskin je yang akan nampak segalanya sempit, segalanya perlu bersaing dan segalanya perlu berebut. 

Contoh mudah...
  • Berapa ramai peniaga restoran yang pergi makan di restoran orang lain? Mencuba masakan yang lain?
  • Berapa ramai pulak pemilik bengkel motosikal menghantar keretanya ke bengkel kereta orang lain?
  • Berapa ramai pulak penjual Shaklee yang membeli daripada penjual suplemen yang lain? Cth: Madu, Habbatus Sauda, dll.

Nampak tak? Sebab Allah cipta kita ni dengan kepelbagaian. Dengan potensi dan minat yang berbeza-beza. Tak ada seorang pun manusia hebat kat dunia ni yang tak perlukan barangan atau perkhidmatan hasil daripada orang lain.

Sehebat-hebat Bill Gates, Donald Trump, DAO pun masih perlu makan di restoran milik orang lain.

Tak payah risau sangat. Sebenarnya kalau ikut logik, tak kan semua orang akan pilih untuk berniaga dan meninggalkan kerja tetap. Berniaga tu bukan mudah, penuh risiko. Tapi akan ada juga orang yang akan tetap memilih untuk buat apa yang dia buat sekarang.

Dalam ramai-ramai orang yang berjuang nak jadi boss, mesti ada je yang akan pilih untuk jadi pekerja boss kan? Ramai yang pilih untuk makan gaji. Sebab masih ramai yang memilih untuk hidup "selesa". Ni nampak jelas kan. Lagi2 kalo peniaga Muslim yang berjaya di Malaysia, boleh kira dengan jari. 

Tapi dalam masa yang sama, semakin ramai muda mudi yang nak berniaga dan berjaya dalam perniagaan masing-masing. Belum cecah umur 30 tahun, masing-masing dah bergelar Jutawan Muda. Retire Young Retire Rich.

So back to the point. Setiap orang ada peranan masing-masing. Ada penjuru yang perlu dijaga. Ada potensi dan bakat yang Allah bagi untuk digunakan sebaiknya. Kita yang paling kenal diri kita.
  • Kalau kita berpotensi menjadi guru, jadilah guru yang terbaik.
  • Kalau kita berpotensi menjadi tukang kebun, jadilah tukang kebun yang menjalankan amanah sebaiknya.
  • Kalau kita engineer, jadilah engineer yang terbaik.
  • Kalau kita ahli politik, jadilah ahli politik yang terbaik.
Dan kalau kita peniaga, jadilah peniaga yang hebat. Yang berjihad untuk menguatkan ekonomi umat Islam. Yang sentiasa mencari peluang untuk membantu orang lain selesaikan masalah mereka melalui perniagaan kita, yang boleh memberi added value kepada orang lain, yang boleh membantu orang lain dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

"9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan" - Hadis Riwayat Tirmizi.
Tu kata nabi...bukan kata si peniaga...Berniaga itu sunnah nabi. Nak kaya kena berniaga.

P/s: Tak yah risau sangat lah.. sebab mungkin salah sorangnya ialah anda.....

Jom kita buang MINDA MISKIN campak jauh-jauh ke tengah laut!