Saturday, 1 March 2014

SERANGAN DENGGI KALI KEDUA

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 21:24 |
Assalamualaikum,

Syukur...syukur...syukur. Itu sahaja yang saya mampu ucapkan.


Seperti semua sedia maklum, saya baru sahaja sembuh dari demam denggi. Ini adalah kali kedua saya terkena demam denggi. Kali pertama semasa saya berumur 13 tahun. Siapa sangka akan terkena lagi, demam denggi kali kedua sangat dahsyat. Seminggu saya ditahan di hospital.



BERLAKU DENGAN PANTAS


Semua berlaku dengan pantas. Demam datang secara mengejut semasa saya berada di ofis. Simptom-simptom bermula dengan kesejukan dan menggigil, rasa loya, sakit belakang dan sakit otot melampau, sakit kepala yang teramat sangat, sakit seluruh badan dan cirit-birit. Diikuti sakit ulu hati melampau menangkap hingga ke bahagian tulang rusuk kanan.



Tanda-tanda demam denggi

Saya sebenarnya seorang yang tahan sakit. Tapi kali ni memang sakit yang saya sendiri tak boleh tahan, hingga suami saya terpaksa bawa saya terus ke emergency. Saya dimasukkan ke Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur.




Service di bahagian kecemasan berjalan dengan lancar. Doktor mengambil keterangan dan rawatan dan terus ambil darah. Sejam setengah kemudian, keputusan menunjukkan saya disahkan denggi dengan bacaan platlet 70 dan terus admit.




Ini adalah pertama kali saya admit di Prince Court. Sebelum ini suami saya pernah admit di sini 3 tahun yang lalu kerana minor surgery akibat sinus. Bilik memang cantik. Tapi dalam keadaan sakit, saya tak dapat rasa semua tu. Selepas sembuh baru lah boleh feel macam duduk di hotel.





FASA DEMAM DENGGI

Sepanjang berada di hospital bertarung dengan denggi, saya langsung tidak boleh tidur. Senak di bahagian ulu hati hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya saya pada ketika itu. Bacaan platlet saya jatuh mendadak 57 pada hari kedua dan turun sehingga 24 pada hari ketiga. 




Satu keadaan yang sangat meruncing hingga mengakibatkan saya berada dalam tahap kejutan kritikal, Dengue shock syndrome (DSS). Saya mula mengalami pendarahan di bahagian gusi dan bintik-bintik merah mula keluar di seluruh bahagian badan.


Keadaan bertambah teruk bila waktu tersebut adalah waktu saya datang period. Sakit seluruh badan bertambah-tambah, bloated stomach semakin teruk dan saya dipantau lebih rapi kerana bimbang pendarahan period yang luar biasa kerana pada ketika itu, badan saya mula mengalami pendarahan.


Rawatan sindrom kejutan denggi sama dengan rawatan demam denggi. Dua kaedah rawatan utama yang digunakan ialah rehat dan peningkatan bendalir. Saya kena drip air 2L sehari, tidak termasuk yang consume secara oral.


Darah diambil sehari 2 kali. Sampai 1 tahap pada ketika bacaan platlet sangat rendah, nurse x dapat nak ambil darah, 5-6 kali cucuk still darah tak mo keluar. Saya masa tu serah diri aje. Carik je lah kot mana pun nurse nak ambil janji dapat darah tu. Siapa yang datang visit saya boleh tengok sendiri keadaan kedua-dua belah tangan saya, lebam di sana sini.



Antara menu di Prince Court

Selera makan tak payah cakap lah. Menu hebat mana pun, kalau dah sakit, sikit pun tak de selera nak makan. Tapi saya admit memang menu di Prince Court sedap-sedap. Sudahnya encik suami lah yang tukang perabih.

Macam-macam usaha dilakukan oleh seluruh ahli keluarga. Suami ke hulu ke hilir mencari penawar untuk saya. Ibu dan bapa saya berusaha mencari dan memasak sup ketam dan air rebusan pucuk betik untuk saya. Ibu dan bapa mertua pula mengusahakan solat hajat untuk kesembuhan saya. 



PUCUK BETIK PENAWAR DENGGI

Macam-macam tips untuk penawar demam denggi yang dikongsi oleh rakan-rakan melalui facebook. Sup ketam adalah tips biasa yang semua orang tahu. Tapi ada 1 tips yang kami baru tahu, dan betul-betul menarik perhatian kami, iaitu jus pucuk betik. Pada hari ke-3 malam ke-4, mak saya telah menyediakan setengah botol dugro jus pucuk betik. 

Pahitnya Ya Allah. Tapi disebabkan nak baik, saya gagahkan juga minum. Saya dah jadi macam budak kecil yang dipaksa makan ubat. Minum dengan cara menahan nafas dan terpaksa sediakan coklat atau buah atau makanan manis untuk hilangkan rasa pahit.

Tetapi percaya atau tidak, bacaan platlet saya naik mendadak pada hari ke-4 saya di hospital. Dari 24, naik sehingga 66. Dan pada hari yang sama juga, platlet naik lagi sehingga 100. Pada hari ke-5, sekali lagi mak saya sediakan setengah botol dugro jus pucuk betik, dan saya dengan rela hati minum sebab hati dah mula gembira kerana tanda-tanda penyembuhan sedang berlaku.

Pada hari ke-6, platlet naik lagi sehingga melepasi paras bacaan normal. Bacaan platlet normal adalah antara 150-400. Doktor dan para jururawat yang merawat saya agak teruja dengan perkembangan positif ini dan saya beritahu mereka yang saya minum just pucuk betik.

Dengan ini terbukti penggunaan jus pucuk betik muda mampu merawat masalah denggi dalam tempoh 24 jam.

Rupa-rupanya kan, dalam petua yang saya baca di internet, hanya minum 1-2 sudu je, tapi saya minum setengah botol, tapi alhamdulillah xde apa-apa side effect. Sebenarnya dah banyak penyelidikan telah dibuat mengenai perkara ini. Anda boleh rujuk di link berikut untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan:


Papaya leaf extract - wonder drug for dengue patients?
Can papaya leaves help cure dengue?

Antara usaha alternatif yang dilakukan untuk meningkatkan bacaan platlet.
“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu tepat untuk suatu penyakit, penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”

Dalam masa yang sama, saya ambil Nutriferon 1 sachet setiap hari dan Vitamin-C Sustained Release 2 biji sehari untuk boost semula immune system. Dan saya minum Performace Drink 3 kali sehari untuk meningkatkan bendalir dalam badan.


SESAK NAFAS


Walaupun saya telah menampakkan tanda-tanda untuk sembuh, tetapi ada perkara lain yang berlaku. Pada hari yang sama, saya mengalami sesak nafas. Saya tidak boleh baring langsung. 3 hari 3 malam saya hanya mampu tidur dalam keadaan duduk. Selepas x-ray dijalankan, didapati paru-paru saya dpenuhi air yang menjadi punca saya tidak boleh bernafas. 



Sebelah kiri adalah gambaran paru-paru normal. Kandungan air di dalam paru-paru dalam gambar di sebelah kanan menyebabkan paru-paru tidak kelihatan dengan jelas. 
-Ini hanyalah gambar hiasan.

Saya ditahan 2 malam lagi untuk memudah kan doktor memantau perkembangan pernafasan saya. Saya dibenarkan pulang pada hari ke-8. Hakikat pengalaman dijangkiti denggi kali kedua sangat-sangat memberi kesan kepada saya. Allah je yang tahu keadaan dan kesakitan yang dialami. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Norazlina Mohd Yusof (hari ke-7 baru saya tahu yang beliau adalah seorang Cardiologist) dan juga para jururawat yang memberi layanan terbaik sepanjang saya di hospital. Rasa saya, saya antara pesakit yang paling kerap tekan butang emergency. Sehari berpuluh kali panggil nurse minta bantuan.


Terima kasih juga kepada semua keluarga dan sahabat handai yang tak henti-henti berdoa untuk saya. Saya sangat-sangat hargai anda semua. Terima kasih atas segala tips yang diberikan, dan terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa datang melawat saya di hospital. 


Tak lupa juga maid saya yang menjaga anak-anak saya dengan baik. Bukan senang nak menguruskan ketiga-tiga hero saya tu, makan pakai dan persekolahan mereka sepanjang saya di tahan di hospital. Syukur ibu bapa saya dan mertua banyak membantu.




Macam-macam buah tangan saya dapat. Terima kasih semua.


PENGAJARAN


Serangan denggi kali kedua sebenarnya jauh lebih teruk dan kesannya lebih rumit. Kemungkinan pesakit mendapat penyakit lain yang lebih serius yang boleh merosakkan paru-paru, hati dan jantung. Sejujurnya saya rasa diambang maut.  


Semua orang akan MATI, sama ada kita sedar atau tidak sahaja akan kehadirannya. Memang saya sering ingat mati, tapi bila berhadapan ia pada tempoh hari, saya rasa saya masih belum bersedia, betapa takut wujud dalam hati, dan meminta Allah memberi peluang teruskan lagi hidup untuk melakukan banyak lagi ibadah kepadaNya. 


Allah tarik sekejap nikmat kesihatan dari saya, dan juga nikmat tidur. Kesakitan yang Allah beri pada saya yang membuatkan saya tidak boleh tidur, tapi saya cuba ambil peluang ini untuk saya bangun menunaikan solat tahajud. Ini lah peluang saya nak minta apa sahaja. Kerana pada ketika ini, saya sedang di dalam proses pengampunan.


Meskipun saya tidak mampu berdiri dan sujud dengan sempurna, tapi saya cuba setakat mana yang termampu. Sungguh, walaupun sakit, tapi saya masih boleh bangun, apa lagi semasa sihat walafiat. Peringatan untuk diri sendiri juga, sepatutnya ketika kita  sihat, dah tentu kita lebih mudah untuk bangun di sepertiga malam. 


Musibah kali ini, banyak mengajar saya erti taqwa. saya lebih insaf. saya lebih pasrah. mati itu pasti, ia milik Allah. bila-bila masa sahaja Allah akan memanggil kita. Semasa sakit tu, betul-betul buat saya menghargai nikmat semasa sihat. Sekalipun sekarang telah pulih, tetapi doktor menasihatkan saya untuk lebihkan rehat. 





Tips untuk fully recovered selepas terkena denggi

Dalam kebanyakan kes, pesakit sembuh dalam masa dua minggu. Bagaimanapun, terdapat individu yang mengalami gejala berlarutan sehingga empat minggu. Dalam kes ini, dua minggu selepas sembuh dan keluar wad, pesakit masih mengalami sakit seperti pening kepala, sakit sendi atau sakit badan.


Dalam kes saya, saya berjaya fully recovered 1 minggu selepas saya keluar hospital. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Yang penting, mesti cukup rehat, dan WAJIB ambil suplemen. Saya amalkan suplemen Shaklee berikut setiap hari sehingga betul-betul sembuh:


1. Nutriferon - 1 sachet 
2. Performance Drink- Minum 3 kali sehari
3. Vitamin-C Sustained Released - 2 biji sehari
4. Vita-Lea - 2 biji sehari


Bagaimana setiap suplemen ini berfungsi, anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Tips Sembuh Cepat Dari Demam Denggi





PENCEGAHAN

Untuk pengetahuan, penyakit demam denggi tidak berlaku di kawasan beriklim sejuk atau empat musim tetapi cepat merebak di kawasan beriklim tropika dan sub tropika. Yang saya perasan, wabak denggi akan bermula ketika musim panas dan ketika masalah catuan air. Air bertakung membolehkan nyamuk aedes membiak.

Jom kita sama-sama ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan dari kita dan keluarga terkena gigitan nyamuk aedes. Nyamuk aedes gemar keluar pada waktu pagi dan senja, oleh itu elakkan berada di tempat yang banyak nyamuk pada waktu itu. Mudah-mudahan kita semua dilindungiNya.




Jika anda rasa tips ini boleh memberi manfaaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE button di bawah dan dipersilakan SHARE. Mudah-mudahan ia akan memberi panduan kepada ramai orang di luar sana yang sedang bertarung menghadapi demam denggi dan saya doakan mereka semua sembuh seperti sediakala. 

Wassalam. 

 
Thanks for reading! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...