Follow Us @kamharyatie

Saturday 29 March 2014

JOM TENGOK GAJAH!!!



 
  
Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah yang lalu, kami bawa anak-anak tengok gajah di Elephant Sanctuary, Kuala Gandah, Pahang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Pada asalnya ibu dan bapa mertua saya yang ajak, nak spend time with their grandchild. 

Kami sebenarnya memang suka  outdoor activities macam ni. Nak nak anak semua boys, memang bagus lah bagi mereka ni aktif di luar. Lagipun, mereka belum pernah tengok gajah secara live. Selalu tengok di tv dan buku-buku je. Oklah, jom kita tengok aktiviti kami sepanjang di sana.


 
 Peta lokasi


Waktu lawatan


Second entrance


Nak sampai ke tempat pemuliharaan gajah-gajah, kena berjalan sikit


Sepatutnya, ada acara mandi bersama gajah. Tapi disebabkan masa ni air sungai naik sampai ke tebing, aktiviti ini dibatalkan. Terpaksa lah tengok sungai je.


Gajah-gajah ni pandai juga. Bila kita angkat tangan seolah-olah macam nak baling makanan, gajah ni akan nganga mulut.


Bila kita letak makanan di atas tapak tangan, gajah ni akan ambil makanan menggunakan belalai.


Raees mula-mula takut juga. Slowly daddy bawa, at last dia berani.


Dzikrie berjaya bagi gajah makan betik


Lepas tengok gajah, kami bergerak ke Taman Rusa pula, lebih kurang jarak 2km dari Elephant Sanctuary tadi.


Kalau berani bagi gajah makan, takkan la rusa tak berani kan. Dzikrie dan Raees steady je, Qhalish je yang masih takut-takut.


Berani jugak diorg ni pegang ular


Qhalish dok termenung tengok ular kuning tu. Sebelah tu pulak daddy dan mama.


Comel je baby hedgehog ni


Ni namanya selfie. Pandai pulak si rusa in selfie sama...




No comments:

Post a Comment