Assalamualaikum,
Saya nak tanya semua pembaca. Suka tak kalau dapat bonus? Mestilah suka kan? Orang tak normal je yang tak suka bonus. Hihihihihi....Kalau nak cerita pasal bonus ni, ada macam-macam kisah. Bagi yang makan gaji, setahun sekali akan dapat bonus. Tapi tak semua orang bernasib baik.
Kalau company kukuh, alhamdulillah dapat lah. Ada yang sebulan, ada yang 2 bulan, ada yang 3 bulan. Jangan tak percaya ada yang dapat bonus sampai 18 bulan. Haaaaaa.....amekkk!!! Best giler lah. Tapi 18 bulan tu biasanya oil & gas je kot. Hehehe....
Sepanjang saya bekerja, saya rasa, saya tak pernah, tak dapat bonus. Setiap tahun pasti ada bonus. Ada yang sebulan, ada yang 2 bulan, ada yang 3 bulan, dan paling tinggi pernah dapat 4 bulan. Syukurrrr....seronok giler rasa bila dapat bonus. Pulak tu dapat time nak raya. Best je shopping.
Bonus ni biasanya depends on company financial. Sejak 14 tahun yang lalu, saya dah kerja di 3 syarikat, dan semuanya entrepenur companies. Bukan GLC. So saya sendiri experience mencari projek untuk syarikat dan pulun kaw2 untuk setelkan projek supaya duit masuk. Kalau projek success, dan duit masuk, so ada lah bonus. Itu perkara biasa.
Tiap-tiap bulan, kita kerja, hujung bulan dapat gaji. Yang tu adalah basic. Tapi kalau kita usaha lebih sikit, perform, bagi komitmen yang tak berbelah bagi, make yourself difference than other staffs, boss nampak your effort, kita perform, insyaallah bos mana yang tak nak bagi bonus extra kat kita.
Sama je konsep dalam kehidupan kita ni. Kadang-kadang kita ni selalu tengok kehidupan orang lain. Kita suka banding-bandingkan rezeki orang lain dengan rezeki kita. Sebenarnya tak boleh. Kita tak boleh nak bandingkan atau samakan rezeki masing-masing.
Allah itu MAHA ADIL. Allah beri rezeki yang berbeza untuk setiap orang mengikut keperluan masing-masing. Rezeki yang kita dapat by default, itu adalah umpama basic salary kita. Basic salary yang kita dapat biasanya based on our experience, skill and knowledge. Basic rezeki yang kita dapat adalah bergantung kepada keperluan hidup kita.
Untuk kita dapat extra bonus selain dari basic salary, kene lah ada effort lebih. Kene kerja keras, bantu company untuk majukan company supaya company dapat projek besar-besar. Kalau dah dapat projek, make sure kerja sungguh-sungguh sampai berjaya deliver.
Untuk kita dapat extra bonus dari Allah pula, kita kena rajin-rajin buat extra amalan murah rezeki. Solat 5 waktu kene jaga, solat awal waktu, solat tahajud, solat dhuha, sedekah, zakat, zikir, selawat, solat-solat sunat. Bila kita rajin buat semua ni, baru lah Allah bagi extra.
Ni amalan-amalan yang kami sangat tekankan dalam group kami. Bukan semata-mata untuk Shaklee, tapi untuk seluruh kehidupan kita. |
Nak nak pulak kita rajin mintak. Mintak tak boleh kecik-kecik. Kena mintak besar-besar. Sebab kalau kita mintak kecik, seolah-olah macam kita tak yakin dengan kebesaran Allah. Seluruh alam semesta ni Allah yang control, setakat kita mintak RM1 juta tu, apa lah sangat pada Dia.
So, klu kita nampak orang tu dapat macam-macam, jangan dok mengata bukan-bukan. Kita tak tahu amalan-amalan rohani yang dia rajin buat untuk dia dapat extra bonus berbanding orang lain. Sentiasa bersangka baik. Kita kene belajar jadi luar biasa, kene selalu bercakap dengan Allah.
Ni bukan isu bodek lagi dah. Kalau kita nak, semua perkara kene utamakan Allah. Bila kita selalu bercakap, Allah akan selalu dengar suara kita. Dan Allah akan selalu nampak kita. So Allah sedar kewujudan kita, insyaallah, apa yang kita mintak, Allah akan bagi. Sebab Allah nampak kita berbeza dari orang lain.
Sama lah macam kita kerja. Bila kita perform dan kita mampu untuk jadi
seorang yang luar biasa dari orang lain, boss akan nampak effort kita.
Always be different. Konsep dalam hidup ni semua sama je. Siapa buat
lebih, dia dapat lebih.
Sama macam kita buat bisnes Shaklee ni. Dalam Shaklee jangan kata setahun sekali, tiap-tiap bulan dapat bonus. Sape rajin buat Master Checklist, dia lah yang akan dapat bonus lebih. Sape yang culas-culas tu, cakap kat orang sebelah.... kesian.
Saya sendiri pun masih lagi berusaha untuk completekan master Checklist tu. Bukan senang nk senang. Kena ada usaha. Takde mana nak semua mudah. Orang yang berjaya, jalan nya lagi banyak liku. Lagi banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.
Saya masih bekerja sepenuh masa. Full time engineer, involved in high profile projects. Dalam masa yang sama saya berusaha membantu ramai orang menjalani kehidupan yang lebih sihat dan menjana pendapatan sampingan dalam meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih baik.
Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa. 8 jam sibuk di office membuatkan saya tak boleh nak kacau waktu kerja dengan part time bisnes saya. Lagipun rasa serba salah sebab bimbang rezeki tu tak berkat nanti. Selagi boleh saya cuba elak, dan saya cuba manfaatkan waktu lunch atau selepas office hour.
Cabaran melayan dan menjawab persoalan customer dan anak-anak buah serta bisnes partner menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Belum lagi cabaran untuk menulis blog. Menulis mesti ada feel dan bukan sebarang waktu kita boleh menulis.
Komitmen terhadap keluarga dan anak-anak juga. Di rumah saya terpaksa bahagikan masa untuk bisnes dan keluarga pula. Sebab tu lah waktu tidur saya cukup sekadar 5 jam sehari. Selebihnya saya cuba manfaatkan sebaik-baiknya setiap masa yang ada.
Terkesan dengan nasihat seorang sahabat bila saya mengadu tentang tak cukup masa. Beliau pesan dengan saya supaya sentiasa solat di awal waktu. Bila kita jaga masa kita dengan Allah, Allah pasti jaga masa kita. 24 jam sehari kita akan terasa panjang dan banyak perkara kita boleh lakukan.

Sekian perkongsian hari ni. Sebenarnya mood happy sebab dalam ekonomi macam ni pun, Shaklee masih bayar bonus berpuluh juta kat semua SID without failed. Sapura pun sama, gaji sentiasa on time, increment ada, promotion ada, bonus tak pernah miss, siap boleh bagi add on award sampai 5 bulan gaji lagi pada sape yang performed well. Syukur sangat-sangat.
Pesanan CEO saya, kalau kita sentiasa di dalam rahmat Allah, insyaallah dalam keadaan ekonomi tak menentu sekalipun, pasti ada saje rezeki yang Allah akan bagi. Bukan hanya duit semata-mata, tapi rezeki itu pelbagai cara dan bentuk.
Jom kita tingkatkan amalan kerohanian kita. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah dan sentiasa dilindungi dari hutang dan sebarang kesempitan. Mudah-mudahan Allah akan bagi banyak bonus untuk kita dan kita semua sentiasa dikurniakan rezeki yang berkat dan melimpah ruah.

Terima kasih ALLAH.
Terima kasih SHAKLEE.
Terima kasih SAPURA.
*Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
No comments:
Post a Comment