Saya doakan anda yang menziarahi dan menyokong blog Mommy Shahab sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Untuk Shaklee Incentive Trip 2018, saya dan Shaklee team yang lain dibawa menjelajah ke Bangkok, Thailand.

Dari Empire MFMS, kami bertiga je dari KL. Master Maria gerak dari Penang, so jumpa terus di Bangkok.
Suvarnabhumi Airport
Perjalanan dari KLIA ke Bangkok mengambil masa hampir 2 jam. Ini pemandangan bandaraya Bangkok dari atas flight
Airport Suvarnabhumi, Bangkok
Diorang siap kumpul semua luggage kami untuk dibawa terus ke hotel. Kami tak yah pening-pening nak bawa beg sendiri. Beg selalunya akan sampai dulu dari tuannya. Siap letak terus dalam bilik tau.
River City
First
location, dari airport, Shaklee terus bawa kami ke River City. Actually
River City ni adalah shopping complex yang terletak di Chao Phraya
River.
Untuk access ke jeti Chao Phraya River, mesti melalui shopping complex ni sebab jeti tu berada bersebelahan dengan mall.
Chao Phraya Boat Ride
Ok, semua dah ready menyusuri Chao Phraya river.

Kami naik perahu motor (express boat) dengan ukuran yang agak besar, dipanggil juga Bus Air.
Sungai Chao Phraya ni, lebih kurang macam Sungai Melaka. Cuma macam kat laut ombak dia. Ada masa rasa macam nak terbalik
je boat tu bila kene tolak dengan ombak, seram. Hahaha....
Sungai Chao Phraya atau “Menam Chao Phraya” adalah sungai terpanjang dan
terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari
utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai
ini membentuk Lembah Chao Phraya atau ‘Basin Chao Phraya’. 
Kami naik perahu motor (express boat) dengan ukuran yang agak besar, dipanggil juga Bus Air.
Bangkok pesat
membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok
seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.
Kalau perasan, semua boat mesti ada gantung bunga kat bahagian depan. Kepercayaan diorang, bunga ini sebagai tanda agar boat ini sentiasa dalam keadaan selamat dan terlidung dari sebarang musibah.
Routemap kami menyusuri Chao Phraya river
Antara pemandangan di
pinggir sungai. Banyak rumah penginapan yang high class.
Siamotif Hotel
Cantik kan!
Ini jeti Di Raja Thailand.
Ini bukan boat. Ini adalah restoran.
Yang paling best, ada banyak sangat ikan patin. Besar bapak ikan patin kat sini. Kalau masak mesti sodap! Kami diberi peluang untuk bagi ikan patin ni makan.
Setiap seorang dapat 1 buku roti. Confuse memula tu, ingatkan untuk kitorang makan. Rupa-rupanya, roti ni untuk ikan patin makan. Dah le tak paham tulisan. Mujur ada gambar ikan tu.
Masyarakat Bangkok yang beragama Budha tidak akan membunuh atau menangkap ikan yang berada di depan tempat ibadah. Kepercayaan diorang, bila beri makan pada ikan tersebut akan mendatangkan rezeki yang banyak.
Jom layan video masa kami bagi ikan patin ni makan roti.
Yeay! Semua enjoy!
Lunch @ Sophia Restaurant
Dah penat naik boat dan bagi ikan makan, kami pulak lapar nak makan.
Kami dibawa ke salah satu restoran halal yang terkenal di Bangkok.
English style. I like!
Tu dia menu lunch. Sedap wei!
Kerabu mangga dia memang tip top!
Miang Kham. Series sedap giler. Pernah makan kat Malaysia, tapi tak sesedap ni. Memang ori. Saya makan sampai 5 kali.
Master Ira dan anak-anaknya. Syok tengok diorang beria makan
Tu dia....tengok Master Affni dengan Master Nadia ratah ikan.
Lepas makan, Shaklee bagi kami pakaian tradisional Thailand untuk kami pakai event malam nanti.
Bukan tu je, siap bagi duit makan lagi. Duit makan ni untuk kami belanja time hari yang Shaklee tak provide makanan. Biasanya masa shopping. Sebab Shaklee tau, kalau p tempat shopping, susah nak arrange makan sekali ramai-ramai. So, kami tak terikat dengan masa. Lagipun, kalau dah shopping tu, ada kisah nak makan ke? Hahaha....
Okeh, ready untuk pakai baju ni malam nanti. Entah rupa apa la nanti. Hihhihi....
Check in @ Amari Watergate Hotel
Lepas lunch, kami terus dibawa ke hotel untuk berehat, mandi dan bersiap untuk welcome dinner malam nanti. Macam biasa, trip dengan Shaklee, hotel tak pernah mengecewakan. Even paling best adalah accomodation yang Shaklee sediakan, wajib 5 star dan ekslusif.
Lokasi hotel ni memang la strategik. Betul-betul tengah bandar. Kiri, kanan, depan, belakang, sume tempat shopping.
Lobby
Range harga bilik yang kami stay ni untuk 1 malam around RM500. Amacam?
Boleh tengok pemandangan kota Bangkok di Executive Lounge @ 32nd Floor
Souvenir dari Shaklee.
Welcome Dinner @ Sampran Riverside
Malamnya, kami ada exclusive dinner di Sampran Riverside Garden. Perjalanan dari hotel lebih kurang 1 jam.
Kami disambut dan diarak dari pintu bas lagi. Sangat eksklusif.
Ala-ala cocktail
Actually, malam ni ada pertandingan pakaian tercantik. Sape menang dapat hadiah. Kreatif diorang ni, semua barang ni bawak dari Malaysia tau. Kitorang je tak sempat nak fikir dan nak cari aksesori ni. Padahal Shaklee dah gtau awal-awal, boleh beli kat Shopee je. Haha...
Kami disambut dan diarak dari pintu bas lagi. Sangat eksklusif.
Ala-ala cocktail
Actually, malam ni ada pertandingan pakaian tercantik. Sape menang dapat hadiah. Kreatif diorang ni, semua barang ni bawak dari Malaysia tau. Kitorang je tak sempat nak fikir dan nak cari aksesori ni. Padahal Shaklee dah gtau awal-awal, boleh beli kat Shopee je. Haha...
Sebelum tengok gambar, jom layan live video dulu.
#SawadeeShaklee

Air kelapa fresh
Syiok tau dapat g holiday dengan partner in crime ni.
Experience traditional craft. Cantik tau diorang buat bunga ni.
Tidbits on the go
Coconut pancake. Sedap giler! Boleh try buat nanti.
Macam-macam hado. Basically, masa cocktail ni, memang kami experience sendiri semua aktiviti dan dapat rasa makanan tradisional masyarakat Thailand.
Shaklee punya drone ambil gambar dari atas.
Comey tak kitorang pakai baju ni. Comey kan!
Lepas dah habis garden coacktail, kami diarak masuk untuk acara
buffet pulak. Haaaaa, yang tadi tu baru starter je, belum dinner lagi. Sekarang baru dinner.
As usual, mesti ada hadiah dari Shaklee. Chewable-C Plus, key-chain gajah, dan surat cinta Shaklee.Kat Thailand sekarang dah takde air mineral dalam botol plastik tau, semua kaca.
Harus dok semeja. Sehati sejiwa.

Pemandangan sekitar Sampran River
Menu buffet. Antara menu yang kena dengan selera dan tekak saya, jemput-jemput udang geragau, mee sup, sweet taco, coconut pancake, pad thai dan ais krim kelapa. Memang marvelous!
Happy faces dapat makan sedap
Bertambah-tambah makan. Entah berapa kali round daaaa.....
Antara persembahan pada malam tu. Semua berkisar tentang sejarah masyarakat Thailand.
Ada banyak cabutan bertuah malam ni. Ni cabutan bertuah yang pertama.
Cabutan bertuah yang kedua. Vivix dan Ferrano Blender.
Cabutan bertuah pusingan ketiga. Collagen Powder, Vivix dan Full set Youth. memang bertuah betul.
Yang ni pulak pemenang pertandingan pakaian paling cantik.
Pesta Loy Krathong
Kebetulan, pada masa ni, masyarakat Thai menyambut Pesta Loy Krathong. So, kami semua berpeluang untuk merasai suasana perayaan ini.
Perkataan Loy Krathong sebenarnya membawa maksud yang tersendiri
iaitu 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut manakala 'Krathong' pula
bermaksud bunga teratai.
Dalam erti kata lain Loy Krathong bermaksud menghanyutkan bunga
teratai dan dari segi kepercayaannya pula sebagai tanda kesyukuran
manakala upacara menghanyutkan bunga teratai bertujuan menghapuskan dosa
para penganutnya. Kertas kecik tu untuk kita tulis segala hajat di hati.
Dapat sorang satu. Macam sayang je nak hanyutkan. Kalau kat Malaysia ni, dah amek bawak balik rumah dah ni. Letak kat living hall untuk hiasan.
Bila dah banyak-banyak hanyut di sungai, suasana sepanjang sungai ni jadi cerah dan sangat cantik.
First day Finale
Well, thats all for day 1. Malam tu, kami balik hotel, tidur dengan nyenyaknya. Penat betul sebab aktiviti kami full. Jemput baca entry seterusnya Day 2 di Bangkok.
TRIP TO BANGKOK - DAY 2 (sila klik)
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!

Since theoretical payout limits are often a authorized minimum of 75% and return statistics often close to 90%, it’s obvious a 6% probability of winning in our mannequin isn’t how slot machines work. A supplier spins the numbered 메리트카지노 wheel in a single course whereas flinging a small white ball in the opposite direction|the different way|the wrong way} to journey along its edge. EveryMatrix delivers a modular and API driven product suite for casino, sports betting, payments and affiliate/agent management. The company’s B2B iGaming solutions are designed to assist clients unleash daring ideas and ship outstanding player experiences in regulated markets.
ReplyDelete