Follow Us @kamharyatie

Sunday 19 January 2014

Macam Mana Saya Boleh Terjebak Di Dalam Kancah Ini?



Assalamualaikum,

Macam mana nak cerita ya? Kancah apa pulak ni? Sentap! Yang pasti, yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah tak lain tak bukan, adik saya Maria, adik ipar saya Firdaus dan suami saya sendiri! Kerana mereka, saya telah terjebak di dalam kancah kekayaan.


Dulu saya selalu dengar-dengar je Firdaus dok cerita-cerita pasal program Dr. Azizan. Saya ingat lagi, 6 bulan lepas, masa tu saya baru nak berjinak-jinak di dalam bisnes Shaklee. Niat asal buat bisnes Shaklee ni sebenarnya sekadar nak tambah pendapatan, dan nak merealisasikan impian suami saya yang beria-ia suruh saya berhenti kerja dan buat bisnes di rumah. 

Pada masa tu, saya belum nampak kenapa saya perlu buat bisnes. Pada hakikatnya, saya dah selesa bekerja, walaupun selalu stress dengan karenah bosses and users, selalu balik lambat, kerja weekend, saya masih lagi rasa selesa. Sebab nya yang pasti, hujung bulan tetap akan dapat gaji, walaupun dalam hati selalu komplen, gaji level Exec, tapi workload sama macam level GM.


Matlamat Berniaga

Saya pada asalnya, telah dipaksa oleh suami untuk menghadiri program Intensif Jutawan Industri (IJI) anjuran Richworks pada bulan Sep2013. Kenapa kena paksa, sebab dia dah bayar beribu dan daftar nama saya sekali. Since saya memang jenis orang yang tak suka membazir, saya ikut juga lah.

Selepas dari program tu, saya dipaksa pula menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada Dec2013. Selepas IMKK, join pula program Advanced Marketing Power (AMP) pada Jan2014.

Dalam semua program anjuran richworks inilah saya mula faham, niat asal saya buat bisnes sekadar untuk tambah pendapatan adalah salah sama sekali. Matlamat saya tak jelas. Bila matlamat tak jelas, perjalanan bisnes kabur, income pun jadi tak seberapa.

Saya mula faham dengan jelas, apakah matlamat sebenar berniaga di dalam Islam. Berniaga sebab nak kaya semata-mata adalah salah satu dosa besar di dalam perniagaan. Matlamat utama berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah orang dan menambah nilai hidup orang lain.

Antara tips yang saya belajar, sekiranya anda memang ada niat hendak berniaga, tapi tak tahu nak berniaga apa, anda boleh mulakan dengan apa yang ada di depan mata anda. APA SAHAJA! Saya mula terfikir, saya telah consume produk Shaklee hampir 3 tahun, selama ni saya hanya share kebaikan produk dengan kawan-kawan sahaja.

Dan bila Dr. Azizan kata APA SAHAJA, saya mula nampak kenapa saya tidak meneruskan bisnes Shaklee ini dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya, produk Shaklee sendiri adalah antara produk suplemen dan makanan tambahan yang terbaik di dunia kerana ia 100% dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi, bebas toksik, bebas bahan kimia, tiada perasa atau pewarna tiruan.

Produk yang hebat adalah sia-sia jika ia tidak sampai ke sasaran. Saya sendiri consume Shaklee hampir 3 tahun dan saya sendiri telah merasai kehebatan produk ini dan saya berdosa jika saya tidak kongsi kebaikannya kepada orang lain.


Selesaikan masalah orang

Saya banyak kongsi dengan kawan-kawan tentang kejayaan saya menyusukan anak saya yang ketiga sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun dengan produk Shaklee. Mak saya sembuh sepenuhnya dari osteoarthritis dengan pengambilan Set Sendi secara konsisten.

Anak-anak saya semakin bijak dan sihat dengan pengambilam OmegaGuard dan Meal Shakes, bacaan kolesterol saya turun pada tahap normal, saya berpantang di dalam keadaan yang sihat dan cergas. Saya tahu ramai di luar sana yang menghadapi masalah-masalah kesihatan. Dan di sini lah peranan saya dalam membantu menyelesaikan masalah mereka.



Tambah nilai hidup orang

Biasanya, bila ada customer yang beli produk Shaklee dalam kuantiti yang banyak, saya akan offer mereka peluang untuk menjadi ahli secara percuma. Inilah salah satu cara untuk menambah nilai hidup mereka dengan memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan produk yang mereka sendiri amalkan.

Sebab Dr. Azizan dah cakap, APA SAHAJA di depan mata kita, kita boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan. Dan saya sendiri tak mahu customer saya mengalami situasi yang sama macam saya. Pengguna tegar Shaklee selama hampir 3 tahun, beli secara online dengan mereka yang saya tidak kenali, tetapi tiada seorang pun yang cerita kepada saya tentang peluang bisnes ini.

Sedih, memang sedih. Sebab nampak seolah-olah mereka ni memang semata-mata nak menjual. Tidak mencari peluang untuk tambah nilai hidup orang. Saya tak nak jadi orang macam ni, selfish. Sebab tu tak ramai yang boleh sustained di dalam perniagaan ini. 


The power of contribution

Bila kita menghadiri program-program anjuran Richworks, kita dikelilingi oleh aura dan cas-cas positif. Saya sentiasa dikelilingi oleh orang yang kaya-kaya, orang yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Saya pernah duduk, berborak, share dan dipeluki oleh jutawan-jutawan yang pada awal nya saya sendiri tidak tahu bahawa mereka ini adalah jutawan.

Mereka ini hidup sederhana. Cukup sederhana. Tapi kenapa mereka masih lagi sanggup menuntut ilmu untuk menambah kekayaan mereka. Orang luar selalu cakap, dah kaya, dah jutawan, tak cukup-cukup lagi ke. Mata duitan, cukup-cukup lah tu.

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.

Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga.




Moral

Matlamat saya dalam bisnes sekarang makin jelas. Setiap hari saya selalu fikir, berapa banyak yang saya boleh beri kepada orang. Saya dah faham kenapa kita perlu jadi kaya. orang yang takde apa2, takkan dapat beri apa-apa kepada orang lain.

Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Antara doa yang selalu saya amalkan, "Ya Allah, ajari aku, control diri dan niat aku untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah membantu orang lain, Amin."

Kepada semua kawan-kawan, customer dan bakal customer, bila saya ajak anda untuk join member Shaklee di bawah Empayar Maria Fidaus's Millionaire in Shaklee, tak de niat lain selain ingin memberi peluang untuk anda mengubah dan upgrade diri ke arah tahap yang lebih baik. Dan anda wajib beri ruang dan peluang kepada diri anda sendiri untuk ini.

Sebab saya sendiri dulu mula-mula menjauhkan diri dari perkara macam ni dengan alasan tak mau lagi terjebak dalam MLM. Tapi percaya lah, bila anda join group hebat ini, anda takkan perasan pun yang anda sedang buat bisnes MLM. Kami akan train anda, dengan melalui bisnes ini, anda sebenarnya mampu untuk menjadi seorang manusia yang bermanfaat.

Kami akan kongsi dengan anda ilmu-ilmu perniagaan yang telah kami belajar dari Dr. Azizan. Insyaallah ini akan menjadi salah satu dari pencen kubur kami. Sila hubungi saya jika anda berminat untuk bersama-sama saya dalam misi ini. Insyaallah, semua perjalanan hidup anda akan berubah ke arah yang lebih baik.
 

p/s Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

JOM JADI KAYA!