Assalamualaikum,
Jom kita sambung cerita tentang keajaiban cecair emas. Apa lagi keajaiban yang terkandung dalam susu ibu yang ramai orang tak tahu.
Bagi anda yang belum baca part 1, jemput baca di sini.
KEAJAIBAN CECAIR EMAS - PART 1
KOMPOSISI BERUBAH MENGIKUT WAKTU
Susu ibu sebenarnya sentiasa berubah-ubah komposisinya, warnanya, kepekatannya dan kandungan antibodinya mengikut putaran waktu dalam tempoh 24 jam. Dari siang ke malam. Dari awal penyusuan ke akhir penyusuan. Dari hari ke hari. Dari bulan ke bulan.
Komposisi ini berubah mengikut keperluan baby kita sendiri. Nutrisi yang dihasilkan juga berubah mengikut keperluan bayi. Tidak seperti susu formula yang komposisinya sama sahaja walau apa keadaan sekalipun.
Nutrisi di dalam susu ibu pada waktu pagi (sarapan) adalah mengikut keperluan pada waktu tersebut. Ia tidak sama dengan keperluan nutrisi yang diperlukan pada waktu malam (dinner). |
1. Awal
dan Akhir Penyusuan
Susu ibu ini special sangat. Komposisi susu akan berubah walaupun di awal dan akhir penyusuan. Bahagian hadapan payudara ibu akan menghasilkan FOREMILK yang bertindak seperti air untuk menghilangkan dahaga bayi. Foremilk akan didapati di awal penyusuan.
Di akhir penyusuan pula, bayi akan mendapat HINDMILK, susu pekat yang terdiri dari lemak dan karbohidrat. Hindmilk menyumbang kepada kalori dalam badan bayi, meningkatkan berat badan dan memastikan bayi kenyang lebih lama. Amazing, right?!
2.
Cuaca
Pada waktu siang atau hari yang panas, secara logiknya sistem perkumuhan kita lebih aktif. Badan banyak berpeluh dan kita cepat rasa dahaga. Jadi kita akan mula minum air dengan banyak untuk menggantikan semula kehilangan air dalam badan dan menghilangkan dahaga kita.
Sama juga seperti kita, bayi memerlukan air yang banyak pada waktu siang dan hari yang panas ini. Jadi susu yang dihasilkan kelihatan agak cair. Haaaa, nak tahu komposisi utama susu ibu waktu ini? Ianya FOREMILK, yang bertindak seperti air untuk bayi kita.
Ni gambar masa jalan-jalan ke Fraser's Hill. Sejuk masa ni. Masa ni Raees berumur 9 bulan. |
3.
Suhu Badan Ibu dan Bayi
Susu ibu juga dihasilkan mengikut suhu badan ibu dan bayi. Saya beri contoh semasa ibu demam. Badan ibu bersuhu tinggi, panas. Jadi ibu memerlukan banyak air untuk menstabilkan suhu badan ibu.
Sama juga ketika bayi demam. Badan bersuhu tinggi dan panas. Jadi susu ibu yang dihasilkan akan lebih cair dan komposisi utamanya adalah FOREMILK bagi memenuhi keperluan badan bayi untuk menurunkan suhu badan yang tinggi itu.
4.
Keadaan Kesihatan dan Tumbesaran Bayi
Komposisi susu ibu juga akan dihasilkan mengikut keadaan kesihatan dan tumbesaran bayi. Contohnya komposisi susu ibu pada usia bayi 3 bulan, tidak sama dengan komposisi susu ibu yang diperlukan bayi pada usianya 1 tahun.
Pada usia 6 bulan dan ke atas, bayi mula belajar membuat pergerakan yang lebih aktif seperti menyusur, bergolek atau merangkak. Jadi badan bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk menyokong pertumbuhannya. Komposisi susu pada ketika ini lebih tinggi kandungan kalorinya.
Sambil-sambil tu kita selit gambar anak-anak saya ye. Ni Qhalish masa umur 6 bulan. |
Begitu
juga dengan keadaan kesihatan bayi, semasa bayi sakit, ibu akan menghasilkan
susu yang mengandungi sel-sel aktif untuk melawan penyakit yang dihidapi bayi.
BONUS: Semasa ibu atau bayi sakit, ibu akan hasilkan antibodi untuk melawan virus 'jahat' itu. Jadi bayi bukan sahaja mendapat susu ibu dengan komposisi yang tepat, tetapi juga UBAT untuk merawat penyakit itu. |
5.
Pemakanan Ibu
Warna dan rasa susu ibu juga dipengaruhi oleh makanan yang diambil ibu. Sebab itu saya amat menekankan ibu menyusu untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.
Bukan sahaja untuk memastikan kesihatan ibu terjaga, tetapi juga supaya bayi dapat disalurkan dengan rasa makanan yang berkhasiat.
Ada sahabat yang berkongsi pengalaman ni. Susu perahan berbau paru (angkara nasi lemak berkrim lauk paru for breakfast hari itu), dan susu perahan berbau oren sunkist. Satu lagi, susu perahan berbau vanilla kerana minuman vanilla yang si ibu minum setiap pagi.
Sebab tu kalau kita lihat, anak-anak yang mendapat susu ibu, mereka tidak cerewet dari segi pemakanan dan mereka boleh makan apa sahaja. Sebab sejak dari kecil, mereka dah merasa pelbagai jenis rasa makanan melalui susu ibu.
KEAJAIBAN 4
SUSU IBU PENAWAR
Saya selalu dengar tips dari ibu-ibu di luar sana yang juga fully breastfeed anak masing-masing, bagaimana untuk merawat penyakit-penyakit biasa bagi kanak-kanak dengan menggunakan susu ibu.
Selalu saya dengar, "letak/sapu sikit susu ibu kat tempat tu". Yang menariknya, kebanyakannya bagi feedback memang berkesan.
Saya sendiri belum pernah cuba. Mungkin anak yang ke-4 ni nanti, boleh apply. Di bawah ada disenaraikan 35 rawatan semulajadi yang menggunakan susu ibu.
Cara untuk gunakan susu ibu untuk merawat, adalah bekukan susu ibu dengan menggunakan kiub ais. So bila nak guna nanti, just ambil 1 kiub dan sapukan di tempat-tempat yang terkena infection. Jom kita tengok apa lagi yang susu ibu boleh bantu.
Anda
boleh tengok banyak testimoni ibu-ibu yang menggunakan susu ibu sebagai penawar
di sini...
SUSU IBU adalah susu yang TERBAIK didunia untuk bayi. Berilah anak-anak kita susu ibu SAHAJA untuk 6 bulan yang pertama. Dan teruskan penyusuan sehingga 2 tahun.
Manfaat untuk anak-anak yang mendapat susu ibu bukan sahaja semasa bayi, tetapi manfaat jangka panjang untuk seumur hidupnya.
No comments:
Post a Comment