Follow Us @kamharyatie

Thursday 20 June 2019

USA TRIP PART 2 : LAS VEGAS SOUTH STRIP




Assalamualaikum,

Jom sambung kisah trip kami di USA. Bagi yang masih belum membaca posting part 1, jemput baca di sini ye.

USA TRIP PART 1 : KLIA - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS (sila klik)


Actually, kami sampai awal sehari untuk rest and to recover jet lag. Hari kedua baru bermula conference and training workshop, sampai lah hari ke-5. Jadual conference memang pack. Setiap hari, keluar dari hotel jam 6.30 pagi to conference hall, then habis jam 5.00 petang.

Insyaallah kalau sempat saya akan update posting tentang conference tu. Buat masa ni, saya update aktiviti sampingan dulu, sebab kalau nak cerita pasal teknologi yang kami belajar, tak tau lah berapa part nak kena tulis. Hehehe...

So, sepanjang berada di Las Vegas, setiap hari selepas habis conference, kami memang tak balik hotel. Kami terus keluar explore Las Vegas Strip. Sampai lah jam 12.00 malam baru sampai bilik hotel.

Camtu lah rutin kami selama 7 hari kat Las Vegas ni. Semua bukan jenis yang boleh rest dalam bilik macam tu je. Bukan senang kot nak sampai ke sini. It takes 24  hours!

So, untuk entry ni, saya nak cerita all the attractions yang ada di Las Vegas ni. Since kami tak berpeluang untuk keluar lagi jauh dari town and jadual conference kami yang pack, so kami explore all around The Strip sahaja.


Las Vegas Strip

Las Vegas Strip atau biasa disebut The Strip, adalah center of entertainment. Semua hotel dan resort di sini ada showroom, night club, tempat untuk live music dan beberapa arena untuk macam-macam event. Sebab tu hotel-hotel kat sini, besar-besar belaka.

Hotel yang kami stay tu pun, 7 hari kat sini, tak sempat nak explore semua. Macam-macam ada. So, boleh kata, all the attractions terletak di The Strip. Banyak hotel, kasino, dan hartanah resort terbesar di dunia terletak di The Strip.

The Strip pula terbahagi kepada 3. South Strip, Center Strip and North Strip. Antara 3 strips  ni, Center Strip is the most happening at night.

Las Vegas South Strip
Pemandangan waktu siang.

Las Vegas Center Strip and North Strip
Pemandangan waktu malam

The whole Strip ni, hidupnya waktu malam. Memang happening. Kalau berjalan pada waktu siang tak syok sangat. Tapi bila malam, gemerlapan lampu-lampu neon, memang sangat cantik. Orang gambling pun semua start malam sampai ke pagi.

Berada di sini, tersa seolah-olah berada di zaman pertengahan English dan Mesir kuno dengan zaman moden Venice, Paris dan New York. Semua ditranslate dalam bentuk dan architecture hotel-hotel dan resort di sini.


South Strip

First day, kami plan untuk ke Barstow Factory Outlet. But it takes 2 hours kalau naik bas atau kereta. Tanya di hotel help desk how to get there. Diorang suruh kami ambil bas, dan bus station tu terletak di sebelah Mandalay Bay Hotel, wich is, sebelah je dengan hotel kami stay.

Bismillah. Ini hari pertama, free and easy. Sepatutnya kami rehat to recover jet lag. Tapi semua tak senang duduk dalam bilik. Jam 8.00 pagi, kami mulakan perjalanan. Mujur semuanya jenis yang berani redah. Even tak tahu jalan, tapi Google Map kan ada. SME GIS kot! Haha...
Background piramid besar, hotel yang kami stay.
 Background Mandalay Bay Hotel & Casino
Ceritanya, dah melepasi Mandalay Bay Hotel, tapi tak jumpa pun stesen bas yang dimaksudkan. So teruskan je perjalanan. Cuaca memang panas masa ni, almost 41 degrees. Maklumlah, kawasan gurun kan. Jaket pun dah bukak, tak tahan panas weh! Lagi panas dari Malaysia. Mujur sebelum keluar dah pakai Youth Moisturiser. Ble jadi UV protection sekali.

  Las Vegas ni adalah kawasan gurun pasir Gurun Mojave dan tiada hutan. Sebab tu cuacanya panas dan kering. Musim panas antara Jun - September. Nasib kami lah conference tu buat bulan Jun.
 Terjumpa kilang Harley Davidson.

Nak jadi cerita, since dah berjalan selama 8 minit, kami rasa macam tak jumpa stesen bas tu. So, kami tengok balik map, lagi seminit je dah nak sampai ke Welcome to Fabulous Las Vegas Sign. So, kami teruskan berjalan.


Welcome to Fabulous Las Vegas Sign

Orang kata, kalau tak visit Welcome to Fabulous Las Vegas Sign, maknanya belum sampai Las Vegas. So, tempat ni korang WAJIB sampai untuk ambil gambar kenangan, bukti dah sampai Las Vegas. 
Jalan kaki dari Luxor Hotel & Casino ke sini, lebih kurang 9 minit.
 
Lagipun, location dia paling senang nak jumpa. Sebab terletak di tengah-tengah jalan South Strip. Open for 24 hours and it's FREE! Cuma kalau time ramai orang tu, kena beratur ye ikut giliran. 

The other side of signboard. Insyaallah, 2021 kami akan sampai sekali lagi di sini to receive a geospatial award and to present paper. Amin...

Kami teruskan perjalan heading to South. Since kami tak jumpa atau tak nampak tanda-tanda akan ada bus stop, so we decided to go Premium Outlet. Mula-mula gigih jugak nak berjalan. 

Tapi bila tengok balik map, alamak!  Lagi 4km nak sampai. Tak boleh jadi, kene reserved energy untuk conference esok. So kami decide call UBER terus. Haha...



Las Vegas South Premium Outlet

Dah sampai. Naik Uber 5 minit je. Kalau jalan kaki, ambil masa setengah jam.
Entrance

Kat South ni, kedai semua di dalam. Takde outdoor. 
Nak jadi cerita, terjumpa satu kedai ni, ada promo original leather brand Cole Haan.  Ini harga asal, USD200. Almost RM1,000 sehelai.
Harga lepas diskaun USD39.99. Convert duit Malaysia dalam RM180 je!!!!!
 Kerana hasutan rakan sebaya, saya terpaksa beli sehelai. Rugi kalau tak beli kan! Semua orang confirm setuju lah beli. Dah la leather dia lembut giler....Selesa sangat pakai. Lagipun, saya tak pernah ada jaket leather lagi, so, memang jatuh wajib beli ni.
Lepas tu, saya hasut Yus pulak yang beli. Hehe...
 Kat sini ada kedai jual souvenir juga.
Macam-macam bentuk key-chain dan fridge magnet. Since dah jumpa kat sini, kami terus beli je for family and friends. Takut nanti tak sempat pulak nak beli kat tempat lain. Dah habis pre-shopping, kami gerak balik ke hotel untuk rest sekejap dan lunch.


Hotel, Resort, Casino, Entertainment

Macam saya cerita di awal entry tadi, hotel di sini bukan sekadar hotel untuk kita tidur. Setiap hotel di sini adalah juga resort, shopping centre butik-butik designer terkenal dunia, casino, events centre, attractions dan macam-macam lagi.

Ini antara hotel di South Strip yang kami sempat masuk dan explore. Dah alang-alang lalu tu, kami redah aje.

Mandalay Bay Resort & Casino

 Mandalay Bay
 Resort at Mandalay Bay.
 The Shoppes at Mandalay Bay Place. Easily access daripada Luxor Hotel sebab ia bersambung.

Luxor Hotel & Casino

 Luxor Hotel & Casino. Kami stay kat sini.
 Tengoklah dalam dia besar cemane. Bilik-bilik tu semua terletak di bahagian piramid tu tau.
 Dalam hotel ni ada museum Titanic. Katanya, artifak Titanic disimpan di sini.
Oasis Pool Luxor. Kami tak sempat nak explore pool sini sebab sampai hotel dah malam.
 
 Kat Luxor Hotel ni pun ada a few entertainments. Blue man show. Macam seram je. Tak berminat nak tengok. Huhuhu...
Ha, yang ni paling mahal ni. Kat sini banyak show macam ni. Dalam hotel je okeh! Haha...
 Posing sket kat depan Firaun ni. Hahaha
 Lighting tu memang rare. Dari mana-mana arah pun, dah tau yang tu Luxor Hotel. Insyaallah tak sesat nak balik hotel.
 Blue Man Group. Errr....

Excalibur Hotel & Casino

 Tu dia. Hotel ni ala-ala macam disneyland.
Excalibur Interior. Sama juga, ada casino, ada shopping mall.
 Excalibur pool
 Pedestrian walkway to Excalibur Hotel
 Dari Luxor Hotel, nak ke The Strip, mesti akan lalu Excalibur Hotel ni.


New York Hotel & Casino

New York Hotel & Casino ni opposite dari Excalibur Hotel tadi. Tapi seberang jalan, hampir ke Center Strip.
Kat New York Hotel ni, ada The Big Apple Coaster & Arcade.
Escalator belakang tu, jejambat tu. Kat Las Vegas ni, nampak antara hotel ke hotel tu semua macam dekat-dekat. Tapi, kita tak boleh cross macam tu je. Semua kene follow pedestrian walkway. So, berpusing-pusing, berpeluh jugak la berjalan.
 Background pada waktu malam.
Casino and arcade in New York Hotel.



MGM Grand Hotel & Casino

Besar betul MGM Hotel ni.
MGM ni asalnya kami tak plan nak masuk pun. Tapi terpaksa masuk sebab kami mencari Uber Pickup Location.

Dalam MGM ni ada David Copperfield Theatre. Sape nak tengok live show David Copperfield, haaaa....boleh datang kat sini.
Dan dalam MGM ni, katanya ada secret mansion. Kami tak tahu pun, ni ambil dari internet. Tak sempat nak explore.
 MGM Grand Pool. Memang grand wei!

Hershey's Chocolate World

Kat sebelah New York Hotel tadi, ada Hershey's Chocolate Store. Semua coklat keluaran Hershey's ada kat sini.
Selfie satu
 Macam-macam jenis wrapping.
Ni semua takde kat Malaysia.
Reese's chocolate merchandise.
Chocolate Dispenser


Mandalay Bay Excalibur Tram

Tram ni actually untuk memudahkan for those yang stay kat Mandalay Bay yang nak ke Center Strip and North Strip. Instead of kene berjalan sejauh 800 meter (11 minit) from Mandalay Bay to Excalibur, boleh lah naik tram ni. Naik pun free aje.
Since Luxor terletak di tengah-tengah antara Mandalay Bay and Excalibur, so kami yang stay kat Luxor pun dapat naik tram ni jugak for free.
Sebenarnya, kami baru tau pasal tram ni, masa nak balik ke hotel.
Waktu operasi
Excalibur Tram Station
Masa kami naik ni dah jam 12 malam.
Dah tak ramai orang. Kami berempat je dalam 1 coach ni.

Well. Thats all for South Strip attraction yang kami sempat explore. Jom tengok apa ada lagi kat are Las Vegas Strip. Ada lagi macam-macam attraction tau. Especially bab shopping. Jom layan...

USA TRIP PART 3 : LAS VEGAS NORTH  STRIP & CENTER STRIP

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



No comments:

Post a Comment