Saturday, 23 January 2016

SALTED CARAMEL SAUCE

Kam Haryatie Abdul Mutalib | 01:34 |
Assalamualaikum,

Kali ni nak share cara-cara untuk buat sos karamel yang boleh cicah dengan churros atau apa-apa jenis desert. Boleh try. Senang je.





Bahan-bahan:
  • 1 cawan (200g) gula kasar
  • 6 sudu besar (90g) butter, potong kepada 6 bahagian kecil
  • 1/2 cawan (120ml) thickened cream (brand Pauls)
  • 1 sudu kecil garam
Thickened cream tu saya guna brand ni. Boleh beli kat semua supermarket seperti Giant, Jusco.


Cara-cara:



1.  Panaskan gula kasar di dalam periuk dengan suhu sederhana dan pastikan api kecil. Sentiasa kacau dengan menggunakan spatula getah yang boleh tahan suhu yang panas atau boleh guna  senduk kayu.
2. Gula akan jadi macam berketul-ketul apabila dipanaskan dan perlahan-lahan akan cair sehingga melekit berwarna kuning keemasan. Jaga-jaga jangan sampai hangus.





3.  Apabila gula telah cair sepenuhnya, masukkan butter. Berhati-hati ketika masukkan butter sebab gula tadi akan membuak bila ditambah butter.
4. Campuran ini lah yang dinamakan karamel. Kacau karamel dan butter tadi sehingga sebati, dalam masa 2-3 minit.



5. Tuangkan 1/2 cawan thickened cream secara perlahan-lahan sambil kacau. Memandangkan thickened cream tu suhunya sejuk dan karamel pula panas, campuran tadi akan berbuih apabila ditambah. 
6. Biarkan campuran tadi mendidih selama 1 minit. Tak lama kemudian campuran yang mendidih tadi akan turun semula.





7) Tutup api dan tambah 1 sudu teh garam dan kacau. Biarkan ia sejuk sehingga suhu bilik sebelum dihidang atau disimpan ke dalam botol.


Dah siap! Senang je


Boleh cicah dengan churros.


Siapa yang nak try buat Churros, boleh tengok resepi kat sini RESEPI CHURROS.

Credit to Sally's Baking Addiction

Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...