Follow Us @kamharyatie

Monday, 8 June 2020

Nasi Arab Kari Daging Segera. Sumpah Sedap!




Sebenarnya, masa waktu PKP haritu, memang tak de keje lain selain dari memasak dan mencuba resepi baru. Maklumlah, walaupun work from home, tapi sebab anak-anak semua pun depan mata, perut pun asik lapar je. 

Nak jadi cerita, banyak lah resepi yang viral. Salah satunya, resepi Nasi Arab Kari Kambing Adabi tu. Tau tak, kitorang mencari kari kambing adabi dalam tin tu, merata kedai. Semua takde stok! Mesti gara-gara viral la ni.

Sudahnya tak buat pun. Beras semua dah beli. So, lupakan je lah. Sekali baru-baru ni, husband balik bawak Kari Daging Adabi. Katanya, takde kambing, kita buat daging pon boleh! Ok lah, kita proceed je lah. 

Ingredient semua sama je, beza nya guna kari daging je. Sedap jugak wei!!!!! Jangan tak caya. Anak-anak bukan main suka, makan bertambah-tambah, sampai ke malam kitorang makan tu. Ok, so kali ni saya share resepi Nasi Arab Kari Daging Adabi.

Notes: Resepi adalah mengikut cara masak menggunakan periuk Noxxa ye. So semua tumis dalam tu je, xde tumis asing.

Bahan-bahan nasi arab:

  • 2 tin Kari Daging Adabi
  • 5 cawan sedang Beras Faiza Basmathi
  • 2 Biji bawang besar dihiris
  • 4 sekawan
  • 2 heai daun pandan
  • 2 sudu butter + 2 sudu minyak masak
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara-cara masak nasi arab:

  • Rendam Beras Faiza Basmathi (dicuci/rendam 15 minit. Kalau masak  guna pressure cooker atau Noxxa, tak perlu rendam)
  • On Periuk Noxxa, guna kaedah masak STIR FRY
  • Panaskan Butter dan minyak masak
  • Tumis 4 sekawan, bawang yang dihiris dan daun pandan sehingga naik bau
  • Masukkan tomato yang dipotong dadu
  • Masukkan Kari Daging, gaul sebati
  • Masukkan susu cair
  • Masukkan air sebanyak 6 cawan (cawan yang sama sukat beras)
  • Masukkan garam
  • Masukkan beras basmathi, gaul rata
  • Tukar cara masak periuk Noxxa kepada RICE
  • Nasi akan siap masak dalam masa hanya 10 minit je!
  • Dah siap!!!!
 Saya guna Beras ni, panjang-panjang.
 Masa menumis semua bahan
 Ni sebelum masuk beras. Make sure u olls rasa dulu masin dia ok ke tak. Garam ikut secukup rasa.
Tadaaa....dah siap. Masa dengan periuk Noxxa, 10 minit je babe! Aduhai, jimat masa, jimat tenaga, jimat elektrik, jimat segala lah. Memang puas hati guna periuk ni. Sesuai sangat dengan saya yang selalu kejar masa.


So, next, saya share cara buat arca dan timun yogurt. Campur 2 ni, lagi terangkat u olls makan. Ada rasa masam-masam tu, perggghhh!!!!

Resepi Timun Yogurt


  • 1 atau 2 biji timun jepun @ timun biasa dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 cawan yogurt asli (ikut suka banyak mana)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji air perahan lemon
  • Sedikit garam
  • Gula sikit
  • Gaulkan semua bahan2 kemudian di simpan dalam petiais sebelum hendak makan.

Resepi Acar Timun

  • 1 biji timun (dipotong memanjang)
  • 1 biji carrot (dipotong memanjang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dipotong kecil-kecil)
  • 3 sudu besar gula (secukup rasa)
  • 1 sudu teh garam (secukup rasa)
  • 3 sudu besar cuka


Ok dah siap. Memang tak dan nak hidang cantik-cantik. Semua dah lapar. Ni je lah yang sempat snap.
Kebetulan masa ni anak-anak main air kat luar. Maklumlah, nak swimming tak tahu bila boleh p swimming kat kondo kita tu, so berendam gini je lah yang boleh. Tepat jam 12 tengah hari semua dah kelaparan. Mujur dah siap masak.
Bawak terus makan kat luar. Tengok tu, Abam Raees makan dulu. Si Feeras memula tak nak. Tapi bila tengok abang dia makan selera kemain, last dia pun makan jugak.
Habisss! Abang suap, memang sedap. 2 kali tambah masing-masing.Boleh pulak tanya mami beli nasi ni kat mana. Bila cakap mami yang masak, terbuntang mata. Ewah! Tau le mak korang ni tak handal masak. Dah tadi pun korang main air kat luar kan, mana nampak mami masak kat dapur. Ches!



So, korang boleh try ye. Senang yang amat. Simple, cepat, jimat, sedap! Giteww! Selamat mencuba ya. Jemput like, comment dan share. Semoga bermanfaat.

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 
 



No comments:

Post a comment