Follow Us @kamharyatie

Saturday 23 January 2016

CHURROS vs JEMPUT-JEMPUT AIR PANAS



Assalamualaikum,

Tiga minggu lepas, encik husband beria-ia ajak p Sunway Mall. Katanya ada churros sedap kat sana. CHURROS? Ape kemende churros tu? Kata dia ikut aje, nanti tau lah. Oklah fine. Saya pun follow aje.

Churros Royale terletak di Sunway Mall. Sape yang tak tahu kat mana Sunway Royale tu, ia adalah bangunan lama Yaohan terletak berhadapan PWTC.

Ini rupanya churros. First time tengok, ok lah, saya tak pernah nampak lagi food macam ni.

Ada sos pencicah sekali. Sos tu pun variety. Ada macam-macam. Ada chocolate ganache, ada cheese, ada caramel etc.

Kisahnya, churros ni merupakan snek ringan untuk minum petang atau waktu bersantai bagi orang-orang Sepanyol. Sekali pandang macam cakoi.

Tapi, bila saya rasa, macam saya pernah makan je sebelum ni. Rasanya bukan baru bagi saya. Saya rasa macam saya selalu makan. Bila saya feel betul-betul makan churros ni, laaaaaaaa haiiiii...... Rasanya sebiji macam jemput-jemput air panas. 


Jemput-jemput air panas. 

Jemput-jemput air panas ni resepi mak saya sejak saya kecil. Mak selalu buat jemput-jemput air panas ni untuk breakfast. Memang jadi favorite kami adik-beradik. Bahagian luar nya rangup, tapi bahagian dalam lembut. 

Sampai sekarang, jemput-jemput air panas ni dah jadi favorite snack anak-anak saya pulak. Boleh kata seminggu sekali mesti buat. Mak mertua pun bukan main suka lagi. Cara buat paling senang dalam dunia. Guna 3 bahan je, tepung gandum + garam + air panas didih.

Bila saya cakap dengan husband, rasa churros ni sebijik rasa jemput-jemput air panas, dia tak percaya. Padahal dia selalu makan kot. Dia kata lain. Saya cakap sama. Bentuk je lain, tapi basicnya sama. Then husband kata, kalau betul sama, cuba buat. Ok fine. Ku sahut cabaran mu itewwww.....

Nak jadi cerita, balik rumah, saya punggah baking drawer. Selalu buat jemput-jemput air panas kepal bulat-bulat kecil. Tapi nak bagi nampak rupa churros tu, kene guna nozel yang berbentuk bintang dan perlu ada piping bag. Sebbaik semua tu ada kat rumah.

Nozzle berbentuk bintang

Tadaaaaaa......Jadi pun!!! Sebijik kan kan kan! Haaaaaa.....

So sekarang saya nak share resepi churros, versi Mommy Shahab. Saya improvise sikit dari resepi asal churros yang saya ambil dari internet. Dalam resepi saya ni, saya tak guna telur sebab kalau guna telur, nanti cepat lembik. 

Saya suka makan rangup-rangup. So saya combine resepi jemput-jemput air panas dengan resepi churros. Senang sangat nak buat.


RESEPI CHURROS 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 15 gm butter
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Untuk salutan:
  • sedikit gula halus
  • 1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

Ni saya ambil dari blog azlitamasammanis. Dalam resepi tu ada telur. Tapi dalam resepi saya, saya tak masukkan telur. Sebab tu saya pangkah. Hihihihi.

 

Cara-cara:



1. Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.





2. Tepung gandum di ayak bersama baking powder. Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
 

3. Sediakan nozel bintang macam dalam gambar di bawah dan masukkan dalam piping bag. Kemudian masukkan doh yang telah dibancuh tadi.

4. Panaskan minyak sehingga panas. ( Api jangan perlahan sangat sebab nanti serap minyak)

5. Paipkan doh tadi dalam kuali dan gunting mengikut panjang mana yang kita nak.

4. Masak dan goreng sambil di balik-balikkan hingga bahagian luar kuning keemasan. (Goreng tak boleh lama-lama. Nampak bahagian luar kuning keemasan je terus angkat sebab kita nak make sure doh tu tak masak sampai dalam. Kalau dalam tu masak nanti keras. Kita nak pastikan luar rangup dan dalam lembut. Sebab tu kene goreng dengan api yang panas supaya bahagian luar sahaja yang garing )

6. Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya

7. Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )

8. Gaul atau tabur di atas churros semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.



 

Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot. Sedapnya...! Ok, untuk dipping, kita buat sendiri jugak. Pun senang jugak nak buat. Saya ada share resepi  untuk salted caramel sauce.

Salted Caramel Sauce

 
Credit to azlitamasammanis

Masa saya panggil anak-anak turun makan, ayat pertama yang keluar dari mulut si Raees; 

"Eh! Ini macam yang dedi beli dulu je. Macam sama je"

Bila saya kata saya buat sendiri, ini yang dia jawab;

"Eh! mami pun pandai buat? Terer lah mami pun pandai buat sendiri. Tak payah pergi jauh beli"

Yesszaaaaa! Nampak tak nampak tak. Anak pun dah pandai tau. Ni tak cukup buat 1 adunan, kena buat 2-3 adunan baru puas makan. Lepas 2-3 hari, anak-anak mintak lagi. Katanya sedap. Ok, nanti mami buat lagi. 

So, lepas ni anda semua pun boleh buat tau! Beli kat kedai mahal ok! Padahal bahan-bahannya semua basic yang memang sedia ada kat dapur. Kalau susah sangat nak buat dip sos, beli je Nutella spread tu. Habis cerita.

Oklah! Senang kan? Selamat 'menchurros'!!!






No comments:

Post a Comment