Follow Us @kamharyatie

Sunday 1 February 2015

TIPS KURUS DENGAN CEPAT SELEPAS BERSALIN




Assalamualaikum semua, 

Nak tahu tak? Kalau anda seorang ibu menyusu, anda akan sentiasa mengalami satu situasi kerap lapar. Sepanjang proses penyusuan, nafsu makan kita akan meluap-luap. Terutamanya setiap kali selepas menyusu. 

Ni pengalaman saya sendiri, sepanjang proses penyusuan ketiga-tiga anak saya, saya makan 6 kali sehari. Dan saya kerap makan di waktu malam, sebelum tidur. Sebabnya perut lapar sangat.

Ermm....Ngeri tak dengar? Ramai yang takut dengan situasi ni. Boleh kata 24 jam asik lapar aje. Tapi percaya tak, badan saya tak naik malah semakin slim. Makan banyak, tapi tetap kurus. 


PEMBAKARAN LEMAK SEMASA MENYUSU

Kalau anda nak tahu, proses penghasilan susu sebenarnya memerlukan tenaga. Penyusuan akan menyebabkan ibu membakar 500 kalori tenaga setiap kali menyusu. Sebab tu lah kita akan kerap rasa lapar.



Kalau sehari kita menyusu anak kita 5 kali, berapa jumlah kalori terbakar. Haaa....yang ni senang je nak kira. Anda boleh kira dengan cara mengepam susu. Kalau minum direct memang susah sebab kita sendiri tak tahu berapa banyak jumlah susu yang anak kita minum.


1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda. Kalau anda pam 30 oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan seterusnya.

1 oz = 20 kcal  

Semakin banyak susu  terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan. Jika anda pam susu sebanyak 25 oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari. Sebab tu lah anda akan rasa lapar giler setiap kali selepas menyusu.

Setiap 1 sesi mengepam, biasanya saya dapat antara 9-12 oz. Saya akan pam sehari 3 kali. Saya guna pam manual je, senang nak bawa ke mana-mana. Pam ni saya guna dari anak pertama sampai anak ketiga. Berbaloi-baloi.

Bayangkan semasa dalam pantang, kita mesti menyusukan anak kita 8-12 kali sehari. Pengalaman saya sebelum ni, berat sebelum pregnant, 48kg. 

Masa pregnant naik 17kg. Lepas bersalin dan dalam pantang berat saya turun 8kg. Dan semakin turun secara perlahan-lahan. Dalam bulan ke-3 dan 4 saya berjaya dapat semula berat 48kg. 

Best tak? Tak yah susah-susah nak p marathon gym semua bagai. Enjoy moment menyusu anak sambil baring atas katil tengok tv, sambil bakar kalori, lagi best kan?

Sebab tu, kebanyakan ibu akan kembali ke bentuk badan yang asal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tapi ada juga yang tak berjaya atas sebab hormon, pemakanan dan stress.

Kajian menunjukkan ibu yang menyusu perlu mengambil extra 500 kalori setiap hari dari orang biasa.  Biasanya, orang biasa perlukan 2000 kalori sehari. So ibu menyusu mesti extra 500 kalori sehari. So best kan?  

Tapi! Bagi ibu-ibu yang makan seperti biasa, yang makan tak cukup kalori yang disarankan untuk ibu menyusu, badan anda akan lebih cepat turun. Sangat cepat! Sebab apa? 

Sebab bila badan kita tak cukup kalori untuk menghasilkan susu, lemak-lemak yang terhasil sepanjang proses kehamilan, akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan susu.



Saya perasan, bahagian yang paling cepat slim adalah bahagian yang paling banyak lemak. Perut, peha dan pinggul. Semua seluar dan baju sebelum pregnant, semua saya boleh pakai semula, seawal bulan ke-3 selepas bersalin. - Ini hanyalah gambar hiasan
  
Inilah rupa saya semasa mengandung. Makan-makan dengan office mate saya, Ikha. Makin nak sampai hari bersalin, badan semakin dipam pam. Makan pun makin selera. Memang belasah makan apa saja sebab dalam pantang nanti ada sesetengah makanan yang kene dipantang. Average berat saya naik sebanyak 17kg.

OK. Ini gambar saya masa anak pertama, Dzikrie berumur 5 bulan. Kurus tak saya. Hehehe....

Gambar kiri selepas saya baru habis pantang bersalin anak kedua, Qhalish. Masa ni saya dah turun 8kg. Gambar kanan masa Qhalish umur 4 bulan.


Ni gambar masa anak ketiga saya, Raees berumur 6 bulan.


Ni masa saya bertugas di Langkawi. Masa ni Raees sudah pun berumur 2 tahun lebih. Tapi Raees masih lagi menyusu. Mungkin ada ilusi optik di situ, saya dan Affni nampak kecik sebab orang lain jauh lebih besar. Hehehe...tapi memang betul saya masa ni sama kurus dengan Affni.
 
Sebab tu lah, bagi saya, tempoh penyusuan adalah momen terbaik untuk makan apa saja. Badan saya maintain sepanjang saya menyusukan anak-anak saya. Tapi saya cerita ni bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Bukan campur ye. 

Kalau dah campur susu, semua yang saya cerita tadi dah tak boleh digunapakai. Jangan pulak ibu-ibu yang dah campur susu formula pada anak p makan extra 500 kalori sehari. Silap haribulan makin bam bam la jawabnya.


FOKUS BANYAKKAN SUSU BADAN

Rasa-rasa ibu semua faham tak apa yang saya nak sampaikan ni. Saya nak beri tahu kepada semua ibu, bahawa berilah susu badan kepada anak-anak kita. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut;

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Terlalu banyak kebaikan yang akan diterima oleh kedua-dua ibu dan anak sepanjang proses penyusuan. Siapa yang belum pernah baca tentang kisah susu ibu di dalam Al-Quran, boleh baca lebih lanjut di sini. 


Jadi, ibu yang selepas bersalin, kalau nak cepat slim, susukanlah anak-anak dengan susu badan. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk tidak mengamalkan sebarang diet untuk turunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan yang pertama selepas bersalin. 

Diet yang tidak seimbang akan menjejaskan penghasilan susu badan dan menyebabkan anda kehilangan tenaga dan menjadi kerap letih. 

Dua bulan pertama selepas bersalin, mesti FOKUS kepasa proses PENYEMBUHAN dan MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN. Bukan menurunkan berat badan. Seperti yang saya terangkan tadi, proses penyusuan itu sendiri akan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Percayalah, ibu menyusu TERPAKSA KURUS!

Macam mana cara nak banyakkan susu badan, senang aje. Sila lah consume Set Menyusu Shaklee. Kalau nak try makan makanan-makanan yang lain pun boleh jugak. Cuma larat tak larat je la nak sediakan semua tu. Ikut pengalaman saya dari anak pertama, set menyusu dah ada semua sekali. ON THE GO!

Saya sendiri mendapat nutrisi lengkap dengan set menyusu. Kalau nak lagi jimat, sebelum bersalin, prepare siap-siap Set Bersalin & Menyusu. Yang lagi best sebenarnya Set Slimming juga terdapat dalam Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Best giler lah!


Salah satu testimoni sahabat kami yang mengamalkan Set Lengkap Bersalin & Menyusu. Sebijik pengalaman saya.

Tapi, ibu-ibu kene beringat. Selama 2 tahun lebih kita menyusu, kita boleh makan apa sahaja kan. Bila cerai susu, cara pemakanan kita kena control semula. Kita dah kira kategori orang biasa. Dah takde kalori-kalori tambahan yang diperlukan lagi dah. 

Saya sendiri sedang mengalami situasi ini sekarang. Berat saya dah lebih 5 kg. Sekarang dalam proses untuk penurunan berat badan semula. Dah terpaksa join program Now Everyone Can Kurus. Insyaallah, sebelum raya nanti akan dapat semula berat badan yang dikehendaki.


SET LENGKAP MAHAL?

Statement mahal tu dah biasa sangat kami terima. Sebab saya juga pernah anggap perkara yang sama pertama kali saya dapat tahu tentang set lengkap ni. 

Tapi, lepas saya kira dan buat perbandingan dengan kos susu formula dan juga kos untuk menurunkan berat badan, sebenarnya Set Bersalin &  Menyusu Shaklee tersangat murah.

Saya tak prefer untuk makan jamu sebab jamu akan menyebabkan susu kering dan sangat tidak sesuai untuk ibu-ibu menyusu. Mungkin akan beri kesan sampingan juga kepada bayi. Sebab tu saya pilih Shaklee. Suplemen yang dihasilkan 100% dari bahan-bahan semulajadi.

So, lepas ni, mesti semua bersungguh-sungguh nak fully breastfeed anak-anak kan? Rugi tau siapa yang tak berusaha memeriahkan susu badan. Siapa yang nak tau lebih detail, boleh contact saya. 

Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



No comments:

Post a Comment