Follow Us @kamharyatie

Monday 2 October 2023

Cara Terbaik Manage Duit Pinjaman Pelajaran - Habis Belajar Duit Masih Ada Lagi



Ini kisah Kak Kam manage duit loan masa zaman belajar kat universiti dulu.....
 
Loan MARA RM900 untuk satu semester bersamaan 5 bulan. Sangat jauh beza dengan budak2 yang dapat loan JPA, PTPTN.
 
Itulah duit makan, itulah duit buku, itulah duit yang ada untuk beli apa-apa keperluan lain.
Zaman tu tak paham maksud kehendak. Sebab nak beli apa yang hendak pun tak tahu sebab jarang ke mana2.
 
Budak2 yang dapat loan lain, masuk je duit, boleh terus p shopping, mampu juga tengok wayang. Seingat Kak Kam hanya sekali je p tengok wayang sepanjang zaman study dulu.
 
Kak Kam and the geng? Masuk je loan terus buat kira-kira, sehari boleh belanja berapa RM sahaja supaya kami boleh bertahan sehingga 5 bulan akan datang. Stok megi memang banyak la masa ni. Ahaks!
 
Buku? Memang tak mampu beli yang ori. Pinjam buku di library, bawak kedai photostat. Selama 3 tahun begitulah.
 
Mak abah tak bagi duit ke? Kalau mintak sure diorang bagi. Tapi anak-anaknya ni semua tak reti meminta2. 
 
Maka, kalau tak cukup, pandai-pandai lah cari kot mana. Time cuti semester Kak Kam tak balik rumah pon. Kak Kam join member2 cari duit lebih, kerja kilang kuih. 
 
Sampai pernah kena kejar anjing hitam yang lidah terjelir dengan air liur meleleh masa awal pagi gelap2 berjalan ke kilang. Sebab tu takut anjing sampai sekarang.
 
Time tak cuti, pernah join member jual nasi lemak dari bilik ke bilik. Sebungkus dapat upah 10 sen dan sebungkus nasi lemak. 
 
Lepas lah buat makan malam dengan duit upah RM3 sehari. Tengahri biasanya makan nasi putih lauk tempe sambal belacan, RM1.50 je. Pun dah rasa heaven sangat .
 
Dulu ada senior bagi hadiah tabung buluh. Tabung tu lah buat simpan duit syiling balance belanja.
Tak reti nak enjoy apa pun zaman belajar sebab duit yang ada ngam-ngam untuk beli barang perlu selama 1 semester.
 
Pernah sebilik dengan anak peneroka felda yang dah biasa makan nasi putih dengan garam. Seumur hidup Kak Kam belum pernah lagi makan macam tu. 
 
Bila berkawan dengan orang2 yang jauh lebih susah, buat Kak Kam rasa sangat bersyukur. Sebab tu tak suka nak mintak2 dari mak abah. Selagi ada kudrat, kita usaha cari sendiri. Asalkan tidak meminta-minta.
 
Sampaikan kawan2 kolej dulu ingat Kak Kam ni orang kampung. Tapi terkejut bila tau Kak Kam ni orang Key Ell sejati.
 
Mana tak, parents tak pernah datang tengok pun. Rata2 orang Key Ell, weekend parents datang bawak makanan bagai.
 
Parents Kak Kam hanya datang 2 kali je sepanjang 3 tahun study. Sekali masa first day register masuk U, sekali lagi masa last day nak angkut barang habis study.
 
Mungkin sebab Kak Kam dah biasa dari kecil macam tu. Independent. Kata anak komando kan. Kak Kam bersyukur sebab pengalaman itu yang menjadikan Kak Kam pada hari ini.
 
Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. 
 
Lepas grad, abah suruh hantar surat ke MARA bagitau dah habis study dah mohon pengurangan. Amazingly, bukan setakat pengurangan, tapi terus convert jadi scholarship. Syukurrrrr......
 
So bila dah start kerja, setiap kali dapat gaji, terus buat kira2 berapa RM yang boleh dibelanjakan. Mungkin sebab dah jadi habit masa belajar dulu kan. Kira siap-siap berapa RM yang perlu disimpan untuk masa depan. Gitew!
 
Alhamdulillah syukur sangat atas segala pengalaman kesusahan yang dilalui masa zaman belajar dulu. Walau sikit pinjaman yang diberi, tapi berkat nya cukup sampai grad. 
 
Syukur juga dengan didikan mak abah yang akan tanya soalan maut setiap kali minta sesuatu "PERLU KE?"
 
Pengalaman inilah Kak Kam belajar dan apply setelah bekerja sehingga sekarang. Tahu beza mana satu kehendak mana satu keperluan.
 
Dari gaji kecik sampai gaji besar, dari bonus Shaklee 2 angka sampai 5 angka, memang dah jadi habit untuk manage properly.
 
Dah pandai manage segala keperluan, baru lah belajar untuk capai kehendak pula. Bende yang dulu2 teringin nak tapi tak dapat sebab takde duit, masa ni lah kita cuba usaha untuk dapatkan tanpa kacau budget yang perlu.
 
Makna kata, both pon boleh dapat. KEPERLUAN dapat dipenuhi semua, KEHENDAK juga dapat dicapai.
 
Rasa tak cukup dengan duit loan atau duit gaji? Buatlah extra income. Kak Kam boleh ajar buat bisnes yang stable sampai boleh diwarisi.
 
Insyallah, ini yang Kak Kam sedang ajar pada anak-anak untuk menghargai setiap sen yang kita dapat.
Syukur dengan yang sedikit, Allah pasti beri ganjaran yang lebih besar. 
 
Tapi yang paling penting, pengurusan kewangan mesti dijaga dengan baik.
 
Benda ni memang takde belajar kat sekolah atau universiti. Kak Kam belajar dari pengalaman sendiri. Masa dah kerja baru cari buku2 berkaitan kewangan untuk kukuhkan financial health.
 
Tapi zaman sekarang ramai sifu financial yang bagi ilmu percuma, ada juga yang berbayar. Kesedaran tu dah makin banyak. Gali ilmu sebanyak mungkin.
 
Ingatlah, kalau masa income kecil kita mampu urus dengan baik, Allah yakin untuk beri kita income lebih besar. Kalau yang kecil pun tak tentu arah, bayangkan kalau bagi besar, lagi haru nanti.
 
Jangan pernah merungut dengan apa yang tiada. Bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada, dalam masa yang sama berusaha sungguh2 untuk capai segala impian dan bende2 yang kita belum ada. 
 
Mimpi itu percuma gais. Tapi usaha daN doa itu ada harga yang perlu dibayar. Selagi kita ada Allah, tiada apa yang mustahil.
 
Berminat nak buat side income tapi takde idea part time job apa yang sesuai?  Boleh refer kat link bawah ni.
 
 
~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price



No comments:

Post a Comment