Follow Us @kamharyatie

Tuesday, 25 June 2019

USA TRIP PART 4 - SAN FRANCISCO DAY 1



Assalamualaikum. Ok, entry kali ni kisah tour kami sepanjang berada di San Francisco. Bagi yang masih belum membaca kisah kami di Las Vegas sebelum ni, jemput baca di sini ye.

USA TRIP PART 1 : KLIA - TOKYO - LOS ANGELES - LAS VEGAS

USA TRIP PART 2 : LAS VEGAS SOUTH STRIP

USA TRIP PART 3 : LAS VEGAS NORTH & CENTER STRIP



Kami stay di SF selama 2 hari 2 malam. Plan asal, sepatutnya kami hanya transit di SFO to get connecting flight to Malaysia. Tapi ada perubahan sikit since technical meeting kami, instead of di Las Vegas, terpaksa diadakan di sini. So, kami extend 1 hari.

Nak jadi cerita, masa nak book flight, flight full. Due to limited seats, harga melambung 100% dari harga asal. To avoid paying a higher price, travel agent suggest untuk ambil the next day punya flight, so boleh dapat as per budgeted price.

So, terpaksa lah kami extend 1 hari lagi. Tapi takpe, suka je. Sebab ada chance travel SF lagi. Hehehe...So, jom layan aktiviti kami sepanjang berada di San Francisco.

Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah.
Bye Las Vegas. See you again in 2021.
Baru nampak Las Vegas from the sky. Kawasan gurun kan. Masa kami sampai haritu dah tengah malam. So memang tak nampak apa-apa.
Antara scenery on the way to SF. Sebelah kawasan gurun, sebelah lagi bersalji.
Subhanallah.
This is how I enjoy the scenery when travel.
I can't take my eyes off the beauty of the world from the sky.
Cantik kan
Kawasan hutan
Tasik
Ok, dah nampak SF
Tak tahu ni apa benda. Besar betul area pink
Bay area
Sebelum touch down. Flight ni makin lama makin ke bawah, dan tak nampak langsung runway, macam cuak pulak sebab seolah-olah macam nak landing atas laut.


San Francisco International Airport (SFO)

Rupa-rupanya, runway kat SFO ni memang floating atas air. About 200,000 flights a year land on runways that are perched right by the water of the San Francisco Bay
Uber & Lyft pick up location. Nampak tak brg merah di situ. Hahaha, beli kat Ross. Harga asal $278, tinggal $79 je. Brand BRIC'S. Saya suka design dia yang square pack and anti calar.
Uber driver kami ni, Philipino.Migrate ke SF for freedom. Dalam hati tertanya-tanya, dia ni pelarian ke apa nak freedom sampai ke SF. Rupa-rupanya money freedom. As a full time Uber driver, he can survived in SF, even he manage to pay $3,000 permonth for 2 bedroom apartment.
Cuasa di SF jauh lebih sejuk dari Las Vegas. Masa kat di sini, kalau siang tu average around 13 degrees sekali package windy. Kalau malam boleh cecah 11 degrees. Sebab lokasi nya di tepi laut.
Perjalanan dari SFO ke hotel kami lebih kurang 50 minit. dari segi traffic, boleh tahan jammed jugak kat sini.
Dah masuk town. Yeay!

North Beach Hotel

 Dah sampai hotel. Lokasi di Kearny Street. Itenary kami sepanjang berada di SF, kami kena plan sendiri. Even hotel pun cari sendiri.
 Sebelah hotel ada Thai massage.
 Hotel ni 2 bintang je. Sebab most of the time kami akan berada di luar, so tak yah lah amek hotel mahal-mahal. Tapi, 1 malam RM350 jugak. Lebih kurang sama je dengan harga hotel kat Las Vegas. Nampak tak, betapa tinggi nya cost of living kat SF ni.
Macam hostel. Bilik kecik-kecik, yang interesting, bathroom and toilet kene share. Hahah...macam dok asrama tau! First time sampai dah nampak minah saleh berkemban nak p mandi.

Ini bilik kami.
Shared restroom. Satu floor tu ada 3 restroom. So far, sepanjang kami nak guna toilet ke, nak mandi ke, tak pernah lagi kene que, terus masuk je. Macam takde orang pulak.
Lepas selesai solat Jamak, kami keluar balik untuk attend technical meeting. Kami janji jumpa di seafood restaurant di Fisherman Wharf. Tapi, sebelum tu kena plan, macam mana nak ke sana. 

Lepas tengok both printed guideline map dan refer to google map, jarak dari hotel lebih kurang 2km. Ala...dekat je. So we decided untuk jalan kaki je. Lagipun boleh jalan-jalan tengok area SF ni. Cuaca pun sejuk, lagi best berjalan.



Fisherman Wharf

Terletak di tepi Lautan Pasifik, Fisherman Wharf adalah salah satu kawasan tumpuan pelancong di San Francisco.

Landmark Fisherman Wharf. Kebetulan tram lalu, memang cun lah gambar ni. Hihhihi...
 Dunia kulinari berkembang pesat di sini kerana sumber makanan laut yang mewah di sini. Rata-rata restoran di sini juga menyajikan makanan laut.
Ramai betul orang kat sini. Happening sangat.
Since kami akan ada lunch meeting, pihak vendor belanja kami makan di Fishermen's Grotto.
Depan restoran
Antara ketam besar kat sini.

Lunch meeting. Sambil discuss hal projek.
 Menu kami harini. Alhamdulillah, semua sedap. maklumlah, orang belanja. Hihihi....
Sebelum start makan, ayu ayu je.
Start dah keluar spanar bagai.
Last-last, takde makna nak ayu dah. Macam nak berperang gayanya.
Ni bukan sebab kekenyangan. Tapi sebab mengantuk wei!
View dari dalam restoran. Cantik sangat. macam lukisan.
Antara banyak-banyak restoran kat sini, Sabella & La Torre ni katanya tempat paling sedap kalau nak makan Clam Chowder.
Kitorang pun try lah jugak. Clam Chowder with Sourdough Bread Bowl.
Soup dia sedap. Tapi sikit sangat. Lagi banyak roti dari soup. Bila soup dah habis, macam tak syok makan roti camtu je. Conclusionnya, tak cukup soup. Hahaha....
 Kat sini memang seafood sesaje. Nak ratah solid camtu pun boleh.
 Ataupun nak yang macam ni, dah campur mayonis, so dia jadi cam sandwish.
Ataupun nak yang dah siap siat-siat gini. Kalau camni dipanggil cocktail.

 Pompei's Grotto and Lou's Fish Shack Restaurant
 Franks Fisherman Restaurant
 Eh, ada Krispy Kreme Doughnut
Kami jumpa kelapa kering ni dijual di farmasi CVS. Dahsyat betul harga dia kat sini. Agak-agak ni dapat kot sebiji kelapa.

San Francisco Maritime National Historical Park
Pokok-pokok kat sini cantik-cantik dan rare.

 

Ghirardelli Square


 Ghirardelli Square salah satu landmark yang terkenal di San Francisco. Terdiri daripada deretan kedai dan restoran, serta hotel 5 bintang. Sebahagian daripada kawasan ni telah disenaraikan sebagai tempat bersejarah.
 Asalnya, tempat ni adalah milik Domenico Ghirardelli, iaitu founder Ghirardelli Chocolate dan dijadikan sebagai HQ syarikat.
 Apabila HQ Ghirardelli Chocolate Company berpindah, tempat ini berpindah milik dan telah ditukar menjadi market place.
 
 Tetapi, semua rekabentuk dan struktur masih mengekalkan konsep asal, bricks.

 Tetapi Ghirardelli Shop masih dikekalkan di sini. Dalam Girardelli square ni ada 3 kedai untuk kita shopping coklat.
 Kami shopping coklat di sini.
 Masa ni ada promo  buy 2 packs free 1 pack. 1 pack harganya $32. Ada 80 keping coklat mini. Kalau convert RM ble tahan jugak harganya. Coklat ni saya beli as a souvenir.
Single pack. Sedap rasa coklat ni. Especially dark chocolate dia. Ada percentage dark chocolate lagi. Ada 60%, 72%, sekali dengan sea salt pun ada.
 Yang ni pulak, minis version. Lagi kecik dari single pack tadi.
 Ada jugak yang jenis bar.
 Yang ni packaging ekslusif sket. Rasa coklat dia? Fuh! Sedap! Signature dia dark chocolate.
Satu lagi tarikan di sini adalah ais krim. Diorang kata ais krim Ghirardelli ni sedap giler. Tapi saya tak beli pun, sebabnya, time ni suhu pun kemain sejuk, windy lagi, sampai rasa nak beku jari-jari ni, mood nak makan ais krim tu lenyap terus. Hahaha....


The San Francisco Cabel Car


Antara yang unik di San Francisco adalah cabel car.  Biasanya kalau sebut cabel car, kita imagine ia tergantung di atas. Tapi di sini, cabel car nya di jalan raya, maknanya kereta, tram dan cabel car, semua share jalan yang sama. Bezanya, cabel car dan tram ada railway routenya sendiri.
 
 Harga tiket $7 for 1 way.
 Take turn

The San Francisco cable car system adalah yang terakhir di dunia yang beroperasi secara manual. Tengok cara cabel car ni turn around.

Cabel car ni, seating dia ada inside and outside. Kalau nak best, duduk kt luar, bergayut lagi best. Ikut kan hati memang nak bergayut.
 Tapi ikutkan ketahanan badan orang Malaysia yang tak tahan sejuk ni, kami decide dok dalam je. Masa kami kat sini, temperature ble cecah 11 degrees + windy.
 Yang lagi unik, laluan cabel car ni akan melalui jalan yang berbukit dan curam. Nasib dia bergerak slow, kalau laju, memang seram. 😂
Kami stop di Union Square.

Union Square


 Union Square ni banyak tempat shopping sebab kat sini terletak shopping complex, hotel-hotel 5 bintang dan juga office. Kami tak shopping kat sini, sebab tak muat beg dah. Memang target kat sini untuk beli souvenirs je, lagipun dah puas shopping kat Las Vegas.
 Terbaik emak Yus. Dah macam datin ku tengok bergaya dengan leather jacket baru beli kat Las Vegas.
 Kami singgah di Apple Store. Ada orang tu nak cari spare part iPhone.
 San Fracisco City
 Next stop kami singgah Macys. Ada orang tu terpaksa cari jacket sebab tak tahan sejuk. Hihihi....

 Next stop, kami dinner di PakWan Restaurant. Mula-mula ingatkan restoran orang kelantan. Rupa-rupanya pakistan dan india cuisine.
 Boleh tahan sedap.
 Jam pun dah hampir 10 malam. As usual, we prefer to walk. Nak rasa suasana malam di San Francisco. Walaupun mata semua macam dah nak lebam sebab tak cukup tidur. Hahaha...
Jarak dari Pakwan restaurant nak ke hotel kami, almost 3km. Sejam jugak lah berjalan.
Tu dia.....total steps kami berjalan hari ini. Well done untuk diri sendiri!


Nantikan entry kami hari kedua di San Francisco pulak. Tunggu.....
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?

Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!!



No comments:

Post a Comment