Follow Us @kamharyatie

Friday 19 February 2016

DEMAM BERPANJANGAN - RAWATAN ALTERNATIF SEMULAJADI





Assalamualaikum,

Ramai yang tahu baru-baru ni anak saya Syed Raees admitted selama 9 hari di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana demam panas sehingga menyebabkan febrile fits atau biasanya dipanggil sawan tarik.

Saya akan kongsikan dalam entry lain bagaimana untuk handle keadaan ketika anak diserang sawan. Tapi yang saya nak share kali ni, adalah cara untuk meningkatkan sistem imun badan.




Admitted di hospital

Pada malam pertama Raees demam, suhu dia naik mencecah 39. Disebabkan Raees memang pernah ada history febrile fits, doktor memang sarankan saya untuk sentiasa standby ubat punggung (suppository) di rumah.

Tapi kalau suhu di bawah 38.5, hanya beri ubat makan dose yang lebih rendah atau kalau anak tu susah makan ubat, beri PCM Supp yang dose nya sama dengan paracetamol oral. 

Tapi kalau suhu dah mencecah 38.5 atau lebih, Voltaren terpaksa digunakan untuk bantu turunkan suhu dengan cepat bagi mengelakkan berlaku sawan. 

Disebabkan suhu badan yang terlalu cepat naik dan Raees dah 3 kali fit dalam tempoh 6 jam, so doktor terpaksa tahan di hospital untuk pemantauan lebih rapi. 




Sepanjang di hospital, saya akan check temperature guna digital termometer saya sendiri. Bila mula panas je sikit terus panggil nurse untuk confirmkan suhu badan guna termometer hospital sebab lebih accurate. 

Kami kena monitor Raees closely untuk pastikan suhu badan dia tidak naik tinggi. Sebab Raees dikategorikan sebagai High Risk Fall, suhu badan naik secara mendadak dalam tempoh yang singkat yang boleh mengakibatkan sawan tarik. 

Disebabkan keadaan Raees, doktor letakkan Raees di wad yang paling hampir dengan nurse untuk pemantauan rapi. Memang dekat sangat, betul-betul bersebelahan bilik rehat jururawat dan bersebelahan kaunter depan. Bukak langsir pon dah boleh panggil nurse.  

Raees takde batuk, takde selsema, takde asma. Tapi blood test menunjukkan terdapat jangkitan virus. Tapi doktor dah mulakan ubat antibiotik untuk Raees. Dan dalam masa yang sama, hanya ubat demam saja lah yang perlu diberi setiap masa untuk pastikan suhu tidak naik mendadak.




Ubat Demam PCM

Yang merisaukan saya, suhu badan Raees akan naik setiap 4 jam. Tapi ubat demam hanya boleh diberi paling kerap pun setiap 6 jam. So sepanjang masa saya terpaksa basahkan badan Raees untuk make sure suhu kekal normal atau kalau naik pun tidak lah terlalu tinggi.

Tapi, ada masa suhu naik jugak hampir mencecah 39. Nak tak nak, nurse terpaksa juga masukkan ubat punggung. Saya memang tak boleh tidur memikirkan apa lagi cara untuk pastikan suhu badan Raees tak tinggi. Saya risau sangat sebab terlalu kerap bagi ubat demam dan saya rasa sudah melebihi dose yang sepatutnya.





Terpaksa sambut Chinese New Year di hospital aje. Nasib baik ada clown datang bagi present. Terubat sikit anak-anak di hospital.




Antibiotik


Sejak hari pertama Raees admitted, doktor dah mula bagi antibiotik. Antibiotik yang pertama doktor bagi adalah IV Recophine. Malagnya, selepas 4 hari, demam masih belum kebah. Suhu badan akan naik setiap 4 jam. Saya jadi risau dan tak boleh tidur langsung sepanjang 4 hari menjaga Raees.

Antibiotik Rocephine complete dalam masa 4 hari. Tapi, demam Raees masih belum kebah. Dan doktor decide untuk tukar antibiotik yang lebih kuat iaitu IV Tienam. Doktor sendiri inform yang antibiotik ini antara yang paling kuat. 

Saya akur sahaja, saya serah pada doktor mana yang terbaik. Dan side effect nya juga sangat cepat. Raees mengalami sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan mula hilang selera makan. Badan dia semakin lemah. Saya naik risau sebab dia mengadu sakit perut.


Bila Raees tak sihat, mata dia akan layu. Masa ni Raees asik sebut nama Fawwaz aje. Terpaksa panggil jugak Fawwaz datang. Hati nak main dengan Fawwaz, tapi tak larat. Kesiannn...So, mami je lah yang gomol Fawwaz.
Sehari antibiotik diberi sebanyak 3 kali. Pada hari ke-6, iaitu hari ke-2 pengambilan antibiotik Tienam, demam masih lagi belum kebah. Dan doktor beritahu, kalau tak kebah juga, doktor terpaksa tukar antibiotik yang lain. Allahuakbar. Berapa banyak ubat nak masuk dalam badan Raees ni. 

Disebabkan kerisauan yang teramat sangat, saya google semua info tentang antibiotik yang doktor beri. Rata-rata info yang saya dapat, semuanya akan memberi kesan sampingan negatif terhadap pesakit. Allah. 



Kerisauan saya memuncak bila doktor pakar sendiri mula garu kepala dengan condition Raees. Saya faham bila ada kes-kes tertentu macam ni, doktor pun risau. Doktor dah follow procedure yang sepatutnya, tapi hanya Allah yang berkuasa untuk memberi kesembuhan.




Memandangkan blood test semua ok, saya minta doktor untuk buat x-ray dan urin test.


Sebagai ibubapa, saya dan suami berusaha mencari alternatif lain. Minta second opinion dari saudara-mara dan sahabat. Mungkin ubat yang doktor bagi belum sesuai dengan virus dan bakteria  yang ada.





Kesan Sampingan Ubat

Sebenarnya,saya sangat risau akan kesan sampingan ubat-ubat hospital. Sepanjang berada di hospital, sebab jarak demam Raees kurang dari 6 jam, so ubat demam terpaksa diberikan lebih dari 4 kali sehari. 

Kesan antibiotik pada Raees pun sangat cepat. Dalam tempoh 1 minit drip, Raees dah start muntah-muntah. Sebab tu lah nurse sebelum drip tu dan siap-siap bagi bekas muntah sebab memang dah tau apa yang bakal berlaku.

Setengah jam kemudian dia dah mula mengadu sakit perut dan disusuli dengan cirit -birit. Selera makan tak yah cakap lah, memang terus tak mau makan. 

Bila sakit perut dan muntah-muntah, doktor bagi ubat tahan muntah dan ubat sakit perut pulak. Aduhai...ubat lagi...

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol (Panadol adalah PCM yang paling terkenal) ialah: 

a) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. 

Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut. 

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. 

b) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis. 

c) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency. 

d) Allergic (pada sebahagian individu) 

Kalau anda nak tau lebih detail kesan sampingan yang lain, boleh refer link di bawah. Kadang-kadang lain orang lain side effect.




Rawatan Alternatif Semulajadi

Bila antibiotik yang kedua dah complete, doktor bagi pula antibiotik yang ketiga. Aduhai. Kena bagi jugak ke. Tapi antibiotik yang ketiga ni tak boleh drip, tapi kena bagi secara oral. Memandangkan Raees memang susah sangat-sangat nak soh makan ubat, saya decide untuk tidak bagi pada Raees. 

At last, saya study semula tentang imun sistem yang saya belajar semasa kelas nutrisi dulu. Saya refer pada nutritionist cara untuk tingkatkan imun sistem badan Raees supaya badan dia yang berusaha melawan segala kuman, bakteria atau virus. 

Bukan bergantung kepada ubat yang bersifat dadah yang akan beri lebih banyak kesan sampingan. Allah dah jadikan tubuh badan manusia ni sangat hebat.

Badan kita memiliki sistem yang dapat mempertahankan tubuh dari berbagai macam serangan penyakit. Suatu sistem dalam tubuh yang memiliki peranan utama dalam pertahanan diri ini disebut sistem pertahanan tubuh atau sistem imun.

Sistem ini terdiri atas struktur dan sel yang didistribusikan ke seluruh jaringan tubuh. Fungsi utamanya adalah sebagai pelindung dari serangan benda-benda asing yang masuk ke dalam tubuh. 

Apabila sistem imun di dalam tubuh kita baik, serangan penyakit dapat dikawal sebaik mungkin. Sebaliknya, bila sistem imun tubuh kita lemah, badan akan mudah diserang penyakit. Dan bila terkena penyakit, lambat pula nak sembuh.



Nutriferon

Dalam kes ni, suplemen yang lain agak lambat untuk dapat kesan. Akhirnya, saya nekad untuk beri Raees Nutriferon. Ikutkan, Shaklee tak pernah buat clinically test terhadap kanak-kanak. Dan biasanya untuk kanak-kanak, saya advise untuk ambil Chewable Vitamin C atau Vita-Lea Kids. 



Tapi, disebabkan kali ni saya lebih risaukan Raees terlalu banyak ambil ubat hospital yang sah-sah memang akan ada bad side effect, compared to suplemen yang dibuat 100% daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, saya nekad beri Raees Nutriferon.

Kenapa saya yakin untuk memberi Raees Nutriferon? Kerana semua bahannya adalah 100% dari tumbuh-tumbuhan, jadi sudah pasti tidak ada kesan sampingan. Tidak ada bahan pengawet dan tidak ada bahan kimia yg merbahya.

Saya kena cari jalan untuk bantu meningkatkan semula imun sistem badan dia supaya badan dia sendiri yang melawan segala virus, bakteria dan kuman dalam badan. Saya mula bagi Raees setengah sachet Nutriferon pada hari ke-5. Saya campur dalam air milo. Nak campur dalam air masak, takut dia rasa pulak. Takpelah, saya usaha je selagi boleh. 




Untuk pengetahuan anda, di dalam Nutriferon, terdapat zat kimia semulajadi yang dinamakan interferon. Interferon dihasilkan daripada 4 jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan dan digunakan sebagai bentuk imunoterapi.



Interferon ni ibarat alarm. Bila kita ambil nutriferon, badan meransang untuk interferon ni membunyikan alarm mengaktifkan semua antibodi dan sel imun dalam badan kita untuk bangun melawan segala patogen atau bendasing yang masuk.






Jadi badan kita akan lebih cepat untuk melawan penyakit dan lebih cepatlah kita sembuh. Itulah maksudnya heal secara semulajadi. Interferon trigger antibodi kita sendiri untuk melawan sebarang jenis penyakit.


Garlic Socks

 Dalam masa yang sama, saya plan nak beri Raees Garlic Complex. Tapi disebabkan takde cara yang saya boleh buat untuk dia makan, saya mintak husband bawakan bawang putih yang dipotong nipis-nipis.

Saya letakkan di bawah tapak kaki Raees dan pakaikan stokin setiap malam sebelum tidur.



Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang dapat membunuh bakteria dan juga dapat melindungi tubuh daripada racun yang boleh menyebabkan jangkitan. Darah individu yang memakan bawang putih boleh mematikan bakteria. Bawang putih amat terkenal bagi membersihkan darah.



Bagi orang dewasa, anda boleh amalkan makan bawang putih atau boleh buat sup bawang. Garlic Complex Shaklee adalah alternatif terbaik yang mudah dan cepat.




Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten bagi Nutriferon dan garlic, Raees semakin pulih dan pattern demam tu pun semakin jauh dan akhirnya takde demam lagi dah. Syukur pada Allah.


Senang dan lega hati mami. 9 hari ok 'bercuti' kat hospital. Mami pun tak tido malam sebab monitor suhu badan Raees. Mami doakan Raees semakin sihat dan makin kuat.

Terima kasih pada semua yang datang melawat dan mendoakan kesembuhan untuk Raees. Mami usaha mana yang termampu. Semua orang rindu Raees sebab dah seminggu takde operator angkat telefon dan ambil order kuih koci.

“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu tepat untuk suatu penyakit, penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”



Siapa Yang Perlukan Nutriferon?








Beli untuk kesihatan keluarga dan anak-anak. Kalau dah sakit, kos merawat jauh lebih tinggi. Tengok je lah bil hospital Raees 9 hari di hospital. Total bil hospital semua hampir RM10,000!!!

Setakat 2-3 kotak Nutriferon, alahai....apalah sangat nak dibandingkan dengan bil hospital tu kan? Nasib baik company saya cover. Kalau company yang tak cover tu, lagi lah kena sentiasa protect. 

Lepas ni, memang saya akan sentiasa pastikan kat rumah wajib ada Nutriferon. Seminggu sekali semua wajib ambil. Untuk make sure imun sistem badan keluarga dan anak-anak kuat dan mampu melawan segala jenis virus yang ada di sekeliling kita.

Sekarang ni macam-macam virus pelik-pelik.  So kita kena pastikan kesihatan keluarga kita sentiasa terjaga.  

1 RUMAH 1 NUTRIFERON.



~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan NUTRIFERON sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=95e81a0bb2b71ef415a6c9d2ee68d6a7
 Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment