Follow Us @kamharyatie

Tuesday 21 February 2017

JAPANESE DURIAN CHEESECAKE RECIPE



ARITU.....ternampak member buat Japanese Durian Cheesecake ni. Nampak cam sedap sampai boleh terasa kat tekak ni kesedapan Cheese Cake ni. Dengan segera mintak dia recipe tu & dia share video cara nak buatnya.


Unfortunately, takde pula ukuran nak letak berapa tepung, gula bagai. So cari-punya cari, terjumpa la blog pasal resipi ni. Dengan berdesup terus cari barang & buat.

Alhamdulillah, memang seperti yang dibayangkan. Lembut, fluffy & sedap yang amat. Hence, saya sharekan cara nak buat supaya ramai lagi yang dapat manfaat tuk buat sekali.

Sedap tak? Tengok je dah membuat kita tak keruan.....

Basically, ada 2 bahagian yang kita kene buat. I’ll name it Team Yellow & Team White. End of the day, both team akan disatukan untuk mendapatkan hasilnya the bomb.

Bahan-bahannya:
(Yellow Team)
1 Blok Krim Cheese (Philadelphia)
6 Kuning Telur
60g Mentega (1/4 block - Melted)
250g Durian
100ml Fresh Milk
60g Castor Sugar
70g Cake Flour
20g Corn Flour
1/4 tsp Garam

(White Team)
7 Putih Telur
1/4tsp Cream of Tartar
60g Castor Sugar

Cara membuatnya Yellow Team:
1. Mula-mula kene isikan air panas dalam satu bowl.

2. Kemudian, ambil satu lagi bowl (kecik sikit) dan diletakkan ke atas bowl yang berisi air panas tadi. Teknik ni dipanggil water bath atau ala-ala double boiler. During this time, tak perlu letak atas api sebab air panas tadi dah cukup untuk mencairkan bahan-bahan kita nanti.

3. Bowl yang kosong tadi, diisi pula dengan 1 blok of Cream Cheese yang dipotong dadu supaya senang kita nak whisk nanti.

4. Whisk Cream Cheese tadi sampai cair.

5. Once dah cair, sambil whisk, masukkan kuning telur satu persatu. Jangan masukkan semua sekali sebab takut telur tu tak cair dan akan bertukar menjadi telur dadar akibat heat from bowl air panas tu.

Ni la rupa teknik 'Water Bath'
6. Selepas masukkan semua telur, tambahkan gula & garam. Kemudian tambahkan melted butter. Ingat….jangan lupa untuk whisk selalu supaya semua bahan bersatu dan selalu dalam keadaan cair.

7. Next, ambil durian dan diblendkan dengan fresh milk. Hasilnya diletak di dalam sieve (penapis) dan ditekan-tekan supaya isi durian tadi dicampurkan dengan bahan yang diwhiskkan tadi.

8. Akhir sekali, masukkan Cake Flour & Corn Flour ke dalam mixture & whisk hingga sebati. Maka siaplah Team Yellow.
         
Cara membuatnya White Team:
1. Sekarang kita siapkan Team White pulak. Ni lagi senang, kita cuma perlu whip egg white sehingga ianya menjadi soft peak.

Apa kebendanya tu ‘'soft peak form'? 'Soft peak form' ni menunjukkan bentuknya tidak dapat bertahan dan tanduk hujungnya akan kembali kepada keadaan asal.

Ha cenggini rupanya Soft peak form
2. Sambil whipping tu, masukkan sekali Cream of Tartar & slowly add in sugar. Team White siap. Mudahkan.
Whisk semua bahan supaya kek jadi fluffy & lembut

Cara campurkan antara White Team & Yellow Team
1. Kemudian, masukkan 1/3 Team White tadi ke dalam Team Yellow. Jangan masukkan semua. Kene buat by batches. Fold Team White tadi dengan Team Yellow. Jangan ganas-ganas tau. Kalau tak adunan tu tak nak naik and hold jadi kek.

2. Seterusnya masuk another 1/3 Team white dan ulang sehingga semua Team White berjaya difold kesemuanya dengan Team Yellow. Bila dah selesai, hentakkan bekas adunan tadi untuk buang segala buih yang ada.

Cara bakar
1. Preheatkan oven dulu dengan menggunakan api atas bawah dengan suhu 200⁰C dalam 5-10 minit. 2. Ambil satu Bake Pan dan dispraykan dengan non-stick spray and letakkan baking paper ke atasnya. 3. Masukkan adunan tadi ke dalam Bake Pan tadi dan hentakkan sekali lagi untuk buang any bubbles yang ada. Ini untuk mengelakkan kek itu nanti takde lubang-lubang & rapuh bila kita potong nanti.
4. Lastly, Bake Pan tadi diletakkan atas satu tray yang berisi air atau dikenali sebagai Steam Bath. Ianya supaya no direct heat akan terkena pada adunan tadi.
5. Letakkan Pan tadi di rak paling bawah sekali dengan suhu 200⁰C selama 18 minit, kemudian turunkan suhu ke 160⁰C selama 20 minit dan akhir sekali  140⁰C for 10 minit.
6. Turn off oven dan biarkan kek dalam closed oven for 10 minutes. Buka pintu oven sikit selama 10 minit supaya kek tersebut sejuk sedikit.

Ni la 'Steam Bath'
Akhir sekali keluar kek dari Bake Pan tadi dengan perlahan-lahan. Ready to be serve. Disertakan sekali link video tuk orang yang visualise type of person.




Optional
Untuk design atas kek, mix 1 teaspoon of cocoa powder to 1/4 cup batter and lukislah atas kek tersebut. Ingat ni optional dan tidak akan mendatangkan apa-apa perbezaan pada rasa pun.

Love;
Daddy Shahab


No comments:

Post a Comment