Ini Lea. Berumur 29 tahun. Seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak lelaki. Tinggal di Seremban Negeri Sembilan. Lea masih bekerja as a Sales Marketing dan masih buat TWB ni secara part time. Menuju ke FULLTIME tak lama lagi. Insyaallah.
Lea join TWB sejak 1 August 2018 yang lalu. Training pada 11 August 2018 dan alhamdulillah seperti yang janjikan, training TWB ni adalah pakej heret bag. Kenapa heret bag? Sebab balik dari training terus boleh buat servis. Siang training, malam terus Lea mulakan service facial untuk family dahulu.
Lea sebenarnya sangat-sangat minat dalam bidang kecantikan. Dah banyak Lea buat survey tentang mobile spa. Tapi kebanyakan kursus yang ditawarkan, pada harga yang sangat mahal. Lea pernah dioffer satu program ni yang mana, modal untuk produk sahaja cecah RM50 ribu! Tidak termasuk training!
Dengan TWB hanya RM1999 je! Siap training, siap sijil, siap complete barang, lepastu ada support group lagi! Lifetime support group! Sejak Lea join TWB belum pernah lagi lah Lea dibiarkan kontang kanting. Lea banyak bertanya, rajin, dan tiada alasan dalam kamus hidup.
Lea bermula dari zero modal. Lea bukan datang dari orang senang. Family tak kaya. Ayah pun tak kerja. Nak pinjam siapa? Ex husband Lea memang tak pernah menghulur. Mana agaknya nak cekau RM1999 ni.
Kalau ikut otak negatif memang kata "Aduh banyaknya macam mana nak bayar" . Siapa nak bagi pinjam. Tapi kan usaha yang takpernah putus doa yang tak pernah putus kawan Lea setuju untuk bagi modal.
Ya alhamdulillah dipermudahkan dalam masa 10 hari Lea dapat kumpul RM1087!! Bersyukur dan tak sampai sebulan Lea dapat bayar kat kawan FULL AMOUNT. Nampak tak? Redah
Yuran bulanan sekolah anak Lea dua orang dekat RM800 every month. Tapi Lea tekad. Lea nak cari duit untuk besarkan mereka jadi biarkan mereka belajar dan berdikari kat sekolah. Dan pastikan mereka selesa!
Kalau ada appointment facial, Lea kadang kadang memang ada bawa mereka. Awal awal dah bagitahu kat customer. So far alhamdulillah anak-anak customer dapat kawan baru, main sama-sama.
Lea selalu fikir, dalam hidup ini, jangan terlalu fikir boleh ke? mampu ke? susah lah! nanti siapa nak bantu! nanti siapa nak jaga! Masa takkan tunggu kita. Banyak sangat "nanti" tu, akan jadi sampai 10 tahun. Sudahnya jadi apa? Apa pun tak jadi!
Lea pernah ye bawak anak anak sehingga jam dua pagi. Dapat appointment spa di Seremban, dan lepas tu di Semenyih. Hari yang sama, di Keramat ada tiga orang customer. Income sehari je dapat RM400++ collection. Anak-anak seronok sebab dapat upah dari customer. Rezeki anak-anak
Income TWB selalu jadi penyelamat buat Lea sebelum gaji masuk. Alhamdulillah Lea lebih terbuka minda sejak join TWB. Lea rasa TWB ni sangat boleh pergi jauh bukan sahaja dengan income spa semata. Sebab TWB ada 5 penjuru income yang lain. Lea nak pulun semua 6 penjuru income.
Lea tak pernah rasa susah dengan dua kerja, kejar masa untuk anak anak. Walaupun kadang kadang jadi singa. Biar kita letih dengan ada income dari kita letih tak ada apa-apa. Alasan tak mampu, alasan tak boleh. Semuanya dari kita sendiri.
Akal kita mengerakkan perjalanan kita. Insyaallah positif kan sekeliling kita insyaallah dipermudahkan. Buang aura negatif! Siapapun kita, dari mana pun kita, hanya diri kita yang mampu membentuk apa kita mahuka.
Nak tau lebih lanjut tentang projek TWB? Jemput baca di sini. (Sila klik link di bawah)
Peluang Buat Duit Hari-Hari Bersama The Walking Beauty (TWB) - Kursus Mobile Spa Terbaik dan Termurah di Malaysia!
Jangan tunggu lagi!
Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!
Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada
TWB BEAUTICIAN dalam team
SUPERSTAR MOMMY SHAHAB (SMS) EMPIRE!
Atau hubungi talian 012.256.7572
Atau klik sekarang
No comments:
Post a Comment