Follow Us @kamharyatie

Monday 29 July 2013

10 Tips Memilih Set Bersalin



Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Dalam entry sebelum ni, saya telah menceritakan tentang pengalaman saya berpantang selepas bersalin ketiga-tiga anak saya. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya ingin berkongsi tips dan panduan memilih set bersalin yang sesuai.


Memilih set bersalin bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Ini kerana pemakanan ibu selepas bersalin akan turut memberi kesan terhadap bayi yang baru lahir melalui susu ibu.

Pengambilan set bersalin sebarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundice dan akhirnya menyebabkan kerosakan sel otak jika berlarutan.

Malah terdapat sesetengah ibu megalami kekeringan susu ibu akibat set bersalin yang diambil. Bayangkan jika ibu termakan bahan dalam set bersalin yang memudaratkan, bayi juga akan mendapat kesan buruk. 

Oleh sebab itu, para ibu mengandung yang sedang berkira-kira untuk membeli set bersalin perlu mengetahui 10 panduan utama dalam memilih set berpantang.


1. Dapatkan info setiap produk
Set bersalin bisanya terdiri dari beberapa gabungan produk untuk digunakan oleh ibu sepanjang tempoh berpantang. Anda perlulah mengetahui maklumat untuk setiap produk yang terkandung dalam set berkenaan.

2. Periksa keselamatan kandungan
Setelah anda mendapatkan info produk, digalakkan membuat sedikit kajian terhadap kandungan setiap produk, ini untuk memastikan kandungan tersebut adalah selamat buat ibu dan juga bayi.

Contohnya banyak produk dalam set bersalin yang menyatakan dapat menurunkan berat badan, namun kandungan dalam produk tersebut menyebabkan bayi mendapat penyakit kuning.

Bayi mendapat penyakit kuning akibat ibu mengambil jamu. Ini gambar anak saya yang pertama Zig. Boleh baca pengalaman saya ‘terambil’ jamu selepas melahirkan Zig. Zig mengalami prolonged jaundice akibat saya tidak mengambil berat tentang kandungan set bersalin XXX tersebut.

3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu ibu
Banyak set bersalin di pasaran mengandungi herba yang bersifat panas yang bukan sahaja menyebabkan bayi cirit birit malah menyebabkan susu ibu mengering.

Malah ada kes di mana susu ibu kering akibat ibu tidak menyusu bayi dengan kerap dan mengambil set bersalin yang salah. Pastikan herba-herba yang bahaya buat ibu menyusu tidak terdapat dalam produk tersebut.


4. Periksa latar belakang syarikat pengeluar
Dengan lambakan produk Set Berpantang bagai cendawan tumbuh lepas hujan, adalah satu langkah bijak untuk anda memerika latar belakang syarikat pengeluar produk set bersalin.

Pastikan terdapat pengesahan HALAL dan KKM pada setiap produk. Serta pastikan bukan syarikat tampalan, sekadar mengeluarkan produk tanpa kajian terperinci mengenai keselamatan bahan terhadap ibu dan bayi.


5. Dapatkan nasihat doktor pakar sakit puan
Setelah mendapat maklumat dari no. 1 hingga no. 4 di atas, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor mengenai produk tersebut samada ia merbahaya buat ibu dan bayi yang bakal lahir. Sila baca pengalaman seorang sahabat saya yang mendapat support sepenuhnya dari pakar sakit puan berkenaan Set Berpantang Shaklee di sini.


6. Sesuaikan dengan budget
Setelah mendapat nasihat doktor mengenai produk yang selamat, anda boleh mula menyesuaikan dengan budget yang telah ditetapkan. Lakukan sedikit perbandingan harga agar dapat melihat sama ada harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.
  
7. Kenalpasti keadaan semasa berpantang
Anda boleh mula membuat rancangan berpantang bila memasuki trimester terakhir. Dari situ boleh dikenalpasti samada berpantang dengan bantuan atau berpantang sendirian.
Pastikan Set Bersalin yang dipilih bukan daripada jenis yang sukar untuk dikendalikan.


8. Teliti cara penggunaan dan penyimpanan
Sesetengah set bersalin memerlukan penyediaan yang leceh dan rumit. Contohnya perlu direbus dan dimasak di atas api, atau perlu dibancuh dengan air mendidih dan sebagainya.

Ada pula yang memerlukan penyimpanan yang rumit. Ini untuk menyesuaikan dengan keadaan nombor 7 di atas. Dapatkan Set Bersalin yang mudah untuk dikendalikan.

9. Semak adakah pilihan untuk beli berasingan
Lazimnya Set Bersalin datang dalam bentuk gabungan pelbagai produk. Ada sesetengah syarikat tidak menyediakan pilihan untuk membeli berasingan, maka pengguna terpaksa membeli set yang banyak sehingga melebihi budget.

Sedangkan tidak semua yang ada di dalam set itu diperlukan atau mungkin tidak sempat dipakai kerana sibuk berpantang dan leceh untuk menyediakan bahan (seperti kes dalam no. 7 dan no. 8)

Jika terdapat syarikat yang menawarkan pembelian berasingan dengan harga berpatutan, kualiti terjamin, selamat dan tidak memudaratkan, maka inilah pilihan terbaik jika ia sesuai dengan budget anda.


10. Dapatkan testimonial/review
Langkah terakhir ialah mendapatkan testimonial dari ibu berpantang tentang produk Set Bersalin yang digunakan.

Ini untuk melihat samada terdapat kes seperti bayi kuning, susu kering, susu sedikit, ibu sembelit, ibu cirit birit, bayi kepanasan dan banyak lagi kesan buruk akibat salah mengambil set bersalin. Selaraskan tips ini dengan tips no. 5.

Saya mencadangkan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang mengandungi rangkaian produk selamat yang menjalani kajian klinikal berpuluh-puluh tahun.

Set Bersalin Shaklee terbukti selamat untuk ibu berpantang dan bayi yang menyusu. Kerana ia dihasilkan dengan pemantauan ketat badan R&D Shaklee yang mementingkan keselamatan pengguna dan alam sekitar sejak lebih 55 tahun.

Set Bersalin Shaklee juga mempunyai fungsi menyeluruh 8-in-1 berikut:
  • Penyembuhan selepas bersalin
  • Pembersihan toksin dari sistem tubuh
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  • Menurunkan berat badan
  • Membentuk semula kontur tubuh menawan
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Mencantik dan Menganjalkan kulit
  • Memulihkan libido untuk fungsi keintiman
Sumber: vitaminibu.com

Untuk faham dengan jelas fungsi setiap vitamin, sila refer entry di bawah.




Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment