Follow Us @kamharyatie

Thursday 19 September 2013

Pavlova




Ape itu Pavlova? Bagi mereka yang belum pernah makan, kena try sebab sedap ‘boombastik’!.

Pavlova adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai 2 bahan utama. Tekstur Pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, Pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Di zaman dulu kala ada perbalahan 2 pihak di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. 

Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

So, saya akan sharekan resipe yang simple dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Kalau nak langgar pantang dipersilakan. Jadi tak jadi, janji saya sharekan resipe mudah tapi padat.

Rupa tak berapa nak cantik. Takpe, practise make perfect!


Bahan-bahan :

4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung



Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.

1/2 sudu teh esen vanilla

Fresh Fruit – Kiwi, Strawberry, Blackberries, Peaches, Raspberries and mana-mana buah yang masam

Tip sebelum membakar :


Ø  PASTIKAN! ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih. Air pun tak boleh. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila dah dipisahkan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik bila nak buat pavlova ni. Jangan guna masa telur masih sejuk.



Ø  Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Kalau tak, meringue anda memang tak kan bertanduk daa…
  

            Cara-cara :
  •  Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa kebendanya tu ‘'soft peak form'? 'Soft peak form' ni menunjukkan bentuknya tidak dapat bertahan dan tanduk hujungnya akan kembali kepada keadaan asal. (Refer sini pon boleh: http://izanmann.blogspot.com/2009/03/apa-itu-soft-medium-firm-peak.html)

  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati. Ni nak mengelakkan dari Pavlova rasa hanyir telur.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung (Firm peaks). Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Kalau jatuh, maknanya kena buat lagila.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk.
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam gunung berapi la kan. Tapi anda masih boleh buat saiz kecik-kecik ala-ala mini Pavlova. Lagi comel. Ikut kreativiti masing-masing.


Masa membakar :
  • Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

  • Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Yang nie kena tenggok setiap 15 minit. Sebab kadang-kadang bila suhu tak betul, kena masak lama sikit.

  •  Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Kulit meringue tu akan bertukar menjadi keperangan dan ada rekahan kecil. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.



Hiasan :

  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

  • Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Mengikut pendapatan saya, whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan gula pun tak jadi masalah. 

  •  Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

  • Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan oleh 6-8 orang.

~ MommyShahab ~




No comments:

Post a Comment