Follow Us @kamharyatie

Thursday 29 May 2014

Sajak: Untukmu Melayu



Seloka nukilan hamba Allah yang di forward kepada saya which saya kongsikan pada anda semua:

Assalamualaikum Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa,
Warga Bangla pula menjadi Jaga,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Assalamualaikum Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Assalamualaikum Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....

Sampai bila lagi?.............. 

Bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi peringatan untuk kita semua. Bangkitla bangsaku.


No comments:

Post a Comment