Follow Us @kamharyatie

Sunday 20 January 2019

TRIP TO BANGKOK - DAY 2



Bagi yang belum baca posting hari pertama, jemput baca di sini;

TRIP TO BANGKOK - DAY 1 (sila klik)

 

Brunch @ Amaya Food Gallery

Sebelum kami teruskan aktiviti hari kedua di Bangkok, kami breakfast di hotel dahulu.
Entrance
Benda paling kami tak sangka, food gallery kat hotel Amari Watergate ni, so spacious! Besar giler! Dalam 1 floor, ada multiple dining area dan interior dia semua berbeza. So boleh pilih rasa-rasa nak dok kat area mana yang rasa best. 

Pastu, food stall dia, Ya Allah, banyak nya. Sampai kitorang sendiri confuse nak makan apa. Sebelum makan, kene al tengok dulu menu yang ada kan. Round semua stall tu je dah amakan berapa minit. Hahaha....

Salad stall

Grill Stall

Japanese Cuisine Stall

Fruits Stall

Italian Cuisine Stall

Indian Cuisine Stall

Thai Cuisine Stall

Chocolate Dip

 Variety of juice

Gluten Free Stall

Ni kita bukan breakfast lagi dah ni. Boleh kira brunch sekali. Berapa kali round makan pagi ni. Takpe, memang kene makan banyak, sebab lepas ni, banyak berjalan. Maklumlah, harini Shaklee akan bawak kami shopping.


The Grand Palace Tour

Grand Palace ataupun Istana Raja adalah tempat yang memiliki pemandangan terbaik di Bangkok City. Dibangunksn pada tahun 1782 – dan selama 150 tahun merupakan rumah di Raja Thailand, pengadilan Royal dan pejabat pemerintahan kerajaan Thailand.

Grand Palace Bangkok adalah bangunan yang besar dan anggun, yang terus memukau para pengunjung dengan arsitektur yang indah dan detailnya yang rumit, yang semuanya memberikan rasa hormat dan bangga akan kreativiti orang Thailand. Hingga hari ini, kompleks Grand Palace ini tetap menjadi pusat spiritual dari Kerajaan Thailand.

Landskap bahagian luar yang sangat cantik.

Bergambar sebelum masuk ke dalam.

 Wat Phra Kaew (Kuil Emerald Buddha). Macam biasa, etika berpakaian untuk masuk ke rumah ibadat, mestilah berpakaian sopan.

Royal Reception Halls

Corak warna kuning kat belakang tu ada yang diperbuat daripada emas tulen tau!


JJ Mall

Tengah hari kami terus ke JJ Mall untuk lunch. Jarak JJ Mal dari The Grand Palace lebih kurang 11km. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Pemandangan di lobby JJ Mall. Rata-rata jual makanan. P Bangkok ni memang mewah dengan food. Banyak jual makanan halal kat sini, so tak risau. But still kene pastikan betul-betul ada tanda halal ye.

Lunch @ JJ Mall. Nasi arab 2, Nasi putih 2, sup daging 2, pulut mangga 1, pulut durian 1. Total semua ni baru 360 Baht. So sorang dalam 10 Baht je. Around RM11 sorang. Murah dan sedap. We all guna meal allowance Shaklee bagi. Banyak lagi balance ni, so ble guna untuk shopping. 😆

 
Yang paling menarik perhatian kami, bila tengok sabun yang diukir dengan pelbagai bentuk buah-buahan dan bunga. Cantik sangat!


Pastu bau dia tu pun, ikut bau bentuk buah. Kalau bentuk bunga kemboja, memang betul-betul bau bunga kemboja. Bentuk pisang, bau pisang, bentuk kelapa, bau kelapa, bentuk mangga, bau buah mangga. Kretaif betul.

 

 

Chatuchak Market

Lepas lunch, kami terus ke Chatuchak market, terletak bersebelahan je dengan JJ Mall. Dikenali juga sebagai Bangkok Market atau JJ Market. Has been running for over 70 years. Yang paling menarik tentang Chatuchak Market ni, ia terdiri daripada 15,000 gerai dan ini menjadikannya pasar yang terbesar di dunia.

Tempat yang paling popular di Thailand dan dikunjungi lebih 200,000 pelancong pada setiap minggu. Secara jujur, kami tak habis round pun semua gerai dalam Chatuchak Market ni.Tak larat nak rounf semua. Silap-silap boleh sesat wo!

Chatuchak Market terbahagi kepada 27 section tau! Daripada 27 section tu, ada 11 kategori:
  1. Clothing & Accessories (sections 2-6, 10-26) 
  2. Handicrafts (sections 8-11) 
  3. Ceramics (sections 11, 13, 15, 17, 19, 25) 
  4. Furniture and Home Decoration (sections 1,3,4,7,8) 
  5. Food and Beverage (sections 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27) 
  6. Plants and Gardening tools (sections 3, 4) 
  7. Art and Gallery (section 7) 
  8. Pets and Pet Accessories (sections 8, 9, 11, 13) 
  9. Books (sections 1, 27) 
  10. Antiques and Collectibles (sections 1, 26) 
  11. Miscellaneous and Used Clothing (sections 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25, 26)


 Macam-macam jenis beg
 Macam-macam jenis souvenir
 Souvenirs lagi
 Rice Seafood

Buah-buah potong
Kebab

 Tomyam Chicken
Lempeng kelapa. Yang hijau tu macam kuih cara manis je.

Passport Cover. Yang ni best, siap boleh tampal nama kita sendiri. Saya beli banyak untuk leaders MYRACLES. Sebagai pembakar semangat untuk diorang fight dapatkan incentive trip Shaklee.

Perhiasan rumah pun banyak. Cantik-cantik design dan kombinasi warna langsir.

Okeh. Memandangkan kami dah tak larat nak berjalan, dan malam nanti pun nak berjalan lagi, kami decide untuk balik. Banyak lagi tempat nak g nanti.
Surprise lagi dari Shaklee. Sampai je bilik hotel, nampak beg ni ada kat atas katil. Semua orang dapat sorang satu. Brand Naraya ni  adalah beg berjenama yang paling glamer kat Thailand. Thanks Shaklee!!!!


Pratunam Night Market

Malam tu, lepas dinner, kami shopping lagi ke Pratunam Night Market pulak. Lokasi nya bersebelahan je dengan hotel kami stay Amari Watergate Hotel. So kita jalan kaki aje.

Actually kat sini ada 2 night market. Platinum Mall night market and Palladium Night Market. Yang kami pergi ni kat Palladium Mall.
Pemandangan dari atas jambatan. Dari hotel ke sini, jalan kaki, tapi sebab seberang jalan, so kene lalu jambatan.
Mak-mak yang takde komitmen selama 4 hari ni. Heaven sekejap rasa dapat hangout sampai larut malam tanpa anak-anak. Hahaha....

Antara pemandangan Pratunam Night Market.

Pencil box

Beg comel-comel. Siap boleh tampal nama.

Beg murah-murah.

Kereta. Saya antara peminat kereta kecik ni. Dulu masa belum kawen, banyak beli kereta-kereta macam ni. Tapi lepas pindah rumah dan semua kereta tu hilang, terus stop minat tu. Sekarang tinggal sebijik je, Range Rover Evo.

Ni pen comel-comel. Beli 10 batang dapat free 2 batang.

Baju budak comel-comel

Emergency light. Pun comel-comel bentuk dia

Kasut budak tapi style macam kasut dewasa

Macam-macam design kasut 

Name tag

Ha ni sape buat mobile spa, memang suka sangat lah ni.




 Comel giler kan semua beg ni.

Baju gegirl english style


Lepas dah berjalan, finally, kitorang p urut kaki. Pergh memang syok! urut kaki je, sampai tertido. Haha...

Lepak kejap kat lobby hotel. Sekali lagi tertido dengan hasil tangkapan.


Well, thats all for day 2. Nantikan entry Day 3 & 4 di Bangkok.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 


No comments:

Post a Comment