Sunday, 6 September 2015

SERVICE AIRCOND! CHEAP, FAST, GOOD!

Syed Hafiz Dzulkifli Syed Taha | 20:25 |
Assalamualaikum. Saya doakan anda sentiasa dilimpahi rahmat serta kasih sayang Allah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. In shaa Allah.

Sejak dua menjak ini, cuaca di negara kita nampaknya tak menentu. Nak-nak bila waktu tak hujan. Panas dia ya Allah, panas betul la. Time ni ramai yang akan cari kipas besar, tak pun all the time pasang aircond.

Saya pun sama, sebab bila panas je, aircond kt rumah tu boleh kata sepanjang masa. Nak jadikan cerita, aircond kat bilik kami ni dah lama tak service. Dah tak sejuk, jadi macam kipas biasa je.

Dah lama sebenarnya saya mencari orang service aircond ni. Tapi disebabkan saya selalu kerja outstation, jadi benda ni tertangguh. Maklumlah, nak bagi orang asing masuk ke rumah kita ni, kena fikir banyak kali.

Tapi bila tengok, makin lama makin tak kuat angin aircond ni, saya cakap dengan Allah, "Ya Allah, kau temukan aku dengan orang yang boleh bantu aku selesaikan masalah aircond aku ni, kalau boleh nak yang bagus tapi murah :), dan orangnya ikhlas dan bersungguh-sungguh bila buat kerja".

Alhamdulillah. Kebetulan masa lunch, saya scroll Facebook ternampak satu posting mengenai hamba Allah ni yang boleh service aircond dengan harga berpatutan. Nama dia Idzhar. Boleh contact Idzhar through WatsApp.


Antara perbualan saya dengan Idzhar


Operasi membuka Aircond. Bukan mudah rupanya.


Macam ni rupanya bila dah buka kesemuanya. Saya ada tanya dia, aircond apa yang bagus sekarang ni. Dia kata Panasonic, Daikin (dulunya York) dan Acson. Ni berdasarkan pandangan dia untuk aircond yang tahan lasak tau. Semua orang ada pandangan masing-masing tau.


Sebelum cuci, inlet gas aircond kene tutup dulu. Ada sesetengah orang tak tutup ni, end up banyak gas aircond keluar. Bila banyak gas aircond keluar, mereka akan charge lebih bila masukkan gas aircond nanti. Tip yang beguna dari Idzhar.



Alat untuk masukkan gas Aircond nanti


Operasi mencuci aircond. Idzhar yang pakai topi bersama sahabatnya.


Operasi memasukkan gas aircond pula.


Lepas tu cuci compressor aircond pula. Kerja remeh semua ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk kerja 2 orang. Bergantung pada tahap condition aircond yang hendak dicuci. 


Rupanya, setiap 3 tahun aircond kena buat full service dan perlu buat minor service setiap 1 tahun untuk pastikan aircond dapat berfungsi dengan baik. Dan jangan tak tahu, aircond yang sentiasa dalam keadaan yang baik dapat menjimatkan bil elektrik.



Kalau aircond dah tak sejuk tu, cepat-cepat lah betulkan. Sebabnya aircond tersebut terpaksa bekerja keras dan menyebabkan tenaga elektrik digunakan dengan banyak. Bill elektik pun melambung nanti.



Bagi saya, service repair aircond demand agak tinggi. Aircond ni dah jadi satu keperluan. Boleh kata setiap rumah, mesti ada aircond. Sudah nak jumpa rumah yang takde aircond dalam area KL ni. Dan aircond bila selalu guna, kene rajin service. 



Perkhidmatan yang mereka berikan ni betul-betul membantu orang lain yang inginkan perkhidmatan service aircond yang baik dan berpatutan. Semoga sahabat baru saya ini semakin berjaya dalam apa yang mereka jalankan.


Jika anda perlukan perkhidmatan:

1) Full service aircond
2) Minor Service aircond
3) Buat wiring kat rumah

Anda boleh menghubungi sahabat saya ni, Idzhar di nombor telefon 018-241 1946. Kalau nak diskaun, sebutla nama saya yang recommend. In shaa Allah, dia bagi good service dengan harga yang terbaik.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

Wassalam

*Jika anda rasa entri ini entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...