Follow Us @kamharyatie

Thursday 2 January 2014

Pisang Goreng Cheese Leleh




Semalam, lepas dinner saya tanya wife saya. "Mommy, xde apa-apa desert ke?" Wife saya jawab "Xde la dedi, pisang ade la, nak?" "Pisang je? Tak mo lah" Masa saya buka fridge nak ambil air sejuk, saya ternampak cheddar cheese. TING! Ada cheese, ada pisang, saya pun tunjuk cheddar cheese tu kat wife saya.


Seperti biasa, wife saya ni, saya tak payah cakap pun dia dah faham. Terus dia keluarkan chocolate rice. Saya pun apa lagi...pisang goreng cheese leleh la jawabnya desert kita untuk malam ni. Benda nie takla susah nak buat. Main campak-campak je. Kalau dapat makan dengan ais krim lagi sedap. Cakap banyak tak guna. Jom saya share camner nak buat. Budak-budak pun boleh buat.

Bahan-bahan:
Sebiji Pisang (pisang abu/pisang batu, pisang nangka, pisang lang, pisang nipah dan pisang tanduk)
Sesudu besar mentega
Sesudu besar Coklat Rice
Sesudu besar Grated Cheese (Cheddar)
Sesudu kecil gula
Secubit garam


Cara-cara:
Pisang kene potong camnie tau. Atau terpulang ikut citarasa masing-masing dan potong macam mana pun


 
Pisang digoreng dengan butter sehingga kekuning-kuningan. Tabur gula dan secubit garam semasa menggoreng.


 
 Cheddar Cheese. Boleh juga beli yang dah shredded. Tapi beli cheese bar macam ni lagi murah


 
Tabur cheese yang dah diparut tadi dan chocolate rice atas pisang


Cadangan hidangan

Anda boleh juga improvise dengan cadangan hidangan di bawah


Pisang digoreng dengan tepung
Credit


Ataupun boleh buat macam ni...cheese dan coklat diparut 
Credit

Anda boleh je letak apa-apa atas pisang tadi. Letak aiskrim pun boleh, kemudian letak coklat cair Hershey's dan drizzlekan atas aiskrim tadi. Janji ikut citarasa & sedap. Selamat mencuba ya.....





No comments:

Post a Comment