Follow Us @kamharyatie

Saturday 8 October 2016

TIPS HAMIL SIHAT & CERGAS BAGI IBU YANG BERUMUR 35 TAHUN KE ATAS





Assalamualaikum,

Ramai yang tahu, saya ada 3 orang anak lelaki. Saya rasa genetik blah husband sebab keturunan Syed ni kan kuat nau makan kambing dan daging. Nak tengok diorang ni makan ikan, makan sayur memang susah. Beza dengan family saya yang semuanya lebih kuat makan ikan dan sayur.


Suami teringin sangat anak perempuan. Sebenarnya, saya tak larat nak pregnant lagi. Tau la membesarkan anak-anak yang semuanya lelaki. Kami kahwin pun agak lewat usia, umur saya 28, suami 30. So bila dah masuk 37 tahun ni, nak soh pregnant lagi, erm...memang pk panjang jugak la.

Kerisauan saya sebenarnya bimbang tak dapat nak fokus dengan anak-anak yang lain, especially Qhalish. I need to put an extra care and extra effort on Qhalish. Dia kan special. Banyak perkara yang saya kene buat untuk dia. Risau kalau ada baby nanti, Qhalish ni macam terbiar pulak.

Dalam keadaan macam ni, tiba-tiba nak ada anak kecik, jarak beza 6 tahun dengan yang no 3 tu, buat saya rasa macam beranak sulung. Satu lagi kerisauan saya, sebab pregnancy atas umur 35 ni dah masuk category high risk pregnancy.







RISIKO HAMIL DI ATAS UMUR 35 TAHUN

Ada pepatah mengatakan "Age ain’t nothing but a number". Tapi jika dikaitkan dengan kehamilan, usia biasanya menjadi satu faktor utama pelbagai masalah dan mendatangkan pelbagai risiko terhadap ibu dan bayi. Ini antara risiko yang biasa dialami oleh ibu yang hamil 35 tahun ke atas: 


  • Risiko berlaku keguguran lebih tinggi
  • Risiko berlaku pendarahan bagi si ibu lebih tinggi
  • 1% daripada kehamilan di usia ini berisiko mendapat bayi down syndrome
  • Kegagalan fungsi saraf tunjang pada bayi
  • Bayi yang dilahirkan mempunyai imunisasi rendah dari bayi normal
  • Kecacatan pada bayi kerana kecacatan kromosom
  • Keletihan melampau pada ibu (Di usia 35 tahun ke atas, kekuatan fizikal wanita akan lebih menurun dibandingkan pada masa produktifnya)
  • Risiko kesihatan bagi ibu berpenyakit darah tinggi dan kencing manis
  • Masa kelahiran (labour time) lebih lama


CARA MENGURANGKAN RISIKO MASALAH KEHAMILAN 


Ibu yang merancang untuk hamil di atas usia 35 tahun mesti tahu  risiko yang bakal dihadapi supaya boleh merancang cara untuk mengurangkan risiko tersebut. Berikut adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko masalah kehamilan:



  • Jaga pemakanan - ikut diet sihat ibu mengandung
  • Elakkan kerja berat dan aktiviti lasak
  • Rehat secukupnya
  • Regular check-up, mesti ikut jadual
  • Sokongan emosi dari suami dan ahli keluarga
  • Sentiasa berfikiran positif dan elakkan tekanan perasaan
  • Based on advise dari doktor pakar sakit puan, dan pakar nutrisi, perkara paling penting yang WAJIB dilakukan oleh ibu yang bercadang untuk hamil di atas usia 35 tahun, adalah jaga gizi dan pemakanan seimbang.
  • Pastikan pengambilan suplemen secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi.


HAMIL DI USIA 37 TAHUN DENGAN RUTIN HARIAN YANG AKTIF 


Kalau anda nak tahu, rutin harian saya sangat aktif dan juga lasak. Bukan sengaja lasak, tapi TERPAKSA lasak. Anak-anak semua dah start sekolah. Urusan seharian dah makin sibuk sebab anak-anak semuanya sekolah lain-lain.

Sekolah Qhalish jauh pula tu. 10km jarak dari rumah. Anak yang lain, aktiviti nya macam-macam. Sekolah kebangsaan lah, sekolah agama lah, kelas mengaji lah, kelas swimming lah, terapi lah. Saya pula kerja, bisnes lagi. Aduhai, penuh jadual saya. Memang saya tiap-tiap hari kejar masa. 




Tanggungjawab saya pula setiap hari hantar dan ambil anak sekolah dalam waktu kerja. Saya dapat special arrangement dari CEO untuk keluar rehat 2 jam setiap hari untuk memudahkan saya ambil anak-anak balik sekolah dan hantar ke sekolah agama, dan masuk office semula.

Dalam masa yang sama, saya buat bisnes Shaklee. Alhamdulillah customer memang ramai. Anak, cucu, cicit, piut, piat, pun beribu-ribu di bawah saya, yang perlukan bantuan, tips bisnes dan nutrition consultation. Cabaran bagi saya nak layan semua sekali.




Bila time closing, meja makan dah jadi meja kerja. Lambak semua kat atas ni senang. Maklumle, meja 8 kerusi.

Sebab masa sangat suntuk. Saya kena pandai arrange masa untuk buat semua. Biasanya kalau sempat, lepas setel anak-anak, saya COD barang terus. Tapi kalau tak sempat, saya COD lepas office hour.



Beli barang di branch biasanya saya pergi selepas office hour. Dan kalau sempat, lepas ke branch, saya akan shoot terus ke pejabat pos untuk pos barang-barang order. Tengok keadaan juga.





Husband pulak selalu takde, selalu outstation, so jarang-jarang boleh tolong pos barang, memang saya kena pergi sendiri. Sebab customer kalau dah order mana suka tunggu lama-lama kan. Order hari ni, kalau boleh barang tu nak sampai semalam...hehhee... 



So macam mana ni? Nak pregnant lagi ke tak? Kalau tengok senarai risiko kat atas tu, memang tak nak pregnant lagi. Sebab saya tak tahu condition badan saya macam mana nanti. Tapi sebab husband beria2 nak anak pompuan, takpelah, I'll take the risk.

Percubaan terakhir. Tapi saya tak kisah kalau dapat boy pun. Saya serah pada Allah, yang mana yang terbaik. Faktor umur memang tak boleh nak elak, tapi kita boleh ikhtiar untuk make sure badan kita sentiasa sihat supaya segala risiko tersebut dapat dikurangkan.

Saya kena maintain stamina sama macam pregnant sebelum-sebelum ni. Saya kena ikhtiar untuk meminimumkan risiko. Jadi, saya decide untuk ambil Set Hamil Shaklee

Walaupun pregnant kali ke-4, tapi ini kali pertama saya consume Set Hamil Shaklee. Sebab masa pregnant 3 anak sebelum ni, saya belum kenal lagi Shaklee tu apa. Saya kenal Shaklee hanya selepas bersalin anak yang ketiga. 

Dan sebab saya rasa ada perbezaan yang sangat ketara bila saya consume Shaklee dengan tidak, saya decide untuk terus amalkan Set Hamil Shaklee untuk pregnant kali ni. Anda boleh baca kisah pengalaman saya berpantang dengan Set Bersalin & Menyusu Shaklee di bawah.


PENGALAMAN BERPANTANG WITH & WITHOUT SHAKLEE



KURANGKAN RISIKO KEHAMILAN DENGAN SET HAMIL SHAKLEE 


Based on apa yang saya belajar dalam kelas nutrisi anjuran Shaklee sebelum ni, saya cuba fahamkan semula fungsi setiap satu item dalam Set Hamil Shaklee. Dan atas nasihat pakar nutrisi dan doktor pakar sakit puan, saya memang WAJIB ambil kesemua 1 set lengkap.

Saya memang tak ambil langsung suplemen dari klinik. Even gynae saya sendiri yang galakkan saya ambil Set Hamil Shaklee. Dan beliau memang pesan supaya saya konsisten ambil SEMUA item dalam Set Hamil Shaklee. Sebab faktor umur saya yang dah lebih dari 35 tahun.

Dan percaya atau tidak, selama saya amalkan secara konsisten kesemua Set Hamil Shaklee ini sejak dari awal kehamilan, betul-betul membantu mengurangkan risiko yang biasa dialami oleh ibu-ibu yang hamil di atas usia 35 tahun. 

Sebab dengan Set Hamil Shaklee ni dah memang cukup jumlah nutrisi. Setiap tablet atau kapsul tu dah memang ada kandungan dan jumlah nutrisi yang memang diperlukan.

So tak perlu nak pening-pening fikir, cukup ke kalsium aku makan ni, cukup ke protein aku amek harini. Sebab ada masa saya memang tak sempat lunch. Main grab apa sahaja yang ada. Roti pun roti lah, janji alas perut.

Alhamdulillah, sehingga setakat 30 minggu saya amalkan, saya masih kekal aktif dan cergas. Aktiviti rutin harian saya masih seperti biasa. Sama je sebelum saya pregnant. Takde yang beza. Masih ke sana sini hantar anak sekolah, jemput anak balik sekolah.



Lagi pulak anak saya Qhalish yang autisme ni, mood nya sukar dijangka. Kalau time datang mood tak kena tu, memang dia tak mau masuk kelas, lari ke tengah jalan, atau mintak dukung. Sebab saya ni mengejar masa, nak tak nak terpaksa layankan juga


Sehingga bersalin, bacaan HB saya masih cantik, takde diabetes, takde darah tinggi, masih cergas walaupun perut dah boyot. Cuma masa awal-awal haritu ada bleeding sikit bila saya aktif sangat.

Bila cek dengan doktor, doktor kata uri di bawah. Tapi lepas bulan ke-5, doktor bagitau uri dah naik semula ke atas. Alhamdulillah. Jom kita tengok bagaimana setiap item di dalam Set Hamil Shaklee ini membantu mengurangkan risiko ibu hamil.

Kepada para ibu yang berumur 35 tahun ke atas dan bercadang untuk hamil lagi, saya sangat sarankan untuk ambil kesemua item di dalam Set Hamil Shaklee ini. Kita ikhtiar, dengan izin Allah, ibu dan bayi akan sentiasa sihat sepanjang kehamilan dan selamat sehingga bersalin nanti.

Tapi, saya nak ingatkan, kita ikhtiar untuk kurangkan risiko sahaja ye. Umur masih lagi menjadi faktor utama terhadap kesemua risiko yang saya senaraikan di atas tadi. Ibu masih perlukan rehat yang secukupnya.

Badan kita perlukan rehat. Bila usia kandungan dah masuk 7 bulan ke atas, perut dah semakin membesar, kita tetap akan rasa cepat mengah. Kita bukan robot yang boleh buat kerja 24 jam. Kita memang rasa badan kita kuat, tapi dalaman kita sendiri tak tahu. 

Siang memang kita rasa cergas. Tapi bila dah seharian ke sana sini, bila malam, badan tetap akan bagi signal suruh rehat. Kita akan rasa letih. Orang yang tak hamil pun penat, apalagi ibu hamil, yang terpaksa menampung berat extra selama 9 bulan.

Berat saya sendiri pun dah naik dekat 10kg dari berat sebelum hamil. Bantuan suami dan ahli keluarga lain sangat diperlukan pada ketika ini. Mana yang kita tak mampu buat, biarkan je orang lain yang buat. Jangan paksa diri, nanti akan memudaratkan ibu dan bayi. 

Ada lagi 8 minggu tempoh untuk saya uruskan anak-anak sebelum diorang mula cuti sekolah. Sekarang pun dah mula rasa mengah. Mungkin husband dah kena take over rutin harian saya pulak lepas ni. 

Kene extra rehat. Kalau tidak, rasa menangkap kaki, pinggang, punggung sume lah. Tidur pun dah tak pernah nyenyak dah ni, asik terjaga. Bila baby semakin besar, dah semakin aktif, aduhai, rasa perut macam nak koyak aje.  Belum time dia buat somersault lagi.


Ini adalah jumlah nutrisi lengkap yang diperlukan oleh setiap ibu hamil. Anda boleh refer gambar diatas sebagai panduan ye.

Saya doakan semua ibu-ibu hamil dan bayi di dalam kandungan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas, dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan dan sehingga bersalin nanti.

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semu


~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL SHAKLEE sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bb33fbc7e4a865286ce7a66a47a6f74d 
Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment