Follow Us @kamharyatie

Sunday 15 March 2015

TIPS SEMBUH CEPAT DARI DEMAM DENGGI



Assalamualaikum,

Musim denggi kembali lagi nampaknya. Saya dah nampak pattern musim denggi ni. Tahun lepas saya warded sebab denggi waktu-waktu macam ni lah. Hujung-hujung bulan 2 dan awal bulan 3. Bila musim panas dan kering bermula, nyamuk-nyamuk aedes membiak dengan gembiranya.

Siapa yang belum pernah baca kisah saya diserang denggi kali kedua setahun yang lalu, jemput baca di sini.

Serangan Denggi Kali Kedua (sila klik)




Dalam entry tersebut saya ada share apa yang saya makan untuk meningkatkan kadar platlet dengan cepat. Sampaikan ada reporter berminat untuk terbitkan semula entry saya tu dalam bentuk artikel dalam akhbar Harian Metro.

Glamer I kejap masa ni. Hehehe.....
Tapi kali ni, saya nak share tips untuk penyembuhan dengan lebih cepat bila platlet kita dah mula meningkat. Tips ni tak sempat saya nak bagi pada reporter tersebut. So saya share dalam blog saya lah.


KEPENTINGAN SUPLEMEN DALAM MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN

Sebelum doktor benarkan keluar, doktor ada menasihatkan saya supaya banyakkan berehat dalam tempoh 2-4 minggu. Air memang kena maintain minum banyak, dan saya dinasihatkan untuk ambil vitamin dan suplemen.

Mereka yang diserang denggi sebenarnya kehilangan vitamin dan mineral yang banyak. Sebab tu dinasihatkan untuk ambil suplemen tambahan untuk mengembalikan semula vitamin dan mineral yang telah hilang.

Saya admit di hospital selama 8 hari dan saya dapat MC seminggu lagi untuk tempoh penyembuhan. Dalam tempoh seminggu tersebut, saya memang betul-betul perlukan rehat secukupnya. Waktu itu sebenarnya kepala masih lagi agak weng orang kata. Badan pun masih lemah sebab dah seminggu tiada selera makan.

Saya nak share antara suplemen yang saya consume semasa denggi dan selepas saya keluar wad. Tempoh penyembuhan sepenuhnya mengambil masa 2-4 minggu mengikut tubuh badan masing-masing. Alhamdulillah dengan pengambilan suplemen ini betul-betul membantu saya sembuh sepenuhnya dalam tempoh yang cepat.



1. PERFORMANCE DRINK

Membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam denggi menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh).

Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan minuman isotonik yang lain sangat tinggi dengan kandungan gula.

Ada kes seorang sahabat saya yang terlalu banyak minum minuman isotonik yang biasa ada dipasaran. Side effect selepas sembuh demam denggi, beliau disahkan menghidap kencing manis. Sebab tu lah saya pilih performance drink berbanding minuman isotonik yang lain kerana ia terbukti dengan ujian klinikal satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.



2. VITAMIN C SUSTAINED RELEASED

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imuninasi badan dan untuk meningkatkan semula penghasilan sel darah putih. Sel darah putih berfungsi membunuh bakteria / virus di dalam badan. Sel darah putih merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi tubuh.




3. NUTRIFERON

Nutriferon menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Fungsi interferon adalah memberi signal kepada sel darah putih untuk bertindak balas apabila bakteria / virus masuk ke dalam tubuh badan.

Dalam kes demam denggi, interferon membantu membunuh virus denggi daripada menular dan menjadi lebih teruk.



4. VITA-LEA

Vita-lea adalah multivitamin yang mengandungi iron yang membantu dalam pembentukan semula sel darah merah. Bacaan platlet saya yang sangat rendah menyebabkan saya mengalami pendarahan kerana kekurangan platlet untuk proses pembekuan darah.

Darah yang keluar dari liang-liang roma dan gusi, dalam masa yang sama didatangi haid dan ujian darah yang diambil 2 kali setiap hari ketika denggi menyebabkan saya kehilangan banyak darah. Jadi saya perlukan iron/zat besi untuk membantu menghasilkan semula sel darah merah ke tahap normal.


SEMBUH SEPENUHNYA DENGAN CEPAT

Saya antara orang yang cukup produktif dan  mempunyai jadual yang cukup padat setiap hari. Saya bekerja, ada tanggungjawab terhadap syarikat, dalam masa yang sama saya berniaga, di bawah saya ada beratus-ratus orang yang perlukan bimbingan saya untuk bantu mereka berjaya dalam bisnes.

Saya ada keluarga, saya ada suami dan anak-anak yang perlu dijaga, dan seorang anak OKU. Jadi saya tak boleh sakit lama-lama. Saya mesti berusaha untuk cepat sembuh supaya dapat sambung menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna.

Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas itu. Masa follow up, platlet saya dah kembali ke paras normal dengan kondisi badan yang lebih sihat berkat mengamalkan suplemen secara konsisten.

Macam saya explain tadi, tempoh penyembuhan bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Jika anda amalkan pemakanan sihat dan cukup nutrisi, tempoh penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

Saya sarankan kepada anda semua, jika anda, ahli keluarga, sahabat atau saudara mara yang dijangkiti demam denggi, berilah mereka maklumat ini tentang kepentingan pengambilan suplemen untuk mengembalikan semula vitamin dan mineral yang telah hilang.

Badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap untuk proses penyembuhan. Dan yang paling penting, pastikan ia semulajadi. Jom kita dengar saranan dari Pakar Nutrisi tentang pengambilan suplemen dalam membantu penyembuhan demam denggi. 

<ifra
me title="vimeo-player" src="https://player.vimeo.com/video/120852618?h=86be81b9ba" width="640" height="360" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Klik image di atas untuk buka link video

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 



No comments:

Post a Comment