Follow Us @kamharyatie

Sunday 26 May 2019

USA TRIP - HERE I COME VEGAS!



Syukur alhamdulillah, kami dah pun confirmed untuk 4 ticket to USA in June 2019.

InsyaAllah, kami akan mewakili Sapura ke Geospatial Hexagon Conference 2019 di Las Vegas, all sponsored by Sapura, Antaragrafik dan Hexagon Geospatial. Thank you!


Terima kasih Allah atas peluang ini, kami dapat menuntut ilmu geospatial hingga ke sini. Saya kira, ini adalah rewards dari syarikat setelah 10 tahun berkhidmat sebagai GIS Specialist dengan Sapura. 

So far, ini baru kali kedua saya dihantar oleh syarikat atas urusan bisnes dan kedua-duanya berkaitan dengan bidang geospatial. Kali pertama dulu ke Perth, Western Australia untuk training Image Web Server.

Sejujurnya, rasa terubat sikit dapat ke Las Vegas lepas frust sebab tak cukup Conference Point Shaklee 2018 untuk ke Las Vegas. Maknanya, kali ni, saya sampai dulu lah sebab trip Shaklee akan berlepas pada bulan Julai 2019.

Macam sama je kan tempat yang kitorang nak pergi dengan trip Shaklee.

Cumanya, kalau free trip dengan Shaklee, Shaklee akan bawa sampai ke LA. Tapi business trip saya hanya di sekitar Las Vegas to attend a conference and San Francisco to have a technical meeting with our product vendor. If ada masa, kami try selit-selit lah tour sendiri di SF nanti.

The conference will be held at The Venetian Hotel. Hundreds of geospatial professional will be there. If you ask me, why I love to attend conferences, one theme that seems to prevail is the opportunity to network.

It’s true, HxGN LIVE is a great platform for learning – it’s also an excellent opportunity for meeting incredible people. People that share the same interests, especially in the geospatial areas, from around the world.

Bidang geospatial ni, circle tak besar. Pusing-pusing orang tu jugak. Kalau ada passion, lama lah maintain macam saya, hampir 18 tahun. Kalau tak de passion atau agak-agak giveup nak hadap all the challenges, memang confirm akan tarik diri.

Macam saya sendiri, saya sorang je yang masih kekal dalam bidang ni, all my x-colleague sebelum ni,  semuanya dah tinggalkan bidang geospatial dan bawa haluan masing-masing. Especially GIS Developer. Habis dah semua. Kene train orang baru.

Insyaallah, selagi ilmu dan kepakaran yang ada ni masih diperlukan, saya akan usaha untuk contribute untuk agama, bangsa dan negara. Kita kena belajar teknologi luar, dan cuba adapt di negara kita.

 Here I come VEGAS!!!!

Ok. So next, since nak pergi US, first thing first yang kene buat adalah......apply U.S VISA. Yang ni banyak urusan yang nak kena buat ye. Saya share cara dan tips untuk apply U.S Visa ni dalam entry seterusnya. Jemput baca ye. Semoga bermanfaat.

USA TRIP - U.S VISA APPLICATION (sila klik)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



No comments:

Post a Comment