Assalamualaikum,
Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.
Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.
Kali ni saya nak cerita satu kisah di sebalik car bonus Shaklee. Actually saya mula dapat car bonus selepas bulan ke-6 saya melibatkan diri dalam bisnes Shaklee ni secara serius. Walaupun masih secara part time, tapi saya serius.
Syukur. Bermula dari itu, Shaklee bagi kami duit bonus kereta pada setiap bulan di samping bonus-bonus yang lain. Dalam Shaklee ni ada banyak bonus ye. Bonus pula dibayar pertengahan bulan, setiap 14hb. Hujung bulan pula dapat gaji. Best kan!
Syukur. Bermula dari itu, Shaklee bagi kami duit bonus kereta pada setiap bulan di samping bonus-bonus yang lain. Dalam Shaklee ni ada banyak bonus ye. Bonus pula dibayar pertengahan bulan, setiap 14hb. Hujung bulan pula dapat gaji. Best kan!
Car bonus Shaklee dibayar dalam bentuk cash. So tak semestinya kena beli kereta. Boleh guna duit bonus tu untuk perkara lain. Nak beli rumah ke atau nak simpan je pun boleh. |
Car Bonus Beli Rumah
Plan asal saya adalah untuk beli rumah impian dengan car bonus ni. Sama macam orang lain, saya mengimpikan rumah sendiri. Saya suka tengok rumah yang cantik dengan interior design sendiri. Sebab memang hobi saya mengemas dan saya suka tengok rumah sentiasa cantik dan kemas.
Tapi, bila saya menyatakan hasrat nak duduk rumah sendiri, mak saya tak setuju. Katanya, rumah mak dah takde orang, dan nanti mak tinggal berdua dengan abah, mak sunyi.
Abah pulak, bila saya cakap nak p survey tengok rumah, macam-macam alasan dia akan bagi. Area tu jem lah, tanah tak elok lah, dekat dengan bukit lah, jauh lah, macam-macam lagi alasan. Jenuh jugak saya fikir.
Dilema sebenarnya. Pernah bercerita dengan salah seorang sahabat saya tentang hal ni. Saya agak terkesan dengan pendapat beliau.
"Kam, you patut bersyukur you duduk dengan parents. Tak pe Kam. Ambil peluang yang ada ni untuk berbakti pada parents kita selagi diorang masih ada. Insyaallah, Allah ganti yang lebih baik nanti. Trust me..."
Lepas discuss dengan Mr. Hubby, kami rasa oklah, biarlah kami stay dengan mak abah. Duit yang ada ni kita beli rumah lain dan kita sewakan. Rumah mak abah ni, kita anggap macam rumah kita sendiri, bayarlah bil api ke bil air ke, maintenance ke, apa-apa lah yang boleh memudahkan diorang.
MPV Satu Keperluan
Bila kita tinggal dengan mak abah ni, sedikit demi sedikit, tahap kebergantungan mereka kepada kita semakin bertambah. Banyak yang mereka harapkan dari kita. Contoh, kalau nak ke mana-mana, abah dah tak larat nak drive jauh-jauh.
So mak abah biasanya kalau nak ke mana-mana akan ajak kami pergi sekali. Bayangkan kereta Honda City tu sumbat dengan 5 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Kalau jalan jauh sikit, memang tak selesa, kena berhimpit.
Kalau nak balik kampung memang tak dapat balik sekali. Sebab barang saya sekeluarga je pun dah penuh kereta. Nak tak nak, abah terpaksa la jugak drive sendiri walaupun jauh. Macam kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, kereta tak muat. Otherwise terpaksa call abang sulung saya samada pinjam MPV dia atau pun mintak abang yang bawak mak abah.
Bila keadaan macam ni lah, saya teringat balik pesanan sahabat saya tadi. Saya rasa, dah sampai masa untuk saya dapatkan sebuah MPV untuk kegunaan seluruh keluarga. Lagipun bilangan keluarga saya sendiri pun semakin bertambah.
At least lepas ni takde masalah nak g mana-mana dah. Mak abah pun lebih selesa naik kereta. Berbakti pada mak abah. Memang ada banyak cara dan mungkin ini salah satu peluang saya. Kita mudahkan segala urusan mereka, Allah akan mudahkan segala urusan kita.
Car Bonus Beli Kereta
Sebenarnya kereta impian saya adalah SUV. Saya suka kereta yang tinggi dan nampak gagah. Tak sedor diri tu kecik. Hihihihi. Tapi, sebab fikir saya ni kecik lah saya rasa saya kena bawak keta besar dan tinggi. Kan! Kan! Kan! Tapi, bila memikirkan buat masa ni MPV lebih penting dari SUV, saya decide, go for MPV.
Nasihat seorang sahabat..."Kam, time anak kecik-kecik, time anak sibuk nak mengekor kita ni lah, kita beli kereta besar sikit. Esok bila anak dah besar, dah bujang, dah tau nak ikut kawan, masa tu baru nak beli kereta besar, memang tak best la. Kereta besar tapi naik berdua. Tak best tau....!"
Nasihat seorang sahabat..."Kam, time anak kecik-kecik, time anak sibuk nak mengekor kita ni lah, kita beli kereta besar sikit. Esok bila anak dah besar, dah bujang, dah tau nak ikut kawan, masa tu baru nak beli kereta besar, memang tak best la. Kereta besar tapi naik berdua. Tak best tau....!"
Fuh! Memang betul apa yang sahabat saya ni cakap. Oklah, saya sacrifice lagi lah impian saya nak memiliki SUV buat masa ni.
Sabar ye BMW X6. Satu hari nanti aku rembat kau jugak. Tunggu..... |
Dalam banyak-banyak MPV, saya suka MPV yang tinggi. Saya tak suka MPV yang sama rendah dengan kereta sedan. Ni antara yang shorlisted, first round.
Mitsubishi Grandis |
Honda Odyssey baru. Yang ni tinggi. Yang lama tak lawa, rendah dan panjang. Dah macam rupa kereta mayat. Erk! Tapi New Odyssey ni memang lawa. |
Toyota Alphard |
Toyota Vellfire |
Toyota Estima Previa. |
Antara yang shorlisted, kene pilih lagi for top 3. Sebabnya kene tengok budget la jugak. Budget tak boleh lebih dari RM200K. So, awal-awal Honda Odyssey dan Toyota Estima Previa kene take out.
Nak dijadikan cerita, kebetulan adik saya Maria jugak memang tengah mencari Vellfire. Dia sendiri pun bila balik KL dengan Honda CRV dia, tengok macam nak terkeluar barang. Penuh sepenuh-penuhnya. Mak mertua lagi, maid lagi, ni nak keluar baby sorang lagi.
Pastu setiap kali balik KL, Maria akan bawak berpuluh-puluh ikat daun pisang dari kampung untuk mak kami. Mak kami kan buat kuih koci. Daun pisang kampung memang cantik balut kuih koci. Sebab tu mak memang suka daun pisang kampung.
Punya banyak Maria bawak daun pisang, sampai terpaksa selit-selit mana-mana ruang yang ada. kadang sampai adik ipar saya, Firdaus tak nampak cermin belakang. Hahaha.....Dah jatuh tahap wajib beli MPV jugak tu. Heheheh....
Pastu setiap kali balik KL, Maria akan bawak berpuluh-puluh ikat daun pisang dari kampung untuk mak kami. Mak kami kan buat kuih koci. Daun pisang kampung memang cantik balut kuih koci. Sebab tu mak memang suka daun pisang kampung.
Punya banyak Maria bawak daun pisang, sampai terpaksa selit-selit mana-mana ruang yang ada. kadang sampai adik ipar saya, Firdaus tak nampak cermin belakang. Hahaha.....Dah jatuh tahap wajib beli MPV jugak tu. Heheheh....
Nak dijadikan cerita jugak, dalam masa kami dok survey, Firdaus bagitau Naza Motor akan buat sales besar-besaran. So, kami yang memang tengah dok mencari MPV ni macam orang mengantuk disorongkan bantal.
Apalagi, memang kami redah terus. Memang berderet kereta import dari Jepun untuk dijual. Vellfire, Alphard dan Estima.Semua kereta recon. |
Bersama salesman kami, Isa Kamil. Service dia memang tip top. Very informative. Kalau bende tu tak bagus, memang dia akan bagitau tak bagus. |
Ni cuci mata je. Tak boleh tengok lebih-lebih. Fokus kepada MPV je. |
Mula-mula try Estima. Probnya, Estima yang ada semua tahun 2013. So bila total price on the road, semua lebih RM200K. So tolak tepi lah Estima ni. |
Ni shortlisted Vellfire. Ada 2 option. Hitam ke dark purple. Minta Hubby dan Firdaus tolong tengok which one yang terbaik. |
So kami kena decide masa ni juga untuk beli. Lagipun, lepas ni entah bila pulak Naza nak buat sales lagi kan. At last, kami pilih dark purple. Semoga kereta yang kami pilih ini adalah yang terbaik untuk kami semua.
Alhamdulillah. Akhirnya kereta dah pun keluar. Syukur Allah mudahkan segala urusan jual beli, loan, plate number, semua mudah. Berkat doa mak selama ni yang dok sebut-sebut "beli la kereta besar sikit". Ha ni dia kereta untuk mak. |
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Sebenarnya apa yang saya nak share di sini adalah, sentiasa berkongsi apa sahaja rezeki yang kita ada dengan orang lain. Sebab bila kita rajin share, Allah akan beri lebih banyak lagi. Itu yang mentor saya selalu dok pesan. Yang paling penting, keutamaan mestilah untuk ahli keluarga sendiri dahulu.
Berbakti kepada ibu bapa. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh mak abah terhadap saya selama mereka membesarkan saya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu saya balas. Tapi saya cuba usaha semampu yang boleh untuk memudahkan urusan mereka.
Tak salah kalau kita punya impian. Semua bermula dengan angan-angan, bertukar menjadi impian, dan berusaha untuk jadikan impian itu satu kenyataan. Lagi best kalau impian melibatkan keluarga kita dan ibu bapa kita kan.
Apa pun, saya bersyukur, Vellfire ni Shaklee yang tolong bayarkan. Tak de lah pening-pening nak cekau dari mana kan. Best ke best?
Mudah-mudahan Allah mudah kan segala urusan untuk saya mencapai impian-impian yang lain pula. Maklumlah, kan ada 101 impian. Banyak lagi yang perlu diusahakan. Saya doakan anda yang membaca blog ini juga berjaya mencapai segala impian dalam hidup anda.
*Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di
luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu
ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment