Saturday, 11 July 2015

9 PUNCA UTAMA SUSU BADAN MERUNDUM?

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 22:48 |
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Sejak akhir-akhir ni, ramai ibu menyusu yang mengadu susu merundum. Saya kira mungkin sebab puasa. Makan kurang dan air pun kurang. Tapi ramai juga yang mengadu susu merundum sebelum bulan puasa lagi. 

So bila susu merundum di saat bukan bulan puasa atau di saat ibu tidak berpuasa, banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum.

Rata-rata ibu mula panik. Ibu-ibu sibuk mencari alternatif untuk boost semula susu badan. Tapi, tak ramai yang tahu, punca kenapa susu badan merundum.

So harini saya nak share beberapa punca utama kenapa susu badan mula terjejas. Mohon para ibu faham ye. Ini salah satu ILMU PENYUSUAN yang WAJIB anda tahu. 

Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:


1. SUPPLY vs DEMAND 

Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply". Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam. Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.

# Pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh
- Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.

# Pam hanya bila breast penuh atau breast bengkak
- Bila ibu pam semasa breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu. Jadi secara automatik badan akan menghaailkan susu yang sedikit. Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop.

# Pam ikut suka hati bila boleh
- Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya.
 
# Pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir
- Ini memang konsep yang salah! Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami let down' sekali lagi.


 

 
2. STRESS
 
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress, tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress.


Dari segi penyusuan, STRESS adalah “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya ibu stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi ibu semua perlu tangani stress anda dengan bijak. Jika tidak, penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. 

 
Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

 
Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira, dan hormon prolaktin (menghasilkan susu).

Hormon Oksitosin
Ini adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu. Badan ibu akan mengeluarkan hormon oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap. Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Hormon Oksitosin ini kemudiannya akan merangsang Kelenjar Pituitari untuk merembeskan Hormon Prolaktin.

Hormon Prolaktin
Ini pula adalah hormon yang menghasilkan susu. Bila hormon prolaktin dirembeskan, maka susu akan mula terhasil. Jika si ibu dalam keadaan stress dan susah hati, hormon oksitoson tidak terhasil dan menyebabkan hormon prolaktin juga tidak dapat dirembeskan.

So, sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Ibu juga digalakkan tengok video atau photo anak semasa mengepam. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). So, always be happy & be positive!




3. TEKNIK PENYUSUAN SALAH

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tidak betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.




4. PONTENG SESI MENGEPAM

Ini biasanya berlaku bagi ibu yang bekerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. 

Ponteng mengepam adalah salah satu PUNCA UTAMA susu merundum. Sangat penting untuk ibu semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Sekarang ada banyak jenis pam susu yang boleh pam serentak dan boleh dilakukan semasa kita bekerja. Jika lokasi cubicle anda tersorok, bonus bagi anda dan sepatutnya proses mengepam menjadi lebih mudah dan cepat tanpa mengganggu tugas anda.


Contoh saya dulu, bila saya mula bekerja lepas habis pantang, saya akan inform bos dan team member, waktu yang saya tak available untuk join meeting sebab saya perlu pam susu. Alhamdulillah mereka semua memahami malah mereka support untuk saya teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Ada juga ibu yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu, baru hendak perah. Konsep ini adalah SALAH kerana bila Cik “B” bengkak, ini akan menyukarkan proses memerah dan bila ia berlaku setiap hari, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Macam mana ia berlaku. Saya bagi analogi paling mudah. Bila anda makan di hotel, waiter akan sentiasa perhatikan gelas anda masih berisi air atau tidak. Jika gelas anda masih penuh, waiter tidak akan tuang air lagi. Tapi bila gelas anda kosong, waiter akan terus  tuangkan air dan pastikan gelas anda sentiasa penuh. 

Faham kan? So, sama je konsep dengan penghasilan susu. Selagi anda tidak kosongkan breast, selagi itu lah susu tidak akan terhasil. Once anda pam dan breast anda kosong, susu akan mula dihasilkan.

Ketika di rumah, sentiasa susukan si manja anda secara langsung (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.
 

5. TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap.

Macam saya, waktu menyusu adalah waktu saya berehat. Saya suka menyusukan anak-anak saya dengan cara baring mengiring. Biasanya baby menyusu dalam tempoh 20 minit dan saya ambil peluang waktu tu untuk tidur sebentar. So takkan ada isu tak cukup rehat ye.


Dalam hal ni, para bapa mesti memainkan peranan untuk bantu apa-apa yang patut ketika ibu sedang menyusu. So tolong beri kerjasama anda. Bila anak kita dapat fully brestfeed, anda jugak yang untung sebab tak payah keluar duit beli susu formula. :P


6. MASALAH HORMON DAN KESIHATAN 

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sila minta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu penghasilan susu dan penyusuan baby anda.  

Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. 

Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu. Ada juga ibu yang susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. 

Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kita sangat penting. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar.


7. PENGAMBILAN PIL PERANCANG 

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu. Tapi, tak semua kaedah merancang menyebabkan susu merundum.

Ada beberapa jenis pil perancang yang selamat diambil untuk ibu menyusu dan tidak akan mengganggu penghasilan susu badan. Sila minta nasihat gynae untuk dapatkan pil perancang yang sesuai untuk anda.
Antara pil perancang yang selamat diambil oleh ibu menyusu tanpa menganggu penghasilan susu adalah Noriday.


8. TEKNIK MENGEPAM SALAH / PAM TIDAK CEKAP 

Ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kalau salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. 

Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar. 

Nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

Ramai juga ibu-ibu yang mengadu, bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Bila menggunakan pam yang tidak sesuai, suction jadi  menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.

Jika ada budget, adalah lebih baik anda menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu. Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit. 

Bagi saya pula, saya lebih suka pam manual. Sebab di mana-mana sahaja saya boleh pam tanpa perlu power elektrik. Ke mana-mana sesuai dibawa dan sangat sesuai untuk saya. Proses mengepam sangat mudah. Dalam masa 20 minit saya boleh dapat 8oz-10oz susu.


My favorite breast pump. Pam jenis ini lah yang saya guna selama 6 tahun tanpa henti, dari anak pertama hingga anak ketiga. Saya beli pada harga RM220 sahaja. Alah membeli, menang memakai.

9. PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG 

Ibu menyusu wajib mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. 

Tapi kebanyakan ibu sekarang, terutamanya ibu bekerjaya dan selalu sibuk tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang mengikut kumpulan makanan yang betul dan berkhasiat. Apa lagi selalu makan fast food atau yang simple food sekadar hilangkan lapar.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Sebab tu para ibu menyusu disarankan mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi dan melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. 

Ibu menyusu sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. Begitu juga air sejuk. Seelok-eloknya minum air suam sahaja. Kalau nak minum air sejuk sekali sekala tak pe. Tapi jangan setiap hari.

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air. Jika badan ibu sendiri tidak cukup air, macam mana nak menghasilkan susu, betul tak?

Seperti yang sedia maklum susu ibu yang terhasil bergantung kepada apa yang yang ibu makan. Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik, dengan itu, badan ibu juga dapat menghasilkan susu dengan baik dan berkualiti. 

Sebenarnya ada beberapa signal yang menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi dan  para ibu sendiri boleh tahu dan rasa. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ibu itu kekurangan nutrisi, sila rujuk entry di sini Signal Bila Ibu Kurang Nutrisi.


NASIHAT SAYA

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada semua ibu-ibu menyusu di luar sana, pastikan anda sentiasa belajar tentang ilmu penyusuan untuk pastikan anda mampu dan berjaya menyusukan anak-anak sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun. 

Memang ramai ibu yang terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Perlulah diingat bahawa milkbooster atau suplemen bukanlah magic yang terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja).

Perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda. Tapi at the end of the day, semuanya bergantung atas usaha anda sendiri, dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri. Pastikan anda bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. 
 
Pada siapa yang belum pernah baca pengalaman saya menyusu ketiga-tiga anak saya, jemput baca di sini:

Untuk maklumat lanjut mengenai set penyusuan yang mana yang sesuai untuk anda, sila klik di sini:

Paling penting, senjata kita sebagai orang Islam, adalah DOA. Sentiasa berdoa setiap hari mohon Allah permudahkan proses penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Doa ni tak kisah nak buat ayat macam mana. Tapi kalau takde idea, boleh try doa macam ni.

Jumlah penghasilan susu setiap ibu tidak sama. Ada yang banyak melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Tapi ada juga yang takde lah melimpah, tapi memang cukup untuk keperluan anak tu sehingga berjaya lengkapkan penyusuan 2 tahun setengah.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...