Follow Us @kamharyatie

Friday 1 January 2016

Trip To Italy - Day 5 - ROME - Part 1




Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mommy Shahab.com?

Kami doakan anda semua sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Ini adalah sambungan Italy Trip dalam entry sebelum ni yer.

Trip To ITALY - Day 1 & 2 - KLIA-DUBAI-MILAN (sila klik)

Trip To ITALY - Day 3 - FLORENCE - Part 1 (sila klik)

Trip To ITALY - Day 4 - FLORENCE - Part 2 (sila klik)



Florence to Rome

Pada hari ke 5 kami di sana, kami memulakan perjalanan pada awal pagi untuk ke Rome. Kami akan ke Rome dengan high speed train.
Bergambar depan hotel sebelum bertolak ke train station dengan bas.
Baca newspaper dulu. Faham ke tu?
Of coz lah faham. Tranlastor kan ada. Scan aje. Hehe...
Ok dah sampai Florence Train Station. Dikenali juga dengan nama Florence S. M. Novella . 

Syok mak-mak kami duduk atas wheel chair ni.

Acah-acah je ni beli tiket.Tiket kami semua Shaklee dah uruskan.

Amek gambar dulu.

Macam biasa, Shaklee akan bagi kami naik Business Coach. Tempat duduk yang besar dan selesa.

Untuk penumpang Business Coach, mereka sediakan Refreshment secara percuma.

Enjoy the scenery sepanjang perjalanan ke Rome.

Saya sangat suka scenery country macam ni.

Saya memang takkan tidur lah kalau naik train sebab suka tengok pemandangan.

Pemandangan menghijau.

Tengokla mak-mak kami ambil gambar pemandangan. 

Next station.

Perjalanan dari Florence ke Rome dengan train mengambil masa lebih kurang 1 jam 24 minit.


Roma Termini

Alhamdulillah dah sampai Roma Termini Railway Station. Roma Termini adalah stesen kereta api kedua terbesar di Eropah selepas Gare du Nord di Paris.


Mak kami memang sporting kalau soh bergambar.

Smart for two. Kat sini memang murah lah. Kalau kat Malaysia murah memang dah grab sebijik. Senang betul kalau bawak kat area jem cam kat KL tu. Boleh selit ke kat mana-mana.



Grande Moschea di Roma

Masa kami sampai di Rome, dah nak sampai waktu solat zohor. Sebelum lunch, Shaklee bawa kami ke The Great Mosque of Rome untuk menunaikan solat Jamak.

The Great Mosque of Rome adalah masjid terbesar di Italy dan Europe.

Di dalam masjid bahagian muslimat.

Bergambar dia sebahagian perkarangan masjid.

Wefie dulu sebelum naik bas.


Mandaloun Restaurant

Lunch

Mandaloun Restaurant menyajikan makanan tradisi Lebanon. Restoran ni antara restoran yang agak mahal dari segi harga makanan dan ia termasuk dalam kategori the best places to eat in rome.

Ni pintu masuk. Kedudukan restoran ni adalah di bawah tanah. Rasa masuk gua pulak.

Suasana dalam restoran.

Sementara menunggu makanan.

Muka ada senyum, tapi sebenarnya lapar.

Antara menu yang dihidangkan.

Nasi mandy kambing.
Semua tengak syok menjamu selera.

Dah habis makan, sembang-sembang dulu sebelum berjalan lagi.

Sedap pulak dapat minum air coke.

Lepas makan, kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke tempat-tempat menarik seterusnya.


Obelisco Sallustiano

Tepi-tepi jalan banyak jual souvenir, post card dan fresh flower.

Wefie dulu. Mak-mak kami park kat belakang sat. Hahaha...


Ada pulak orang jual buah berangan kat sini.

Kat sini pun banyak butik branded.

Depan butik Bvlgari

Chanel & Longchamp
Gambar kenangan bersama moyang Shaklee saya, Presidential Master Laila.


Spanish Steps

Antara monumen terkenal yang terdiri daripada 135 anak tangga. Sepanjang anak tangga ni selalunya crowded sebab tempat ni selalu jadi tempat gathering oleh rakyat tempatan di sini.

Spanish Steps ni paling cantik masa musim bunga sebab seluruh anak tangga ni akan penuh dengan bunga.

Di bahagian bawah Spanish Steps adalah Piazza di Spagna (Spanish Square) dan  Fontana della Barcaccia, a sober fountain designed by Gian Lorenzo Bernini.

The Spanish Steps from Piazza di Spagna with Fontana della Barcaccia,


Trevi Fountain

Trevi Fountain yang dipenuhi pengunjung tanpa mengira masa dihasilkan pada abad ke-17. Sebelum itu, ia bertindak sebagai titik akueduk Aqua Virgo iaitu paip besar atau terusan yang membekalkan air ke seluruh Rome.

 Kerja pengubahsuaian kemudian dilakukan pada 1732 mengikut rekaan Nicola Salvi susulan kemenangannya dalam pertandingan rekaan monumen baru Trevi sebelum diselesaikan oleh Giuseppe Pannini 30 tahun selepas itu.


Tuhan air Yunani, Oceanus, menjadi subjek rekaan Salvi, di mana ia berdiri di atas kerangka berbentuk kerang dan dikelilingi siput triton, kuda dan hippocamp iaitu haiwan mitos seakan-akan kuda laut dalam kepercayaan Yunani kuno.

Trevi Fountain bukan sahaja terkenal dengan aspek rekaannya malah tradisi membaling duit syiling ke dalam kolam. Menurut legenda, membaling sekeping syiling bermaksud akan kembali ke Rome, dua bermakna mencari cinta sejati manakala tiga bertujuan untuk berkahwin.

Daripada kanak-kanak sekecil usia dua tahun hinggalah warga emas lingkungan 70-an, semuanya sibuk membaling syiling sambil diiringi mantera serapah meminta nasib baik.



Tu diaaaa.....banyaknya syiling. Dianggarkan 3,000 euro (RM14,490) dibaling ke dalam kolam Trevi setiap tahun dan dilaporkan $1.5 juta dolar (RM5.85 juta) dibaling ke dalam kolam itu pada 2016. Wang terkumpul itu kemudian digunakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk menampung subsidi perbelanjaan pasar raya bagi golongan kurang berkemampuan


Pantheon

Kami teruskan perjalanan ke Pantheon, sebuah bangunan yang dibangunkan pada tahun 27 SM sebagai kuil berbentuk bulat. Pembangunan kuil ini disiapkan pada masa pemerintahan Kaisar Hadrian (118 SM-28 M) pada tahun 126 M.

Hadrian membangun kuil ini untuk penyembahan terhadap dewa-dewa Romawi. Nama Pantheon berasal dari bahasa Yunani yang berarti Rumah Semua Dewa. Kuil ini digunakan sebagai gereja dari tahun 609 sampai 1885 dan kemudian menjadi gereja dan tempat pemakaman bagi pahlawan nasional Italia.


Kalau tengok internal architecture Phanteon ni, memang akan rasa kagum, macam mana pada zaman dahulu, diorang boleh naikkan kubah sebesar ini tanpa sebarang mesin yang canggih.

Lubang terbuka di puncak kubah tu dinamakan oculus. Oculus disebut juga Mata Besar karena terbuka ke langit. Oculus memiliki diameter 7,8 meter dan berfungsi sebagai ventilator dan sumber cahaya. Kalau hujan atau salji masuk dari sini, akan dialirkan ke saluran pembuangan.




Dibalik semua ideologi yang berubah seiring dengan perkembangan sejarah, Pantheon Roma adalah salah satu bangunan kuno yang amat cantik yang begitu tegar berdiri sebagai bukti warisan peradaban manusia.


Boleh pulak kene photo bomb dengan mat saleh kat belakang tu.


Paparex

Dinner

Dari Pantheon, kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk makan malam. Kami dinner di Paparex.
 Depan restoran Paparex

Sebahagian sudut restoran.

 Kami terkejut bila diberitahu yang ni adalah appetizer. Margherita Pizza. Ingredient dia tak banyak pun. Cuma ada sos tomato, optionally, fresh tomatoes, mozzarella cheese and basil

 Yang lagi terkejut, Setiap orang dapat sorang satu pizza! Sesungguhnya, memang kami tak habis makan pun. Haha...

Yang ni baru main dish.

 Bestnye pekena coffee panas time sejuk-sejuk macam ni.

Sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian soprano.

Lepas dinner, kami terus gerak ke hotel dengan bas. Harini betul-betul terasa penat. Jauh betul kami berjalan.


Rome Marriot Park Hotel

 Malam ni dan malam seterusnya, kami stay di sini.

Macam biasa, kami bawak diri aje. Beg luggage kami semua Shaklee uruskan. Tau-tau beg dah menunggu di bilik. Dalam plastik tu extra pizza yang kami tak larat nak habiskan tadi. Harus tapau, nanti boleh supper kat bilik.

 Hotel lobby

 Bilik hotel yang sangat-sangat selesa dan mewah. Fuh memang best!


 Alhamdulillah. Selesai travel kami hari ke-5. Jom tengok kami pergi mana pada hari ke-6. 

Trip To ITALY - Day 6 - ROME - Part 2 (sila klik)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


 


No comments:

Post a Comment