Wednesday, 14 October 2015

TAKDE IDEA NAK MASAK GIANT PRAWN?

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 17:08 |
Assalamualaikum,

Minggu lepas encik suami outstation ke Kota Kinabalu, Sabah seminggu. Sebelum tu saya dah pesan, balik nanti beli la lobster ke, ketam ke, ikan ke. Sana kan murah-murah. Tak yah beli gelang-gelang pandora bagai, semua tu tak pakai nanti. Membazir je. 

Alhamdulillah encik suami beli betul ketam besar, udang besar dan sotong. Tapi bila dah balik tu, blur pulak nak masak apa. Saya ni tak de la pandai sangat masak. Nak nak masak yang besar-besar macam tu. Nak siang nya pun berjam-jam. Hehehe...


Chef Raees sedang menunggu arahan mami nak masak apa.

Saya post di facebook mintak idea rakan-rakan nak masak apa. Macam-macam idea yang diorang bagi. Prawn butter, goreng tepung, masak lemak cili api, sweet and sour, rendang, masak kari. 

At last, ini lah yang saya decide. Ikutkan kami tak biasa makan udang besar-besar macam ni. So kene masak masakan yang ikut selera satu rumah. Anak-anak tu yang penting. Untuk mengelakkan frust masak tak makan, so kenala ikut tekak diorang. 



Udang tu saya masak 2 jenis. 5 ekor yang saiz paling besar digrill, 6 ekor lagi digoreng dan masak berkuah.

Chef Hafiz in da house!


Untuk yang tak makan udang, saya improvise. Guna kuah yang sama tapi gantikan dengan ayam. Sedap jugak tau!
Raees sorang je makan 3 ekor. Malam tu mintak lagi. Next time soh daddy beli 5kg. Ble makan puas-puas.

Di bawah ni saya share resepi cara nak masak. Anda boleh cuba lah. Klik kat link di bawah tu ye.






Selamat Mencuba!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...