Follow Us @kamharyatie

Saturday 27 July 2013

Pengalaman Berharga Sepanjang Tempoh Penyusuan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya rasa sangat bersyukur kerana saya antara insan yang dapat menyusukan anak-anak saya dengan susu badan saya sendiri. Walaupun berbeza mengikut peringkat dan ilmu penyusuan, ketiga-tiga anak saya telah mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Kali ini, saya nak cerita tentang pengalaman berbeza tempoh penyusuan ketiga-tiga anak saya.


Anak pertama

 

Saya berjaya menyusukan Zig sehingga berumur genap 1 tahun, Kalau cerita tentang anak pertama, of course orang akan kata tak tahu apa-apa. Same goes to me. 

Tapi dalam tidak tahu apa-apa, entah kenapa sebenarnya mindset saya, baby mesti minum susu ibu dan tidak pernah terlintas di minda yang anak saya akan minum susu formula. Macam mana boleh jadi macam tu, saya pun tak tahu. Pelik kan?

Saya bersalin di Hospital Pakar Ampang Putri (APSH). Untuk pengetahuan reader, APSH merupakan baby friendly hospital. Hospital yang menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu secara ekslusif. 

Saya sangat bersyukur kerana bersalin di sini. Setiap ibu yang bersalin anak pertama, akan diberi tunjuk ajar yang lengkap cara-cara untuk menyusukan anak secara ekslusif.

Pada hari kedua bersalin, 2 orang jururawat akan datang ke wad dan mula memberi segala ilmu penyusuan dan tips bagaimana untuk berjaya menyusukan anak, cara-cara untuk memperbanyakkan susu, dan paling penting cara-cara menyimpan stok susu memandangkan saya bekerja.

Segala ilmu tersebut saya praktikkan sepenuhnya dan Alhamdulillah berhasil. Tetapi saya tidak berjaya melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun. Disebalik tabir, hakikatnya bukan satu perkara yang mudah. Sebenarnya saya tidak berjaya menyediakan stok yang banyak.

Pengalaman pertama, menyediakan stok susu ibu (EBM) dalam tempoh seminggu sebelum bekerja adalah tidak mencukupi. Untuk pastikan EBM sentiasa mencukupi ketika saya keluar bekerja, setiap hari saya terpaksa bangun pada jam 3 pagi untuk mengepam. 

Ini adalah kerana hormon prolaktin adalah paling banyak dihasilkan pada waktu pagi. Memandangkan pejabat saya bekerja tidak jauh dari rumah, setiap hari pada waktu lunch, saya akan balik ke rumah semata2 untuk menyusukan Zig dan supaya stok EBM yang ada boleh digunakan pada keesokan hari. 

Kadang-kadang sampai saya sendiri tak sempat lunch. Itu lah rutin saya setiap hari selama 1 tahun dan bayangkan bagaimana peritnya keadaan saya pada ketika itu. Semata-mata untuk tidak memberikan susu formula pada anak saya. 

Tambahan saya sendiri tidak mengambil supplement, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana penatnya saya setiap hari. Zig bercerai susu on his first birthday. 2-3 bulan sebelum itu, sebenarnya milk supply dah mula merundum, saya rasa sebab itulah Zig berhenti sendiri. Dan selepas itu, saya mula memberikan susu formula.

Inilah dia Syed Dzikrie a.k.a Zig masa baby

Saya hanya berjaya mendapat degree in breastfeeding masa anak pertama. Ilham certificate dari Kumpulan Ibu2 Menyusu


Anak kedua

 

Pengalaman anak kedua tidak jauh beza dengan anak pertama. Pada ketika ini saya belum tahu lagi tentang Shaklee. Tapi saya improvise cara saya menyediakan stok. Saya mula buat stok EBM sedikit awal, iaitu 3 minggu sebelum bekerja. Saya ambil makanan atau sayur-sayuran untuk tambah susu. 

Contoh ulam pegaga, lobak putih, air longan, pucuk betik, daun kasturi, minum malt drink. Saya masih lagi bangun pada jam 3 pagi untuk mengepam. Akhirnya, saya berjaya menyusukan Que sehingga berumur 1 tahun setengah.Tetapi saya masih tidak berjaya melengkapkan 2 tahun penyusuan.

Ini pula Syed Qhalish a.k.a Que masa baby


Masa anak kedua, up sket level...hehehe...

Anak ketiga


Pengalaman menyusu anak ketiga adalah yang paling best. Sebab masa ni saya sudah bersedia dengan ilmu penyusuan yang lebih mendalam. Tambahan pula saya sudah mengetahui tentang khasiat vitamin Shaklee yang saya mula ambil semasa dalam pantang. 

Alfalfa yang saya ambil membantu saya memperbanyakkan susu dan secara tak langsung saya dapat mulakan buat stok EBM seawal 2 minggu selepas bersalin. Hasilnya sebelum saya mula bekerja, saya berjaya menyediakan stok EBM sebanyak 600 oz.

Selain daripada itu, saya akan pastikan saya minum air sebanyak 3 liter sehari. Di samping mematuhi segala kaedah penyusuan yang betul, hasilnya, supply always over demand. Saya tidak perlu lagi bangun pada jam 3 pagi. Susu yang dihasilkan lebih berkualiti dan badan saya cergas sentiasa. 

Lebih-lebih lagi pada ketika ini saya perlu melayan 2 lagi hero yang perlukan perhatian. Dalam tempoh ini memang ada masa milk supply merundum, tetapi saya ada Alfalfa yang membantu boost up semula milk production. Alhamdulillah berkesan. 

Bila saya rasa susu berkurangan, saya akan tabah dosage, atau bila saya rasa susu terlalu banyak, saya kurangkan dosage. Akhirnya, saya berjaya melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. Dan sekarang pada umur 2 tahun 4 bulan, Raees masih lagi menyusu dan menjadi extended breastfeeding pula.


Ini pula Syed Raees masa baby

Tadaaaa....akhirnya berjaya mendapat PHD....alhamdulillah syukur....
Jom kita tengok Set Menyusu Shaklee yang saya ambil sehingga saya berjaya melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun.




Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


No comments:

Post a Comment