Follow Us @kamharyatie

Sunday 31 December 2017

PERLU KE ADA AZAM BARU?






Assalamualaikum,

Sempena tahun baru ni, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.



 
Cerita tentang azam baru. Sebenarnya, dulu, saya antara orang yang jarang ada azam baru. Malah, pernah tak terfikirkan langsung tentang azam tahun baru. Setiap kali masuk tahun baru, bila kawan-kawan tanya apa azam baru, jawapan saya selalunya "just go with the flow"

Hidup seperti lalang, ditiup ke kanan melentuk ke kanan dan jika ke kiri, melentuk ke kiri. Ikut saja kaki melangkah. Namun masih tetap hidup, bertambah juga anak-anak, bertambah juga pengalaman...apa perlu ada azam jika semuanya masih berjalan lancar. Gaji pun, ada je increment setiap tahun, siap promotion lagi.



Tapi, sejak saya mula terlibat di dalam projek-projek berprofil tinggi dan terjebak di dalam bisnes, saya mula sedar tentang pentingnya azam dan matlamat.  

Dalam program Young Manager Development Program (YMDP) yang saya hadiri di syarikat saya, banyak perkara yang saya perlu ambil iktibar dari perjalanan hidup saya selama ini. 

Salah satu task yang diberikan kepada saya adalah menyediakan 1 slide My Career Development in the next 5 to 10 years from now. Samada suka atau tidak suka, terpaksa juga memikirkan apakah target dan matlamat saya kerana itu adalah salah satu syarat untuk kenaikan pangkat. 
 
Begitu juga situasi yang sama dalam perjalanan bisnes Shaklee. Kalau nak berjaya rank-up sehingga ke rank tertinggi Master Coordinator, WAJIB ada target dan matlamat. 

Masa tu lah saya mula tersedar, betapa banyaknya perkara yang saya belum capai dan saya perlu capai dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.

Yang pasti, keluarga sentiasa ada di dalam setiap perancangan hidup saya. Mengikut perancangan asal, saya nak terlibat dalam bisnes pada tahun 2014. Tapi kita hanya merancang, saya telah mulakan 6 bulan lebih awal.

Kita tak boleh biarkan tahun demi tahun berlalu begitu saja tanpa ada sebarang perancangan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih baik ke tahap maksimum mungkin, sebelum Malaikat Maut datang menjemput roh.



PERLUKAH ADA AZAM TAHUN BARU?

Ini soalan yang penting untuk difikirkan. Ada orang yang berikan alasan bahawa azam tahun baru 2020 masih belum dilaksanakan, apatah lagi azam tahun baru 2021, 2022...dan seterusnya azam tahun baru 2023...nak buat azam apa jika yang lama masih tak tercapai.

Bagi saya azam atau sasaran atau matlamat perlu ada. Dari matlamat paling besar sebagai insan yang berada sementara di muka bumi ini dan menuju ke kubur dan seterusnya ke Padang Masyhar, perlu pula dipecahkan kepada 5 tahun, kemudian kepada setahun dan begitulah seterusnya selagi hayat dikandung badan.

Jika perjalanan tidak ada destinasi...apa saja jalan boleh dipilih kerana kita tak perlu sampai ke mana-mana. Namun jika kita ada matlamat, ada destinasi, mahu tak mahu kita terpaksa memilih jalan-jalan terbaik yang dapat membawa kita menuju ke destinasi pilihan.

Rasanya kehidupan yang ada matlamat lebih terurus kerana kita akan ada banyak kerja yang perlu dilakukan terutamanya kerja menganalisa jalan yang telah diambil dan membuat perubahan jika ada yang tersasar.
 


Bila kita sibuk membuat pembaikan demi pembaikan, maka tidaklah masa terbuang begitu saja mengambil jalan demi jalan lalu berpatah balik dan pergi semula. Masa akan habis begitu saja secara sia-sia walaupun seronok. Kerana seronok bukanlah matlamat terbaik untuk berada di dunia. 
 
Kenderaan boleh berubah, tetapi destinasi kita tak akan berubah. Sebelum ‘berlepas’, kenalpasti dahulu ke mana arah tujuan kita.


PANDUAN MEMBUAT AZAM TAHUN BARU

Biasanya selama ini kita akan letakkan azam berdasarkan apa yang hendak dicapai. Tahun ini rasanya elok dibuat sedikit perubahan bagaimana azam yang baik dan mampu dilaksanakan perlu dibuat agar kita menjadi lebih berjaya pada tahun 2022.

Kajian yang dilakukan dibarat menunjukkan azam yang terbaik adalah dengan meletakkan sasaran membina sistem. Jika kita meletakkan hasil sebagai azam, kebiasaannya ia lebih sukar untuk dicapai dan akan gagal begitu saja. Mungkin itulah antara sebab kita gagal mencapai hampir semua azam tahun baru yang telah dibuat sebelum ini. 

Saya berikan contoh azam tahun baru yang mudah:
  • Azam berbentuk hasil: Mahu kuruskan badan
  • Azam berbentuk sistem: Jogging atau berjalan kaki 45 minit setiap hari, Join program-program kesihatan
Jika anda mahu buat azam tahun baru 2022 menyentuh kesihatan, pilihlah azam berbentuk sistem yang saya nyatakan di atas iaitu, berjogging atau berjalan kaki 45 minit setiap hari berbanding mengambil azam berbentuk hasil seperti mahu kuruskan badan.

Dengan berbuat begitu, insyallah anda akan dapati ianya lebih mudah untuk dilakukan dan badan sihat dan berat badan turun akan datang dengan sendirinya, Insyaallah! Tapi kalau tak boleh nak diet sendiri, join aje Program Jom Detox Jutawan.

Klik imej di atas untuk testimoni peserta detox yang dah berjaya capai target berat masing-masing.



 

SENARAIKAN 101 IMPIAN KITA

Salah satu tips untuk azam baru, adalah dengan cara senaraikan 101 impian yang kita hendak capai dalam hidup kita. Ini yang mentor saya ajar sejak saya mula terlibat dalam bisnes.


101 impian dan matlamat hidup saya. Atas nasihat mentor, saya bawa impian yang telah ditulis ke tanah suci Mekah semasa saya menunaikan Umrah pada November 2014 dan saya doa setiap satunya di depan Kaabah.

Percaya atau tidak, 25 daripada 101 impian saya berjaya dicapai sehingga tahun 2021. 

Hanya  mereka yang pernah alami sahaja yang tau betapa indahnya aturan Allah. Satu-persatu impian yang saya tulis, ternyata Allah kabulkan di waktu-waktu yang terbaik, yang saya sendiri tidak pernah jangka. 

Kalau seluruh pergerakan alam ini, dari 7 petala langit dan bumi Allah berkuasa untuk aturkan dengan begitu baik, apalah sangat bagi Dia untuk aturkan hidup kita mengikut apa yang kita impikan.

Azam saya untuk tahun 2023 ini, saya nak revise semula 101 impian saya dan cuba untuk capai impian-impian yang saya telah tulis yang masih belum tercapai.
 

 




 

APA YANG KITA TULIS, ITU YANG KITA AKAN DAPAT

TULIS! TULIS! TULIS!



Tulis semua yang kita impikan dan tampal di setiap sudut bilik kita. Macam saya, saya jadikan wallpaper laptop saya. Sebab itu yang saya akan tengok setiap hari. Setiap pagi, setiap waktu saya 'terpaksa' tengok impian saya.

Dan tanpa sedar, minda, akal dan roh saya 'terpaksa' bergerak ke arah impian-impian tersebut. Minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi. Insyaallah, lebih banyak impian-impian yang akan tercapai pada tahun ini. 
 

Amacam? Ada terasa nak mula tulis 101 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini? Tulis, jangan tak tulis. Tulis semua azam dan impian yang anda hendak capai di dalam hidup anda.

Tapi, azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik.

Saya doakan anda berjaya capai kesemuanya 1 demi 1.  Dan saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia dan juga di akhirat. SELAMAT BERIMPIAN!!! Jangan lupa TULIS! :) Tulis impian hidup itu adalah PERCUMA! Tak kena bayar pun. 

INGAT!!! APA YANG KITA TULIS, ITULAH YANG KITA AKAN DAPAT. Impian Hidup itu akan memotivasikan kita untuk terus maju tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain, InsyaAllah. 

p/s Mudah-mudahan entry ini memberi manfaat kepada anda semua. 

 


No comments:

Post a Comment