Assalamualaikum pada semua pembaca blog mommyshahab.com. Saya doakan
anda semua dilimpahkan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak pernah
putus….amin.
Bila bercerita tentang rezeki, biasanya kita akan nampak dari segi material. Wang yang banyak, kereta mewah, rumah besar.
Hakikatnya kita tidak sedar bahawa kesihatan yang baik, diri kita
dijauhkan dengan musibah, tidak ada kemalangan atau kerosakan terhadap
harta benda, itu juga dikira rezeki.
Kita juga mungkin hanya memakai kereta lama tetapi kereta itu tidak
banyak meragam. Pernah tak tengok ada kereta baru yang tersadai kerana
rosak? Jadi, bersyukurlah selalu dengan apa yang kita ada kerana kita
tidak susah atau menyusahkan orang lain.
Kebahagiaan hidup itu juga rezeki. Rezeki itu janji Allah dan bukan harta benda semata-mata. Kali ni, saya nak share antara tips dan amalan yang kita boleh amalkan untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Begitu juga kaedah untuk menjemput rezeki itu juga ada pelbagai cara. Jom sama-sama kita amalkan.
Banyak kan amalan-amalan yang kita boleh amalkan. Jangan cemburu kalau kita nampak orang lain lebih kaya dari kita. Kita cuma perlu beringat, mungkin asbab amalan-amalan mereka itu lebih baik dari kita, sebab itu kita nampak rezeki mereka lebih murah.
Berapa banyak pun rezeki yang kita dapat, yang paling penting adalah keberkatan. Itu yang kita sangat perlukan dalam hidup kita. Dan ini lah yang akan memberikan kita kebahagian yang sebenar.
~~~~~~~ Semoga Bermanfaat ~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!
No comments:
Post a Comment