Saturday, 15 August 2015

HOMEMADE CREAMY MUSHROOM SOUP

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 21:13 |
Assalamualaikum,

Kali ni nak share homemade resepi Creamy Mushroom Soup yang saya dapat dari Encik Jasrul, suami kepada sahabat saya Naha. Mula-mula rasa mushroom soup yang beliau buat, memang saya tak le berhenti hirup. Sampai kembung perut. Hihihi....

So apalagi, mintak resepi la buat sendiri kat rumah. So harini weekend, ada masa nak p beli barang nak kecoh-kecoh kat dapur kan. Alhamdulillah, memang menjadik. Anak-anak makan sampai bertambah-tambah. Anak yang sulung si Dzikrie la paling suka. Tekak western le katakan.

Ok, jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat homemade creamy mushroom soup.
Kredit untuk Encik Jasrul!  


Bahan-bahannya:

1. Fresh white/brown button mushroom - 10 kaki
2. Bawang Holland - 1 biji
3. Bawang putih - 6 ulas
4. Serbuk lada hitam (kasar) - 1 sudu
5. Tepung gandum - 2 1/2 sudu
6. Susu full cream - 500 ml
7. Butter - 1 buku
8. Stok ayam atau kiub ayam - 3 @ 4 ketul
9. Daun Parsley (hiris halus)


Antara bahan-bahan yang diperlukan

Kalau anda perasan, dalam bahan di atas ada dinyatakan 10 kaki cendawan. Memang kaki tau. Maksudnya, kaki cendawan tu jangan dibuang. Ambil sebahagian untuk dijadikan pati.
 
Saya guna cendawan yang macam ni. Beli kat Giant. Kaki cendawan tu panjang-panjang. So yang kaki tu dihiris sekali untuk buat pati.


Cara-cara membuatnya:
 

A - Cara buat pati

1. Hiris cendawan dan kaki nya sekali
2. Hiris bawang holland (kasar-kasar)
3. Hiris bawang putih
4. Panaskan kualidengan 1/4 butter
5. Tumis bahan 1, 2 dan 3 sampai layu
6. masukkan 1 sudu lada hitam kasar dan gaul rata
7. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Setelah sejuk, blender dan kisar halus dengan 2 cawan susu
9. Pati dah siap



B - Cara buat sup

1. Panaskan periuk dengan 1/2 butter
2. Masukkan cendawan lebihan ke dalam periuk (potong dadu atau ikut citarasa)
3. Gaul sehingga cendawan layu
4. Masukkan lada hitam kasar (ikut suka), gaul rata
5. Masukkan 2 1/2 sudu tepung gandum dan gaul rata (guna api perlahan).
6. Tambahkan susu dan gaul sampai tepung tak berketul
7. Masukkan pati yang yang telah diblender
8. Masukkan kiub ayam atau stok ayam
9. Renih sampai mendidih, kacau selalu supaya tak berketul
10. Setelah mendidih, masukkan daun parsley dan gaul.
11. Tutup api, siap!!!


Tadaaaaaa......dah siap!!!! Boleh hidang dengan garlic bread.


Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...