Follow Us @kamharyatie

Sunday 9 June 2019

USA TRIP PART 1 : KL - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS



Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri dari USA buat semua pembaca blog MommyShahab.com!!

Seperti yang anda tahu, kami selamat mendarat di Las Vegas, Nevada pada 9 Jun 2019 untuk menghadiri Hexagon Geospatial Conference dan juga technical meeting di sini selama 10 hari. Date kami travel ni jatuh pada hari raya kelima. Orang kata, belum puas beraya sebenarnya.

Alhamdulillah. Macam mana kami boleh berjaya mendapat peluang ke sini? Anda boleh baca entry kami sebelum ini di sini yer :-

USA TRIP - HERE I COME VEGAS! (sila klik)

USA TRIP - U.S VISA APPLICATION (sila klik)

Apa yang kami kongsikan dalam entri kali ini adalah perjalanan kami pada hari pertama dari KLIA sehingga sampai di Las Vegas. Bismillah, semoga selamat menempuh perjalanan 24 jam.

Kami gerak ke KLIA dengan Grab. Flight kami pada jam 2.15 petang. Kami janji jumpa di KLIA jam 11.30. Masa ni semua barang dah check-in. Tak ambil pulak gambar awal-awal tadi. 
Alhamdulillah, berjaya juga bawa Yus ke Las Vegas. Saya nak sangat team saya dapat peluang attend conference di luar negara supaya kami dapat exposed dengan teknologi luar. Mudah-mudahan kami dapat ilmu baru untuk manfaat di negara sendiri.
 First flight kami ke Haneda Airport, Tokyo dengan All Nippon Airlines (ANA). Perjalanan mengambil masa 7 jam.
Kami dapat seat tepi. Memula frust juga tak dapat tepi tingkap. Rupa-rupanya, seat tepi tingkap takde orang. Syukurrrr.....boleh lah saya move. Memang port favorite saya tepi tingkap. I really enjoy the scenery through airplane window.

Saya ada buat 1 entry tentang ni. Jemput baca di sini.

SEEING THE WORLD THROUGH AIRPLANE WINDOW


Flight seats 3-3-3.  Dalam flight macam biasa, layan movie aje lah.
Apa yang best naik flight Jepun ni, tingkap pun canggih. Saya mula-mula confuse tak jumpa cara nak tutup tingkap. Belek punya belek, rupa-rupanya diorang guna teknologi elektronik untuk menggelapkan cermin tingkap.
 Dipanggil window electrochromism tinting system. Dimmed level tu kita boleh control. So, teknologi ni bagi saya better sebab kalau matahari terpancar pun, kita dim kan sket je tinted tu, but we still can see outside. Kalau tingkap biasa tu, kena tutup terus.
Nak tau macam mana ia berfungsi? Ha tengok video ni.  Canggih kan? Syok pulak saya dok buat main tingkap ni. Haha...
Above the cloud. Cantikkan? Subhanallah.
 Since kami naik ANA, mesti kena request muslim meal masa kita booked flight ticket. Kalau tak nanti, diorang bagi je standard meal yang tak sure status halal.
Desert. Haagen-Dazs kau! Sedapppp. Rasa macam nak mintak lagi.
  Supper.



Tokyo, Haneda International Terminal

 Alhamdulillah, dah sampai di Haneda Airport, Tokyo, Japan. Kami transit di sini lebih kurang 2 jam je.
Turun je dari flight, mesti cari restroom dulu. Setelkan apa-apa yang patut.
Nak jadi cerita, terserempak my junior masa sekolah merangkap my sister's best friend kat sini, Waheeda. Padahal duduk satu taman tu. Bertahun-tahun tak jumpa, tapi terjumpa kat sini. Katanya bercuti dan beraya 1 family di Jepun.
 Yus cari air mineral. Mujur ada contoh botol air, kalau tidak, satu hape tak paham. Hahaha...
Selfie satu!
 Flight info and map gate
 Second flight kami ke Los Angeles pula.
 Kali ni, kami naik United Airlines.
 Perjalanan dari Tokyo ke Los Angeles mengambil masa 10 jam 10 minit. Flight kali ni merentasi zon sempadan waktu. Kalau perhatikan betul-betul world map ni, ada satu line dari Arctic Ocean ke bawah sampai ke Honolulu, yang dilabelkan dengan perkataan INT'L DATE LINE. It's stand for INTERNATIONAL DATE LINE (IDL).

Kalau tengok kat map atas ni, maksud IDL, jika kita merentasi garisan tarikh ke timur, tolak 1 hari. Jika kita bergerak ke barat, tambah 1 hari.

So, jika hari ini adalah hari Jumaat dan kita melepasi garisan IDL dari barat ke timur, maka akan menjadi hari Khamis. Dalam kes kami ni, di Malaysia  pada ketika ini sudah pun masuk hari Isnin. Tapi bila merentasi IDL, kami patah balik ke hari Ahad.
Pemandangan bandar Tokyo waktu malam. Saya memang takkan lepaskan peluang capture aerial photo. It's my therapy bila travelling sambil layan scenery dari atas kayangan.
First flight tadi saya tak berapa tidur. Tapi flight kali ni, mata takle tahan. Memang tidur dengan nyenyak sebab memang timing tidur pun.
 Muslim meal. Untuk memudahkan kabin krew serve meal halal, sticker HALAL ditampal kat atas kepala kerusi kami.

Los Angeles, Tom Bradley International Terminal

  Antara pemandangan dari atas flight, 2 jam sebelum flight mendarat ni Los Angeles International Airport.
  Sebenarnya kami tak sedar peralihan waktu dari malam ke siang. Sebab semua tengah tidur. Tau-tau dah terang je.
Pemandangan tadi somewhere around Bakersfield
Yang ni pula sejam sebelum flight mendarat ni Los Angeles International Airport.

 Subhanallah, memang layan sungguh tengok betapa besar dan hebatnya bumi ciptaan Allah.
Alhamdulillah, dah sampai di Los Angeles.
 Waktu kami sampai ni lebih kurang jam 5.40 petang. Kami sampai di sini, bermakna kami patah balik 15 jam ke belakang. Time zone Las Vegas lewat 15 jam dari Malaysia. Rasa macam naik time machine pulak.
 Welcome to The United States
 
Nampak tak benda apa tu. Since kami ada bawak bekal Brahim, Maggi Mee, serunding, so kami kena declare dalam form yang disediakan masa dalam flight tadi. Bila sampai di airport, beg yang kami letak makanan tu wajib kena cek. Diorang siap cek ingredient 1 by 1 ye. 

Ada satu benda yang diorang macam tak puas hati bila beras dalam pack Brahim tu, tidak dinyatakan sumbernya dari mana. Bila tanya saya, memang lah daku tak tau. At the end, mujur semua lepas.
Ambil gambar kenangan di sini satu.
Belum habis lagi perjalanan kami ni. Dari Tom Bradley Arrival port tadi, kami kena menapak ke Terminal 7 untuk ambil next flight from Los Angeles to Las Vegas pula. Sekarang ni jam 8 malam. Masih cerah.

Perjalanan lebih kurang 1 jam je from LA to LV. Flight yang kami naik pon macam Air Asia je. Short distance, so takde movie, food pun dihidangkan snack ringan je.

Las Vegas, McCarran Terminal 3

 Tu dia....The Strip Las Vegas from flight window!!!!
Finally! Alhamdulillah! Tengok tu, kat airport je pun dah ada mesin slot ni. Can't imagine how does it look like kat tengah-tengah Vegas nanti. Tunggu.....

Setelah pelbagai cabaran sejak dari mula plan untuk ke sini, dengan isu Visa lah, flight full lah, accomodation lah, akhirnya, sampai juga kami di Las Vegas! Yabedabeduuu!!!
Here I Come Vegas!!!!
Transportation kami, UBER is the best. Masa kat Malaysia lagi dah google, advise dari traveller lain untuk tidak ambil teksi sebab kos teksi jauh lebih tinggi. Mujur masa di Malaysia lagi saya dah install UBER Apps, dan register terus payment method guna credit card. Dan masa touch down tadi, terus activate roaming.


Luxor Hotel and Casino

Inilah dia hotel kami. Sepanjang di Las Vegas, kami stay di Luxor Hotel and Casino.
Luxor Hotel ni paling mudah nak cari sebab spotlight dia sampai ke langit tu. The only hotel yang ada lighting cenggitu. So, kalau malam, jalan kot mana pun, insyaallah jumpa.
Masuk je hotel ni, rasa macam masuk pyramid of giza (tipu, tak pernah sampai situ pun lagi, ahaks!)
Pemandangan dalam hotel.
 Hotel Front Desk
Apa-apa hal, kita check-in dulu.

Ada something yang saya nak share tentang hotel di Las Vegas ni. You all kene tau, bahawa semua hotel di sini, ada satu fee yang ramai orang tak aware. Nama dia resort fee

Masa kita booked hotel tu, kene cek dengan hotel, berapa resort fee yang diorang charge atas bilik kita. Kalau tak, lepas kita dah buat payment untuk kos bilik, sekali dapat resit, ada remarks kat bawah tu yang ramai orang tak tahu. Yang saya highlight kuning tu.

Macam kes kami ni, company yang uruskan semua flight ticket dan accomodation. So, bila kami dapat confirmation booking ni, belek betul-betul, then kami perasan remarks tu. Bila kami tanya orang yang handle hotel booking ni, dia pun tak tahu. But sepatutnya travel agent kena advise benda ni coz bagi orang yang tak pernah p US, of coz lah tak pernah tahu. But, travel agent mesti tahu!

Saya enlarge remarks ni ye. Tengok ye, hotel tax and service fees memang dah include. Tapi resort fee tu, kene bayar masa check-in. Resort Fee untuk satu bilik, bila dah convert RM, almost RM1038. Untuk 3 bilik, kena charge RM3114. Mujurlah kami memang dah ready benda ni dari Malaysia lagi. So all prepared, swipe je credit card, balik Malaysia nanti kita claim. Huhuhu....

Ini bilik hotel kami. Ya Allah, masa first time landing atas katil ni rasa macam hanyut je tetiba. 24 jam kot travelling! Bila dapat luruskan badan,nikmatnya rasa rehat tu.
Bathroom pun cantik. Alhamduilllah, selesa sangat.

Nak jadi cerita, kat hotel ni tak provide breakfast. Tapi setiap bilik akan dapat $USD15 perday untuk kami belanja di mana-mana restaurant dalam hotel ni. Problemnya, kat dalam hotel ni, susah sket nak cari halal food. So yang paling confident untuk kami beli air mineral, coffee, chocolate drink, susu, buah.
 So, lepas letak semua luggage dalam bilik, kami keluar untuk spend USD15 tu sebab kami sampai hotel pun dah hampir jam 12 malam (waktu US). USD15 tu mesti dihabiskan sebelum jam 2 pagi. So, tempat yang paling confident nak guna duit tu ialah STARBUCK.

 We all pun belilah pisang, frapuccino, coffee, chips. So, selama seminggu ni, hari-hari kami akan spend USD15 tu kat sini. USD15 kira perday, so tak boleh combine selama 6 hari kami kat sini. Kalau tak redeem haritu, kira burn.

Semua flavor frapuchino kami dah rasa jugak. Dasat betul hari-hari shopping kat Starbuck. Pengalaman betul! Hahaha....
Dah alang-alang tu, kami jalan-jalan sekejap kat lobby hotel. Tu dia, mesin jackpot merata-rata.
 Gambling sesaje kat sini, dan memang jadi lifestyle diorang gambling.
 Ok, then kami balik bilik, terus panaskan Brahim. Kami bawak 20 pack untuk stok sepanjang kami di US.
Fuh! Heaven betul dapat makan, perut berkeroncong since kat airport lagi. Mangkuk kecik-kecik tu collect dari flight punya meal tadi. Berguna juga time gini. Hihihii...

Rasa macam student pulak. Walaupun tak pernah study kat oversea kan, tapi berpeluang juga rasai pengalaman macam ni. Kenangan betul....Hehe...
Suplemen wajib time travel. Supaya badan ble betul-betul rest dan esoknya dapat new energy. Paling penting Vivix tu! Sebelum tidur, memang wajib pekena Vivix sesudu. Vivix sangat bagus bertindak sebagai energy booster untuk badan penat dan lesu.

Bukan semata mata untuk penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, gout dan sebagainya sahaja tau!😀 Salah satu mekanisme Vivix bertindak terhadap sel badan adalah kerana Vivix mampu memberikan tenaga dan meningkatkan keupayaan mitokondria atau dipanggil pusat tenaga sel.
.
Bila kita ambil Vivix yang mampu meninggikan kuasa mitokondria, maka semakin bertenaga la badan kita akibat kuasa tenaga yang diberikan oleh pusat tenaga sel tersebut. Bangun esok pagi badan energetic. Antara ikhtiar to get over jet lag. InsyaAllah. 

Alhamdulillah..... Berakhirlah hari pertama kami. Ia satu perjalanan yang sangat panjang, tapi sebab excited, so tak rasa pun penat. Dari Keramat, Kuala Lumpur akhirnya kami sampai di Las Vegas, Nevada, USA.

Misi utama kami untuk menuntut ilmu selama kami attend conference, beberapa sesi hands-on training dan juga workshop yang akan kami hadiri selama 4 hari.

Jadual agak packed kat sini. Semoga Allah melapangkan dada kami untuk mudah menerima segala ilmu baru dan memudahkan segala urusan kami sepanjang kami berada di sini.

Nak tengok aktiviti sampingan kami sepanjang berada di Las Vegas? Jemput baca posting seterusnya...

USA TRIP PART 2 : LAS VEGAS SOUTH STRIP (sila klik)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



1 comment:

  1. Brahim food yg contain meat boleh bawa ke?

    ReplyDelete