Follow Us @kamharyatie

Saturday 21 March 2015

BADAN KECIL KOLESTEROL TINGGI



Assalamualaikum,

Saya pernah cerita tentang kisah mak berjaya pulih dari masalah sakit lutut lepas beliau mengamalkan Advance Joint Health. Kesan dirasai dalam tempoh tak sampai 2 minggu. Siapa yang belum pernah baca kisah tersebut, boleh baca di sini.


Mak Dah Tak Sakit Lutut Lagi


Alhamdulillah, sejak dari itu sampai sekarang mak dah tak de mengadu sakit lutut lagi dah. Semakin hari mak semakin aktif. Mak juga dapat menunaikan hajat ramai orang yang mengidam kuih koci mak. Kuih koci the best in town.



Ramai yang sangat suka dengan kuih koci mak sebab rasanya yang sangat sedap dan rupanya yang sangat cute.

Tapi, ada 1 masalah mak yang saya perlu selesaikan. Masalahnya adalah, mak mempunyai KOLESTEROL TINGGI. Masalahnya mak TAK GEMUK. Tapi macam mana kolesterol boleh tinggi? Bacaan kolesterol Mak adalah 7!

Dari segi pemakanan, memang saya akui, mak suka masak makanan yang bersantan dan bergoreng. Sangat suka OK! Semua benda mesti goreng. Takde rebus-rebus, takde stim-stim. Kalau mak masak Ikan Sumbat Cili, lagi lah, minyak lepas goreng ikan tu, siap tuang atas nasi panas-panas.


Perghhhh!!! Memang terangkat! Secara natural, kami sekeluarga sendiri terikut-ikut cara dan pola pemakanan mak sebab mak yang control apa yang kita makan setiap hari. Dulu memang tak pernah kisah pasal kolesterol ni. Sebab TIADA ILMU.




Tak tahu apa akibat jika kolesterol tinggi. Bila umur semakin meningkat, ilmu semakin banyak dalam bidang nutrisi ni, dan dah jumpa semakin ramai ahli keluarga dan rakan-rakan yang ada masalah lain, sakit jantung, heart attack, stroke, semuanya berpunca daripada KOLESTEROL TINGGI!


Secara jujurnya keluarga kami juga antara mereka yang ambil mudah. Sebab kolesterol ni benda yang tak nampak sebab ia berada dalam salur darah. Kita hanya akan tau kolesterol kita tinggi hanya bila kita buat ujian darah ataupun bila dah terkena heart attack. Sebab tu lah orang kata silent killer.

Saya rasa nak belanja anda satu video ni. Video yang buat saya mula faham punca penyakit merbahaya akibat dari kolesterol tinggi. Saya sarankan anda tonton video ni sampai habis dan fahamkan betul-betul kesan dan akibat kolesterol tinggi. Jom kita tengok.



Amacam? Ada terasa nak p buat medical check-up sekarang jugak tak?


UBAT KOLESTEROL HABIS SELURUH MALAYSIA

Bacaan kolesterol mak pada tahun 2013, adalah 7. Iaitu dah sampai tahap bahaya. Sape yang tak tahu nak baca tahap kolesterol, sila rujuk imej di bawah.



Memandangkan tahap kolesterol mak pada tahap bahaya, mak terpaksa bergantung pada ubat kolesterol untuk turunkan kadar kolesterol. Bila bergantung bermakna tak boleh tak ambil, mesti kena ambil setiap hari. 


Tapi, pada bulan Jun 2014 yang lalu, mak beritahu saya pasal ubat kolesterol sold out seluruh Malaysia. Bayangkan betapa ramainya rayat Malaysia ni kolesterol tinggi sampai ubat pun sold out. So mak risau sebab takde ubat. Mau tak risau, kolesterol kalau dah sampai tahap bahaya. 


Nak dijadikan cerita, kebetulan dalam masa yang sama, Shaklee melancarkan produk terbaru menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi iaitu Phytocol-ST. Apa lagi, saya orang pertama yang tak ketinggalan borong. Masa tu promotion buy 6 free 1.


Ni duta Phytocol-ST tak berbayar. Hehehe....

Tapi macam biasa, saya dok terfikir-fikir macam mana lah benda alah ni boleh turunkan kolesterol. Macam tak boleh nak faham dia punya matematik. Since saya ni jenis yang suka nak kaji how it works, so saya ambil keputusan untuk join health talk pasal phytocol ni. Rupa-rupanya ini matematiknya. Semua disebabkan Fitosterol.

 

APA ITU FITOSTEROL?

 

Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL dan STANOL TUMBUHAN) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buahan, sayuran, kekacang, bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
 

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan struktur kolesterol. 
Bila kita ambil Fitosterol ni, ia akan bersaing dengan Kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman kita.

Hasilnya? Kolesterol tak boleh diserap, dan akan disingkirkan bersama-sama Fitosterol. Maksudnya, bila kita ambil lebih banyak Fitosterol, maka makin kuranglah Kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh. Dan makin tinggi lah peluang untuk kita turunkan paras Kolesterol "Jahat" iaitu LDL.


So saya bagi mak saya makan Phytocol-ST setiap hari


Selain daripada Phytocol, saya bagi mak makan Omega Guard setiap hari. Kenapa Omega Guard? Sebab Omega Guard ni fungsinya adalah meningkatkan kadar HDL. Anda tengok, selain dari tu, banyak lagi side effect yang kita dapat bila kita consume Omega Guard.

Kenapa kena tingkatkan kadar HDL? Sebab HDL ni lah yang dipanggil kolesterol baik yang tugasnya adalah untuk menyingkirkan semula kolesterol jahat LDL.





HASILNYA

Selepas 2 bulan mak amalkan Phytocol dan Omega Guard, mak follow up semula. Dengan gembiranya mak beritahu yang tahap kolesterol mak dah turun ke tahap normal iaitu dengan bacaan 4.8. Doktor agak pelik sebab ikutkan dah 2 bulan mak tak makan ubat sebab out of stock.

Tak dapat nak tunjuk bukti result darah mak sebab mak lupa nak minta daripada doktor. Insyaallah next entry saya akan update kalau mak dapat minta copy result.Yang paling best, pada umur mak 65 tahun, keputusan ujian darah mak sangat cantik. Doktor beritahu, mak takde diabetes, takde darah tinggi, kolesterol normal, hati pun cantik.

Doktor siap tanya macam mana mak berjaya turunkan tahap kolesterol. Mak cuma cakap makan Shaklee. So, doktor kata, kalau macam tu lah mak teruskan makan Shaklee. Tak perlu sebarang ubat doktor lagi dah. Lagipun ubat-ubat hospital ni mana boleh makan lama-lama. Nanti jadi efek lain pulak.

 
ABANG PUN KOLESTEROL TINGGI

Nak dijadikan cerita lagi, mak p cerita pasal result ni pada abang sulung saya. Abang agak excited nak try. Sebab tahap kolesterol abang sendiri pun border line memanjang. Padahal abang saya ni ironman. Makan pun control. Tapi kolesterol tak normal-normal jugak. Faktor usia pun boleh jadi penyebab juga.

Kalau nak tau, abang saya ni atlit. Marathon, triathlon, swimming, cycling, segala mak nenek aktiviti lasak dia buat. Konsisten pulak tu. Ironman challenge pun dia berjaya lepas.

Alhamdulillah, lepas 2 bulan consume Phytocol dan Omega Guard, memang betul-betul menampakkan hasil yang menakjubkan.




Ini pula testimoni salah seorang pengguna yang lain.


BANTU DIRI, KELUARGA DAN SAHABAT

Syukur Alhamdulillah, seronok dapat bantu family sendiri jadi lebih sihat. Siapa lagi yang WAJIB kita bantu kalau bukan bermula dari family sendiri kan. Sebenarnya, bukan orang gemuk saja ada kolesterol tinggi. Orang yang kurus pun boleh ada kolesterol tinggi. 


Orang yang aktif dan masih control makan pun kolesterol tinggi. Faktor peningkatan usia salah satu penyebab tahap kolesterol semakin meningkat. Sebab tu penting untuk kita jadikan Medical Checkup sebagai rutin tahunan, walaupun kita rasa kita sihat je. 

Ingat yer, KOLESTEROL TINGGI ADALAH PEMBUNUH SENYAP!!! Sebelum tu saya nak tanya beberapa soalan kepada anda untuk mengetahui adakah anda tergolong di dalam golongan yang berisiko tinggi?
  • Adakah anda concern tentang tahap kolesterol anda sendiri....atau anda berisiko terkena serangan jantung atau masalah kardiovaskular, atau stroke, atau diabetes. Bagaimana pula dengan sahabat, keluarga atau mereka yang anda sayang?
  • Adakah anda sendiri mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, atau border line, atau ada sejarah keluarga dan genetik?
  • Adakah anda, keluarga atau sahabat sedang mengambil ubat kolesterol yang disarankan oleh doktor seperti Lipitor®, Zocor®, Crestor® atau seumpamanya?
  • Adakah anda pernah mencuba diet atau program tertentu untuk menurunkan kadar kolesterol, malangnya masih belum berkesan?
Jika jawapan anda YA bagi salah satu atau kesemua soalan di atas, anda harus BERTINDAK SEKARANG! Sebelum anda atau keluarga anda menjadi salah seorang dari mangsa SILENT KILLER seterusnya.

TURUNKAN PARAS KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI dengan SET KOLESTEROL SHAKLEE.

Tapi bagi anda yang berbadan besar, obes, gemuk atau BMI melebihi paras normal, confirm mempunyai kolesterol tinggi. Anda yang termasuk dalam golongan macam ni, saya sarankan anda baca ebook di bawah. Anda boleh download secara percuma.

Teknik yang dikongsi di dalam ebook ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari dan dalam masa yang sama berjaya menurunkan kolesterol dengan sangat mudah.

DOWNLOAD PERCUMA!!!!
Klik image di atas untuk download PERCUMA!
 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

p/s Oopsssss!!!! Gambar kuih koci yang anda tengok masa kat atas sekali tu takde kaitan dengan kolesterol ye. Hihihihi.....Saje saya nak jamu mata anda semua. Harap maaf kalau anda tiba-tiba teringin nak rasa kuih koci mak saya. Tapi kalau teringin juga, boleh hubungi saya.

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan SET KOLESTEROL sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bb33fbc7e4a865286ce7a66a47a6f74d 
Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!