Follow Us @kamharyatie

Friday 26 July 2013

Pengalaman Berpantang - With and Without Shaklee



Assalamualaikum,

Entry kali ni, saya nak share experience saya ketika berpantang. 3 orang anak with 3 different experience. 


Bersalin anak pertama: Syed Dzikrie Shahab (Zig) 

Selepas kelahiran anak pertama, saya ambil set berpantang XXX. Since ini experience anak pertama, saya memang tidak pernah expose kepada produk lain selain dari XXX. Itupun saya ikut apa yg kakak saya suggest sebab beliau sendiri ambil produk XXX tersebut semasa beliau di dalam pantang.

Saya mula makan produk tersebut selepas 7 hari bersalin. 2 minggu selepas bersalin, saya tengok kulit muka Zig semakin hari semakin gelap sedangkan Zig berkulit cerah. Saya beritahu kakak saya, based on her experience, beliau nasihatkan kami untuk bawa Zig buat blood test sebab Zig nampak ada tanda-tanda jaundice. 

So, saya dan husband bawa Zig jumpa pediatrician yang jaga Zig masa mula2 lahir. Doktor mengesahkan Zig jaundice dan terus admitted. Yang peliknya, doktor kata selalu baby kene jaundice pada awal kelahiran, dalam tempoh seminggu. Tapi Zig selepas 2 minggu baru kene, tak pernah terjadi ni. 

Soalan doktor simple je pada saya, adakah saya ambil apa-apa2 jamu sebab kalau ikutkan, Zig exclusive breastfeed. Saya dok fikir, memang saya takde ambil apa-apa jamu. Tapi saya ada beritahu yang saya ambil set bersalin XXX. 

Doktor advice supaya stop segala pil yang saya ambil buat sementara waktu dan periksa semula apa kandungan dalam pil set bersalin XXX tersebut. Bila saya check balik, sah mmg produk tersebut adalah berasaskan herba.  

Herba yang menyebabkan terjadinya penyakit kuning kerana hati bayi yang belum matang, belum dapat memproses herba dan ubatan tradisional. Dan akibatnya, Zig mengalami prolonged jaundice hampir sebulan setengah! 

Saya terus tak berani nk makan sampai lah pil-pil tu expired. Saya cuma gunakan produk2 luaran dan teh2 yang ada dlm set tersebut. Kesannya badan saya cepat letih, stress tak tentu hala, mood pun jadi entah apa2. 


Bersalin anak kedua: Syed Qhalish Shahab (Que) 



Memandangkan set bersalin XXX yang saya ambil masa berpantang anak pertama telah memberi kesan prolong jaundice kepada Zig, saya ambil keputusan untuk tidak mengambil apa-apa produk langsung. 

Sebab apa? Sebab mindset saya semua produk/set selepas bersalin semua berasaskan herba. macam yang saya cerita tadi, tiada siapa pun yang advice saya untuk ambil produk apa yang sesuai. Jadinya, saya just berpantang cara biasa, cuma jaga pemakanan sahaja.

Eventhough Que still kene jaundice tapi tak sampai seminggu dah ok.  Tapi akibat daripada tak mkn apa-apa, memanglah jaundice tak teruk, tapi kesan pada diri sy sendiri masih sama seperti semasa berpantang anak pertama sebab tak ambil apa-apa supplement langsung.

Saya boleh dikatakan tiada tempat utk saya refer tentang penjagaan diri ketika berpantang memandangkan kawan-kawan sekeliling kebanyakannya masih bujang dan ibu saya sendiri dah lupa mcm mana cara dia berpantang dulu2.  

Badan saya sngat cepat letih sebab anak saya exclusive breastfeed, x cukup tido, x cukup calcium, dan betul2 memberi kesan pada saya untuk tempoh yg agak panjang.


Bersalin anak ketiga: Syed Raees Shahab (Raees)



Memandangkan pengalaman berpantang anak pertama dan kedua boleh dikatakan 'bad experience' bagi saya, saya nekad untuk anak yg ketiga saya tidak boleh berdiam diri. Semasa awal mengandung anak ketiga, saya mula google di internet, surfing, study dan buat research sendiri, apakah kaedah dan produk yang paling baik untuk saya amalkan semasa berpantang nanti. 

Google punya google, saya terjumpa banyak sangat cerita dan testimoni berkenaan vitamin Shaklee. Based on research itu lah, saya dapati hanya vitamin Shaklee satu-satunya vitamin semulajadi yang ada dipasaran. Yang lain semua vitamin sintetik. Jadi saya nekad untuk mengambil vitamin Shaklee selepas saya bersalin nanti. 

Since this is my first time ambil vitamin, saya beli trial pack dulu. Sangat cost effective. Punyalah bersemangat dgn azam baru, before bersalin lagi vitamin dah mmg ready saya letak dlm beg untuk sy bw g hospital. Muahahaa....Padahal dah balik umah pada hari ketiga baru start makan.  

Dan alhamdulillah dengan izin Allah, saya terasa kesannya selepas seminggu. Badan saya cergas, even x cukup tido dan dalam masa yang sama melayan karenah Zig dan Que, saya tidak rasa stress langsung. Kesan sakit luka bersalin hilang x sampai seminggu. 

Saya boleh bangun turun naik tangga selepas 2 minggu dan saya sendiri dah boleh mandikan Raees. Habis trial pack, terus saya order lagi untuk full pack pula dan saya telah teruskan pengambilan vitamin Shaklee sampai sekarang.

Berdasarkan pengalaman ini lah saya selalu share dengan kawan-kawan saya supaya mereka tidak mengulangi kesilapan saya sebelum ini. Pengambilan vitamin ketika berpantang menjadi satu kemestian bagi ibu-ibu pada harini untuk memastikan tahap kesihatan dalaman sentiasa di dalam keadaan yang baik untuk jangka masa panjang. 

Mak-mak kita dulu selalu kata 'badan nk pakai lama'. Jadi jangan sesekali ambil mudah dan pandang ringan tentang berpantang. Apa yang kita makan pada hari ini akan memberi kesan pada masa hadapan. Pengambilan vitamin juga disarankan oleh Pak Bidan kita:


 

Jom kita tengok Set Berpantang Shaklee yang saya ambil. SET BERSALIN PILIHAN MOMMYSHAHAB :-).


Thanks for reading! 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




No comments:

Post a Comment