Follow Us @kamharyatie

Monday, 14 September 2020

Sambal Cincalok Goreng Jawa Melaka



Resepi ni adalah resepi mak. Mak saya dibesarkan di perkampungan Jawa Melaka. Biasanya sambal cincalok simple je. Tapi sambal cincalok kali ni, rare sikit, complicated sket nak buatnya. Tapi dia punya rasa......adoyai, makan nasi tak bertambah tu memang tak sah. Jom tengok bahan dan cara nak buat.


Bahan-bahan:

  • Bawang besar - 1 biji
  • Serai - 1 batang
  • Cili padi - 20 biji (kalau tak tahan pedas boleh kurang kan)
  • Belimbing buluh 8 biji
  • Cincalok 3 sudu besar
  • Santan 2 sudu besar 


Santan jangan lupa


Cara-cara buat sambal:

  • Hiris semua bahan 1-4
  • Panas kan minyak
  • Tumis kesemua bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau
  • Masukkan cincalok, gaul rata
  • Masukkan santan, gaul rata sehingga masak
  • Siap!

 


 


Dah siap!!! Makan dengan nasi panas, lauk lemak cili padi. Perghh!!!! Terangkat! Selamat mencuba!

 

~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 
 



No comments:

Post a comment