Follow Us @kamharyatie

Saturday 15 August 2015

Reunion Sahabat Selamanya






Assalamualaikum,

Baru-baru ni, saya dan beberapa orang sahabat lama mengadakan reunion bertempat di Qashrina Homestay, Tanjung Kling, Melaka. Actually tak ramai pun, cuma 8 orang je. Homestay ni sangat cantik. Saya suka dengan design dan interior yang simple. Sangat selesa dan harga berpatutan.


http://qashrinahomestay.com/
Click on image to go to Qashrina Homestay official website. Thanks Lynn sebab suggest tempat ni.

Tapi, dalam ramai-ramai kawan sekolah dulu, kenapa yang 8 orang ni jugak yang buat reunion. kenapa kitorg ni agak rapat, walaupun dah 18 tahun kami tak berjumpa (first time jumpa balik 3 tahun lepas).

Sebenarnya antara kami banyak kenangan dan kerja 'giler' yang kami selalu buat sama-sama. Kami mula rapat sebab kami semua satu kelas masa form 3 dulu. 

Ni lah geng yang selalu merayap lepas sekolah. Tapi kami bukan merayap keluar shopping complex atau tak tentu hala. Kami merayap at zero cost ok! Pergi mana-mana jalan kaki, dan kalau nak makan, mesti masak sendiri.

Kami banyak habiskan masa bersama semasa zaman sekolah dulu. Dengan diorang ni lah saya belajar bawak motor. Belajar survived, belajar erti semua boleh! 

Kalau dulu penyegan tak tentu pasal, bila dengan diorang ni, mula belajar berani untuk berhadapan dengan orang dan adapt dengan sebarang situasi.

Ok lah. Jom kita tengok aktiviti apa yang kami buat masa reunion tempoh hari.

Sukaneka untuk anak-anak.
Mak-mak je yang over tau.
Tak sangka pulak si Fitra terer buat belon macam tu. Macam expert aje.
Semua anak-anak menang ke kalah ke, semua dapat hadiah. Semua seronok.
Dah abih sukaneka, kita main ombak pulak. Kat Tanjung Kling ni air tak berapa nak best untuk mandi. So, kami cuma main-main ombak gitu-gitu aje.
Waktu malamnya, kami buat BBQ pulak. Masa masak sama-sama ni, teringat zaman kami memasak guna unggun api masa sekolah dulu.
Antara menu makanan pada malam tu.
Tu dia, ketua chef kita. Encik Jasrul, husband kepada Naha. Mushroom soup dia memang meletops!!!! Sape nak resepi mushroom soup tu, boleh klik kat sini Homemade Creamy Mushroom Soup.
Sambil mak memasak, anak-anak pun main dengan kawan-kawan. Mak saya pun join sekali. Sebab mak saya kenal diorang ni semua. Maklumlah, semua ni dulu selalu datang lepak kat rumah.
Selesai makan-makan, kami bertukar-tukar hadiah.
Dari kiri: Fie, saya, Linda, Naha, Syikin, Noraini, Ida, Lynn.
Since malam tu ada lagi makanan yang tak sempat dibakar, so kami buat BBQ sekali lagi pagi tu untuk breakfast.
Kucing ni western betul. Abih french fries tu dimakannya. Sambil-sambil encik2 suami breakfast sambil sembang-sembang, anak-anak pun sama-sama sibuk bermain.
Ha ni part paling best. Kami bawak pisang, tapi pisang tu takde orang nak makan. So pagi tu kami buat lempeng pisang. Daun pisang tu kami mintak kat tuan rumah sebelah home stay. Dapat 2 pelepah, kita balut pisang yang dah dilenyek tadi. Rasa aroma daun pisang tadi memang menusuk ke dalam lempeng tadi. Sedap wo!
Sebelum balik kami ramai-ramai bergambar dengan baju raya.
Posing lagi.

Sebelum balik KL, sempat kami singgah makan durian dulu tepi-tepi jalan. Tengok gaya Lynn makan tu, aku tau Lynn tu mesti hantu durian tu. Hihihihihi....jangan marah Lynn.
Ini lah gambar kenangan kelas kami masa form 3. Kelas 3A2, SMART. Semua muka masih kanak-kanak ribena. Bersama cikgu kelas kesayangan, Cikgu Jasnani. Kat mana lah cikgu ni sekarang.

Insyaallah kalau ada rezeki kelapangan masa, kita akan buat gathering lagi. Saya titipkan doa buat semua sahabat-sahabat saya.






No comments:

Post a Comment