Ok, sebelum nak pergi US, kenalah apply Visa dulu kan. So dalam entry kali ini, saya nak share tentang pengalaman saya mendapatkan US Visa ni. Step nya mudah je. Bagi yang belum tahu, apa tujuan saya ke US, boleh refer entry sebelum ni di sini:
USA TRIP - HERE I COME VEGAS! (sila klik)
Pada 13 May 2019, saya dah pun dapat confirmation and invitation email dari Hexagon . I need to apply for USA Visa in order to participate in the HxGN LIVE .2019 conference and training workshop.
Invitation letter to conference to support application for USA Visa.
Untuk complete step by step process for US Visa application, boleh refer di link ini yer:-
Untuk complete step by step process for US Visa application, boleh refer di link ini yer:-
Step 1. PASSPORT PHOTO
Gambar passport untuk VISA, mesti background putih. Saiz gambar untuk VISA adalah 2 x 2 inci. Saya nak share rules baru untuk gambar passport. Pastikan tudung yang korang pakai tu, takde bayang, tak menutupi kening ye.
Begini kekdahnya. Kena tarik tudung tu betul-betul ke belakang, dan nampak the whole face, sampai lagi sikit nak nampak anak rambut. Nak paling senang, korang pakai je inner hitam tu, habih cerita.
Dalam hati, tak lawa la gambar visa ku ni. Tapi, lantok le tak lawa pon, janji visa ku approved. Kan! Kita follow aje rules diorang.
Dalam hati, tak lawa la gambar visa ku ni. Tapi, lantok le tak lawa pon, janji visa ku approved. Kan! Kita follow aje rules diorang.
Step 2. VISA FEE (RM627)
Dipanggil juga Machine Readable Visa (MRV) application fee. Sekarang cara bayaran ada banyak option. Dulu-dulu mesti kene p Standard Chartered. Sekarang dah boleh buat online. Ada beberapa option untuk bayar MRV.- Option 1: Electronic Funds Transfer (EFT)
- Option 2: JomPAY
- Option 3: Cash at Bank (AmBank)
Payment detail step boleh refer di link ni:
Saya bayar guna JomPAY through cimbcliks. Senang sangat boleh bayar online. Tapi sebelum kita bayar tu, kene download dulu DEPOSIT SLIP. Deposit slip ni ada unique ID. Setiap kali kita klik, dia akan generate Reference Number berbeza.Untuk step detail, refer link kat atas ni ye.
Step 3. Online Visa Application Form (DS-160)
Jenis Visa ni bergantung kepada tujuan kenapa kita nak ke US. Biasanya, kalau setakat nak g melancong, bisnes, student or specialty worker, jenis VISA adalah Nonimmigrant Visa. So, kita kene buktikan yang kita p US ni ada tempoh tertentu, dan kita confirm akan balik semula ke Malaysia.
Sebab tu perlu supporting document dari pihak tertentu yang mengesahkan kita ke US ni untuk sementara sahaja. Macam contoh supporting document saya kat entry mula-mula tadi.
So, untuk apply Visa ni, kene isi form DS-160 secara online di sini:
Tapi, sebelum isi form ni, make sure kita dah ada semua info tentang alamat hotel and contact person kat US, kenapa kita nak ke US, dan macam-macam lagi soalan yang ada. Jenuh jugak nak menjawabnya. Memang makan masa.
Masa mula-mula nak isi form tu, kita akan dapat application ID. Yang ni make sure screen shot ye. Application ID mesti kena ingat. Sebab Form DS-160 ni ada 7 pages yang kita kene isi.
Since nak isi semua form ni takes time, in case kalau tak sempat siap dan nak sambung isi later, or if there is any technical issue with the system, at least yang kita dah isi tu, semua dah disave dalam database.
Later, kita boleh start dari part yang belum isi. So dengan application ID ni tadi, akan retrieve semula semua maklumat yang telah pun diisi. Tak perlu start dari awal.
Step 4. Schedule Appointment for Interview
Ok lepas dah siap isi dan print completed form, kita bolehlah schedule appointment untuk interview di US Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang ni kena isi online form lagi, dan pilih tarikh dan masa yang kita nak.
Nak jadi cerita, hari yang saya apply Visa tu adalah hari Jumaat. Masa nak set appointment tu, kene masukkan reference no MRV, visa payment yang dah dibayar tadi. Unfortunately, reference no tu sistem tak detect.
Bila saya refer semula payment through JOMPAY tu, baru perasan statement ni..
You can schedule your interview by 12pm the next business day after paying your fee via JomPAY. You may pay your fee online from any bank.
Whether you schedule your appointment online or contact our call center, you will need the Ref-1 number to proceed with the appointment scheduling
Based on statement di atas ni, appointment hanya boleh apply the next business day, which is pada hari Isnin depan. Nak jadi cerita, Isnin tu pulak US embassy cuti sempena hari peringatan. Maknanya, Selasa depan baru boleh apply untuk set appointment. Tu pun belum tentu ada slot dalam minggu tu.
Dan pengalaman dari kawan-kawan, dan beberapa sumber dari internet, tarikh appointment selalunya bergantung kepada jumlah orang yang apply visa juga. Kebiasaannya, slot available antara 2 ke 3 minggu, selepas kita isi borang DS-160 tadi. Maksudnya ramai yang memohon dan ramai juga yang sudah memilih tarikh interview terdekat.
Sebab tu lah US Embassy sendiri advise, kalau nak apply U.S Visa, at least 30 hari sebelum tarikh ke US. Mesti ada buffer untuk elak sebarang masalah. Macam kes saya ni, lepas tolak semua cuti raya, weekend dan cuti embassy, hanya ada tempoh 1 minggu je dari tarikh flight!!!!
Aduhai, masa dah makin suntuk. Antara kami, ada yang hari Khamis dah nak balik kampung. By hook or by crook, mesti set appointment for interview paling lewat pada hari Rabu. Masa ni, redha tahap tinggi punya. Sampai saya cakap, kalau Allah memang pilih kita untuk sampai ke Las Vegas, mesti ada miracle.
Tapi, saya apply apa yang Tuan Afnan Rosli share tentang #FeelingArePrayers. Sebenarnya, dalam hati saya ni, kuat mengatakan yang kami memang confirm dapat sampai ke USA jugak. Apa halangan pun, semua akan setel dengan mudah.
So happen, sebelum kitorang balik, kawan saya, si Yus try juga login sistem kot2 lah reference no tu dah masuk dalam sistem. Seriously, miracle happen, semua reference no MRV kitorang, semua dah reflect dalam sistem, dan kitorang dah boleh set appointment petang tu juga.
Lagi amazing, slot paling awal pada hari Rabu, betul-betul tinggal 4 slot interview sahaja. Allahu. Syukur sangat, so kitorang terus grab semua 4 slot tu. Alhamdulillah, kitorang dapat slot hari Rabu, bertarikh 29 May 2019 jam 9.00 pagi.
Step 5. Visa Interview
Alhamdulillah, pada tarikh dan masa yang dijanjikan, pada 29 May 2019 jam 8.30 pagi, kitorang pun sampai di US Embassy, Jalan Tun Razak, KL. Tak boleh lambat tau. Kalau lambat, nanti kena schedule masa lain pulak. Naya je, dah la masa makin suntuk.
Just nak share procedure sebelum nak masuk ke kawasan Embassy. Mula-mula setiap orang kena tinggalkan IC pada guard. Then sebelum masuk dalam kawasan Embassy, kitorang kena scan semua barang-barang yang dibawa.
Alah..macam scan bag kat airport tu. Barang-barang yang kena scan termasuklah handbag, handphone, kasut, tali pinggang (lelaki). Oh ye, backpack tak dibenarkan bawa masuk langsung ye. Tapi handbag boleh bawa, dengan syarat kene scan dulu.
Ok lepas dah settle scanning, handphone dan kunci kereta kena ditinggalkan dalam locker pada guard. HANDPHONE DILARANG sama sekali masuk ke dalam bangunan Embassy.
Dah lepas scan pada guard, kitorang pun masuk. Lepas naik tangga ni, ada 1 pintu lagi, lepas pintu ni kena scan sekali lagi.
Kemudian kena beratur untuk submit dokumen, passport dan juga gambar. Then kena scan kesemua 10 fingerprints okeh! Strict betul. Lepas tu tunggu giliran untuk interview pulak. Ingatkan cara interview tu macam job interview tu.
Rupa-rupanya interview berdiri je. Kita di luar, interviewer di dalam. Cara communicate guna microphone through glass window yang katanya bullet proof. Soalan dia pun simple je.
1. Why you want to go to US?
2. Are you alone or anyone else with you?
3. How long are you gonna be there?
4. Is your company sponsor your trip to US?
Setel jawab semua soalan tu, then dia cakap "Ok, your Visa is approved. But you need to resubmit your new passport photo".
Nak jadi cerita, kitorang semua yang pakai tudung ni, semua gambar tak lepas sebab tak memenuhi syarat. Rules baru saya dah cerita dalam Step 1 tadi ye. make sure korang follow rules tu. Kalau lelaki senang je, terus approved, dah tak risau dah.
Kalau tak mau jadi cam kitorang, kena submit semula passport photo. Kitorang diberi satu surat warna kuning yang mengatakan, tak perlu interview semula, just submit passport dan juga passport photo yang baru.
So kene amek gambar passport baru, dan drop passport kita kat Aramex Main Office kat PJ. Sebab tak mau buang masa, kitorang setelkan hari yang sama jugak.
Fuh! By tengahhari dah submit kat Aramex, tapi, Aramex akan pos balik ke US Embassy the next day, sebab kami sampai pun dekat kol 12 tengah hari. Last postage diorang jam 11 pagi tadi. Ermm....
Yang kelakarnya, kat sini jugak kitorang terus diskas berapa paket Brahim nak bawak nanti. Pn. Su akan tolong belikan sebab rumah dia dekat dengan kilang Brahim.
Bunyi macam senang kan. Hakikatnya, aduhai, satu kerja pulak kan nak kene ke PJ tu. Dah le US embassy dekat je dengan umah. Kalau takde any issue, lepas interview ble terus balik je sebab diorang terus ambil passport kita untuk visa stamping.
Interview sekejap je, tak sampai setengah jam. Appointment 9.00am, before 9.30am dah setel. Tapi sebab isu gambar passport tu, kene p kedai gambar balik, pastu hantar ke PJ. Jenuh jugak la.
Then orang embassy tu advise, the fastest way for passport and visa delivery, pickup sendiri kat Aramex. Ala... Kene tukar pulak delivery location. Sebelum tu dah pilih pos ke rumah aje. Nanti, dah siap, kene ke PJ untuk pickup.
Sempat membebel kat diri sendiri, apasal le tak hantar balik ke US Embassy, kan senang. Ini pusing jauh kot PJ sana, tapi patah balik kot sini. Nanti pos ke PJ plak.Tapi nak wat guane, that's the SOP.
Tak yah acah-acah mekap bagai, sebab bila print visa tuh pon nanti jadi black and white jugak. Yang penting tudung tu kene pullback! Pakai inner je senang.
Step 5. Approved Visa
2 hari lepas tu, En. Hisham dah pun dapat mesej dari embassy, inform visa dah siap dan dah boleh p collect di Aramex. Tapi, visa kami yang 3 orang ni, status nya masih lagi di embassy.
Hari-hari kami dok track status passport, walaupun tau hari kami check tu adalah weekend, dan status tu memang takkan berubah pun selagi belum hari Isnin. Tahpape kan...hahaha....
Untuk track status passport kita, boleh track di sini.
Track My Passport (sila klik)
Dup dap dup dap tunggu Visa ni approved tau. Sebabnya kitorang ni boleh kata betul-betul last minute punya kes. Selagi Visa tak approved, ticket flight takkan booked. Kitorang akan ke US pada hari raya ke-5.
Akhirnya, 2 hari sebelum raya, kitorang dapat sms bagitau Visa dah dipos ke Aramex PJ dan kami kena collect di situ. Yabedabedu! 3 orang dah balik kampung pun masa tu. Mujur lah Yus masih lagi di PJ hari Isnin tu, dan dia pun nak balik kampung petang Isnin tu.
Nasib baik juga kitorang ni semua ni bijak-bijak belaka. Semua memang dah standby printed surat kebenaran untuk wakilkan Yus collect semua passport. Macam dah boleh predict the future plak. Heh!
#FeelingArePrayers sebenarnya. Dalam hati tu kuat mengatakan kami memang akan sampai ke Las Vegas juga. Visa confirm akan approved dengan mudah. Alhamdulillah. Sentiasa percaya dan selalu bersangka baik dengan Allah.
Kalau ikut kiraan hari lepas interview hari Rabu, hari Jumaat tu Visa dah siap stamping dah. Cuma sebab Sabtu Ahad kan cuti, so Isnin lah diorang pos ke Aramex tu. Kejap je kan sebenarnya proses nak dapat Visa ni.
Finall. Visa ni expired 10 tahun lagi. So lepas ni, boleh ulang alik US lah dalam tempoh 10 tahun tu. Hihihihi.....
Dugaan tu biasa la. Challenges tu memang kena hadap je, baru lah nanti ada sinar di hujung jalan. Cewah! So, dah ada visa, sekarang jom follow next entry perjalan kami dari Malaysia ke Las Vegas.
USA TRIP PART 1 : KLIA - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS (sila klik)
p/s Sila share jika anda rasa sharing ini bermanfaat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!

Assalam... nak tanyalah, u beli tiket dulu ke sebelum buat visa?
ReplyDeleteBuat Visa dulu baru confirm ticket.
DeleteHey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you.
ReplyDeleteHey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you.
ReplyDeleteDigital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny
Digital marketing agecny