Follow Us @kamharyatie

Friday 2 February 2018

Kenapa Saya Buat Bisnes Walaupun Ada Kerja Tetap?



Ramai yang tanya saya, kenapa saya buat bisnes sedangkan saya ada kerjaya tetap dengan gaji yang alhamdulillah setakat ni sentiasa cukup, ada kerjaya yang saya betul-betul minat dan memang passion saya, kerjaya yang cukup buat saya enjoy dan buat saya sangat seronok untuk pergi kerja setiap hari.

 

Saya tiada masalah jalan jem, saya tiada masalah boring dengan kerja, saya tiada masalah dengan team member, tiada masalah dengan bos. Pendek kata, saya sangat-sangat happy dengan kerja saya walaupun tugas saya sebagai seorang GIS Professional, bukan tugas mudah.

Tapi saya tak pernah jemu, malah saya sangat bersyukur dengan kerjaya saya. Tapi kenapa saya sibuk nak buat bisnes? Kenapa?

Kepada yang belum pernah baca macam mana saya boleh terjebak dalam bisnes ni, jemput baca kat sini ye. 

 

Hidup Ini Satu Pilihan

Dalam hidup kita ni, ada banyak pilihan. Dan kita sebenarnya sentiasa ada peluang untuk membuat  pilihan. Saya masih lagi bekerja sebab saya pilih untuk bekerja. Bukan kerana saya terpaksa bekerja.


Bila saya pilih untuk bekerja, bermakna saya rasa bertanggungjawab atas semua amanah yang saya perlu galas sebagai seorang pekerja. Setiap hari saya pergi kerja kerana Allah, kerana untuk mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Amanah yang diberi saya akan usahakan sebaik mungkin. Saya bekerja bukan lagi semata-mata nak dapat gaji. Tapi niat semata-mata kerana Allah, kerana saya rasa saya perlu sumbangkan kemahiran dan kepakaran yang saya ada untuk manfaat ramai orang.

"Kerja itu akan jadi satu keseronokan bila ia adalah satu pilihan, bukan keterpaksaan"



Kenapa saya buat bisnes?

Saya buat bisnes sebab saya nak pastikan yang saya ada PILIHAN. Andaikata satu hari nanti, saya dah boring dengan kerja saya, atau tiba-tiba diberhentikan, saya ada pilihan lain untuk saya buat. Platform bisnes yang saya dah bangunkan dari sekarang. Takdela time tu baru nak fikir nak buat apa.



Ramai kawan selalu cakap dengan saya macam ni.

"Tengok Kam tu. Rileks je. Tiap-tiap bulan masyuukkkkk. Tengah bulan masuk bonus. Hujung bulan masuk gaji.....bla...bla...bla...."

Ada lagi ayat-ayat manis yang keluar dari mulut diorang which is tak le nak list kat sini sebab bahaya. Hehehe....Orang di luar hanya nampak kejayaan dan kemewahan sahaja.

Bekerja sambil buat bisnes ni sebenarnya banyak cabaran. Setiap hari saya terpaksa challenge diri saya untuk tidak berada di dalam comfort zone.



Berada dalam comfort zone akan menyebabkan diri kita stuck dari segala impian yang hendak kita capai dalam hidup. So, kalau kita tak keluar dari comfort zone, sampai bila-bila lah kita di situ.


Saya berjaya capai beberapa impian saya sebab saya keluar dari comfort zone. Tetapi, dengan extra income yang saya dapat, ia bukanlah modal untuk bermewah-mewah, tapi ia memberi saya satu peluang untuk saya membuat pilihan dalam hidup.

In fact, saya pilih untuk LEBIHKAN SIMPAN dari berbelanja. Simpanan juga ada macam-macam jenis pilihan. Boleh invest beli property, boleh main saham, boleh beli emas, boleh invest di unit trust.

Dan saya juga bukan jenis kaki shopping. Saya bersyukur sangat sebab Allah sentiasa jaga hati saya dari segala hasutan-hasutan shopping ni. Walaupun saya mampu untuk shopping dan bermewah, tapi saya tetap pilih untuk bersederhana. Saya lebih selesa bersederhana.

Baju pun jarang berganti. Kasut, handbag, semua tu bukan keutamaan saya. Barang mekap? Lagi lah tak pernah ada. Daripada material sebegitu, saya pilih untuk invest dari segi kesihatan. Suplemen untuk diri, keluarga, anak-anak dan ibu bapa. Itupun dah cover melalui bonus Shaklee.

Satu lagi contoh, bab kereta. Walaupun mampu untuk beli kereta mewah, tapi saya pilih untuk masih lagi guna Honda City. Itu kereta pertama saya. Kereta ni pun tak pernah ada major isu. Everything is in a good condition.

Tapi, bila keluarga makin besar, Honda City tak lagi sesuai untuk jadikan kereta keluarga. So, saya pilih untuk beli MPV. Finally saya beli Vellfire. Dan Vellfire ni pun, atas duit bonus bisnes saya. Tak kacau pun duit gaji. Setiap bulan, Shaklee beri saya CAR BONUS.

Saya nak miliki sesuatu bukan kerana 

“Ini je yang aku mampu” tapi “Ini yang aku mahu”.



Nak tau cerita lanjut, kisah disebalik car bonus, jemput baca di link di bawah.

KISAH DI SEBALIK CAR BONUS (sila klik)



Saya PILIH untuk JADI TUAN DUIT, bukan hamba duit

Saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang sahabat. Saya petik dari blog beliau.

"Saya takut kalau menjadi hamba duit. Bagaimana jadi hamba duit? Bila setiap keputusan hidup kita, kita tengok duit, tanya duit dulu. Benda yang perlu pun tak boleh sediakan kerana tak cukup duit. Benda tak perlu pun beli juga bila ada duit.

Saya nak jadi tuan kepada duit. Saya nak beli barang sebab saya perlu dan mahu, bukan sebab saya ada duit maka saya boleh sapu semua. Saya juga nak buat keputusan untuk tak belanjakan duit sebab saya tak perlu dan tak mahu, bukan sebab saya tak ada duit.

Bila kita ada duit, kita bebas nak buat apa dengan duit kita. Dan tak perlu impress sesiapa atau tunjuk kat orang yang kita ada duit. Yang penting, kita tak teragak-agak untuk invest dalam sesuatu perkara yang sangat penting dalam hidup kita – ilmu.

Lagi satu, bila saya ada duit, saya takde rasa ‘dengki’ atau buruk sangka dengan orang yang memiliki benda yang saya tak ada (tapi teringin). Sebab sebenarnya saya mampu, cuma saya yang tak mahu."

Credit to Mommy Lyna Noh.


Pilihan atau Terpaksa?



Anda pula macam mana? Adakah anda bekerja sekarang sebab terpaksa? Tiada pilihan lain? Kalau anda berhenti kerja sekarang, adakah anda ada punca pendapatan lain?




Kalau jawapannya TIADA, saya syorkan anda belajar dan mula buat bisnes dari sekarang. Buatlah apa-apa bisnes sekalipun, yang anda rasa selesa. Banyak sangat peluang bisnes anda boleh cuba di luar sana.

Tapi kalau anda takde idea nak buat bisnes apa, jom buat bisnes dengan saya. Of coz lah bisnes Shaklee. Bisnes yang saya berjaya buat secara part time dan mampu meraih pendapatan 5 angka sebulan. Ada banyak lagi sebab saya sangat-sangat recommend anda buat bisnes Shaklee.


Kenapa Bisnes Shaklee?


1. Modal kecil, untung besar

Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu untuk mulakan bisnes Shaklee. Hanya bayar RM80 (Semenanjung)/ RM90 (Sabah Sarawak) untuk keahlian. Modal tak sampai RM100 kot!
ATAU....
anda boleh pilih untuk daftar secara PERCUMA. Boleh contact saya untuk tahu caranya. 


2. Boleh buat secara PART TIME


Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my. Shaklee akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Anda tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa. Especially yang masih bekerja macam saya.

Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar.

Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau. Student pun ramai yang dah join bisnes shaklee dan menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan. 


3. Boleh buat secara ONLINE/ ZERO COST MARKETING


Senang sahaja untuk memasarkan produk Shaklee ni. Kita boleh guna pelbagai medium yang ada. Ada yang suka bisnes online di INSTAGRAM, suka bisnes online di FACEBOOK atau pun BLOG. Terpulang kepada keselesaan masing-masing untuk gunakan platform FREE yang ada.

Saya buat bisnes tapi dari tahun 2013 tu sampai hari ini, saya tak ada kedai pun. Kalau orang tanya kat mana lokasi kedai Shaklee saya, saya akan jawab, saya buat bisnes di mana-mana sahaja. Selagi ada access kepada internet, di situlah kedai saya.


4. Bonus Shaklee dari pelbagai arah

Bisnes Shaklee bukan sahaja menawarkan cash bonus tau. Rewards di Shaklee kita boleh dapat dalam bentuk 3C - CASH, CAR, CONVENTION.

Jemput baca salah satu international trip yang saya dapat melalui Shaklee.

SHAKLEE INCENTIVE TRIP TO ITALY (sila klik)



5.  Bimbingan mentor dan group yang hebat

Yang ni paling best terutamanya bagi mereka yang mendaftar ahli sebab nak buat bisnes. Bila dah mendaftar sebagai ahli dan serius ingin menjalankan bisnes Shaklee, anda akan di masukkan ke dalam group Exclusive di FB, Whatsapp atau Telegram. 

Ini adalah kelas online yang sangat membantu, terutamanya jika anda tidak berada di kawasan yang sama dengan upline anda. Banyak ilmu yang dikongsi bersama. Bukan saja ilmu tentang bisnes, Tapi juga ilmu kerohanian. Best ke best?

From ZERO to HERO! Saya juga bermula dari bawah. Memang tak ada asas pun dalam bisnes online ni. Tapi dengan bimbingan mentor dan ahli group yang lain, kami sama-sama buat bisnes secara berjemaah. Saling support each other.

Coaching secara offline pun ada. Boleh set masa dengan upline anda untuk berbincang tentang bisnes nie. Yang ni antara offline kelas group kami. Seronok siap boleh bawa anak-anak sekali.
Jemput baca antara program Offline Online Marketing Genius (OMG) yang kami adakan secara offline.

6.  Produk yang hebat dan berkualiti tinggi

Yang ni paling penting. Kalau kita nak sebarkan kebaikan, pastinya produk tu selamat digunakan. Rasa bersalah sangat kalau kita nak suruh orang pakai produk yang belum tentu lagi selamat.

Produk Shaklee ni dihasilkan dari sumber semulajadi, tanpa bahan kimia merbahaya. Mereka juga mempunyai saintis tersendiri yang akan membuat ujian klinikal tentang produk mereka. Berbillion USD mereka laburkan hanya untuk mereka buat ujian klinikal ni tau.

Sebab tu la saya suka sangat dengan produk Shaklee ni, bukan sebab saya jual je, tapi sebab saya sendiri dah rasai keberkesanan produk Shaklee dan seluruh keluarga saya sendiri dah dapat Shaklee Effect. 

7.  Syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia

Shaklee dah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia. Jadi, memang tak ragu-ragu lagi kalau kita nak buat bisnes ni sebab dah ramai yang berjaya. Syarikatnya yang kukuh juga buatkan kami sayang sangat pada bisnes Shaklee ni. 

Buktinya, pihak shaklee tak pernah pon terlambat untuk membayar bonus kami. TAK PERNAH ok! Walaupun keadaan gawat sekalipun, bonus Shaklee tetap ON TIME masuk akaun. Kalau syarikat yang baru setahun jagung bermula, mudah kita nak rasa was-was kan.

Shaklee tak pernah miss untuk bayar bonus kepada para usahawan Shaklee. So far, hampir RM10 billion diberikan kepada para pengedar yang buat bisness Shaklee sepanjang sejarah Shaklee ditubuhkan.

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab dipertemukan dengan Shaklee, produk yang sangat-sangat superb! Dan dalam masa yang sama dapat create income yang lumayan. Makan sendiri pun dapat income.


Amacam? Ada rasa nak mulakan bisnes Shaklee tak? Best kan? Mudah sangat buat bisnes Shaklee ni. Kalau rasa dah bersedia, boleh hubungi saya terus. Kita sama-sama bantu satu sama lain untuk berjaya.
Jom mulakan bisnes Shaklee dari SEKARANG!
Tiada istilah terlambat. Sebab saya sendiri pun baru bermula 4 tahun yang lalu. Sebab masa tu saya baru tahu. Kalau lah saya tahu betapa hebatnya peluang yang Shaklee tawarkan dari dulu lagi saya dah join. Dan ramai lagi yang join lagi lambat dari saya, lebih berjaya dan lebih hebat dari saya.

Jangan risau yer, buat bisnes Shaklee sekarang dah tak macam dulu. Kita buat secara online sahaja. Dah tak perlu nak terjah-terjah rumah orang atau buat meeting larut malam. Buat bisnes dengan cara yang betul, orang yang akan datang cari kita Insya Allah.

Saya doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnes dan berjaya bersama Shaklee. Bina platform dari sekarang. Amin.

Wassalam.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 




No comments:

Post a Comment