Follow Us @kamharyatie

Sunday 9 February 2014

PENCERAHAN: DR. BERTAULIAH VS DR. GOOGLE



Assalamualaikum,

Lately kita dikejutkan dengan luahan hati seorang doktor bertauliah yang dah bosan jadi doktor sebab sekarang ramai sangat 'doktor-doktor' tak bertauliah yang dok menjual atau menjaja macam-macam ubat untuk sembuhkan macam-macam penyakit.

Siapa yang belum pernah baca luahan hati doktor tersebut, boleh baca di sini. Bila saya baca, sebenarnya, ada kebenarannya luahan hati doktor tersebut. Sekarang ni banyak sangat benda-benda yang dijual di pasaran yang claim boleh merawat macam-macam jenis penyakit.


Pengedar-pengedar Shaklee sendiri bila cerita tentang produk, orang cakap kami ni bukannya ada medical background, tapi bercakap dah macam doktor. Tapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua doktor, dengan teknologi yang ada, maklumat dihujung jari, orang biasa yang tiada latar belakang medical juga boleh belajar ilmu perubatan melalui internet. 


Maklumat yang kita dapat juga daripada blog-blog yang ditulis oleh doktor bertauliah. Mana mungkin doktor boleh publish maklumat palsu. Dan saya pasti, para doktor juga mencari maklumat juga melalui internet. Sejak orang ramai mula sedar tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden, semua orang mula mencari sesuatu yang berasaskan sumber semulajadi. 


Ramai yang dah mula sedar dan tahu bahawa ASAS PERUBATAN yang sebenar ADALAH daripada MAKANAN. Even para doktor pun sekarang ni menekankan akan SELF-REMEDY terutama untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun dan untuk sakit-sakit ringan.


FUNGSI SUPLEMEN

Sebagai pengedar Shaklee, saya tak pernah claim yang produk Shaklee ni untuk merawat penyakit itu dan ini. Produk Shaklee bukan ubat, tetapi hanyalah suplemen. Suplemen bukan pengganti makanan tetapi berfungsi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan.

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. 


Maka di sinilah suplemen atau makan tambahan memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh. tetapi pengambilannya juga mesti mengikut keperluan tubuh badan. Jangan pula jadikan suplemen itu sebagai pengganti makanan.



KAJIAN KLINIKAL

Dalam luahan hati doktor tersebut ada juga menyatakan ubat-ubat moden memerlukan ujian klinikal 15-20 tahun. Tapi ubat-ubat ajaib di pasaran tak de ujian klinikal pun, kesian pada orang yang menjual dan orang yang membeli. Mudah sangat percaya dengan benda-benda karut, terutama ubat MLM.

Sebab tu kita sendiri kene banyak membaca, kena banyak belajar tentang isu ini. Jangan percaya 100% kalau kita sendiri tak tahu. Tapi anda boleh percaya dengan Shaklee. :) Satu-satunya syarikat pengeluar makanan tambahan di dunia yang melalui ujian klinikal bagi setiap produk keluarannya. 

Kalau anda nak tahu, produk kesihatan sebenarnya TIDAK PERLU menjalani ujian klinikal. Tetapi Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.


Sebab tu kalau anda perasan, banyak betul testimoni dari pengguna Shaklee tentang keberkesan produk ni. Salah satu produk Shaklee iaitu Nutriferon yang telah melalui kajian  dan penyelidikan selama 40 tahun oleh Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima. 

Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Selepas banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan nutriferon terbukti meningkatkan sistem pertahanan badan atau dipanggil immune system, akhirnya produk ini dipatenkan di bawah jenama Shaklee. 


HONEST TESTIMONIAL

Kebanyakan kesan positif pengambilan suplemen Shaklee adalah hasil dari testimoni jujur dari customer saya. Bukan fake testimoni. Semuanya jujur. Dan bila kita tahu sesuatu perkara itu baik, kita wajib untuk berkongsi dengan semua orang. 

Mana tau berapa ramai di luar sana yang selama ni menghadapi masalah yang sama, dan kita dah tahu ada sesuatu yang boleh bantu mereka selesaikan masalah mereka, jadi kita wajib share. Contohnya masalah penyusuan susu ibu. Berapa ramai di luar sana yang menghadapi masalah tak cukup susu.


Sebelum saya kenal Shaklee, saya dapatkan banyak tips dan panduan untuk banyakkan susu, antaranya adalah dari segi jaga pemakanan, makan pucuk betik, ulam pegaga, lobak putih, malt drink, susu Anlene campur Horlick, minum air longan kering.

Adakah semua ni perlukan kajian makmal? Tak kot? Semua ni berdasarkan testimoni dari mak-mak kita dulu dan juga dari kawan-kawan serta tips yang saya dapat dari internet. Sama juga dengan Alfalfa dan ESP. Kalau ikutkan, Shaklee sendiri tak pernah keluarkan Set Menyusu.

Tapi berdasarkan testimoni dari ibu-ibu selepas bersalin yang ambil suplemen Shaklee (item-item di dalam set tersebut) mendapat kesan yang positif, dan merasai sendiri kemeriahan susu badan dan berjaya menyusu anak-anak sehingga 2 tahun, mereka mula berkongsi kebaikan. Jadi bila semakin ramai ibu-ibu yang betul-betul rasa kesannya, ia menjadi viral. 


Atas kebaikan ni, kami ambil inisiatif untuk bantu ibu-ibu yang perlukan sesuatu untuk selesaikan masalah mereka. Terutama untuk ibu yang bekerjaya tapi mahu beri khasiat susu ibu sepenuhnya kepada anak. Rasa-rasanya boleh ke nak buat semua yang saya sebut tadi, sempat ke nak mencari semua item yang saya sebut tadi?

Sebab tu ramai ibu yang give-up. Sebab tak mampu nak sediakan semuanya dan ada lagi yang tak suka makan pegaga sebab pahit, lobak putih tuh pun pahit, pucuk betik lagi la pahit. Sudahnya, bila takde usaha nak ambil makanan banyakkan susu, at last ibu pun tak berjaya nak maintain production susu. Dengan mudahnya ibu terus beri anak susu formula.


RINGKAS, MUDAH DAN BERKESAN

Dengan adanya alfalfa dan ESP yang telah diringkaskan dalam bentuk pil dan serbuk, mudah dan boleh dibawa ke mana sahaja. Ini telah membantu memudahkan ibu-ibu yang bekerjaya dalam menjayakan misi mereka untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya.

Saya pernah share sebelum ini tentang khasiat zinc yang mampu sembuhkan luka dengan cepat. Luka bersalin saya sembuh dalam masa seminggu je. Saya berkongsi dengan maid saya tentang kebaikan zinc dalam proses sembuhkan luka operation beliau. Boleh baca di sini untuk cerita lebih lanjut. 

Bila saya study balik, kenapa mak-mak kita beri kita makan ikan haruan untuk sembuhkan luka bersalin, luka operate. Sebab ikan haruan mempunyai kandungan zinc yang tinggi yang mampu untuk menyembuhkan luka dan sel-sel yang rosak dengan cepat.

Anda nampak tak kebaikan produk ini sebenarnya banyak memudahkan ibu-ibu yang selepas bersalin berpantang dengan cara yang lebih mudah dan moden. Apatah lagi yang tinggal di bandar, yang agak sukar untuk dapatkan ikan haruan yang fresh, dan Set Berpantang Shaklee telah membantu mereka untuk menjalani proses berpantang dengan lebih baik.


SHAKLEE DAN MAKANAN SUNNAH

Ada juga dengar cakap-cakap orang yang kata orang-orang Shaklee ni taksub sangat dengan Shaklee. Kita patut makan makanan sunnah, bukan produk yang dibuat oleh orang kafir. Betapa sempitnya fikiran mereka ni. Kami consume Shaklee tidak bermakna kami menolak sunnah. 

Saya sendiri tak pernah tinggal amalan minum madu. Antara resepi kami madu dan kurma diblend dan campur dengan ESP atau mealshake. Tak percaya try lah! Sedap! Anda boleh baca pencerahan tentang isu ini di sini. 


KESAN SAMPINGAN

Ramai juga yang tanya saya, ada kesan sampingan tak kalau consume produk Shaklee ni. Sebenarnya memang ada. Tapi bukanlah kesan sampingan yang negatif. kesan sampingan di sini bermaksud kesan yang dialami selain dari tujuan asal. 

Contohnya, saya ambil set menyusu Shaklee, kesan sampingan yang saya alami adalah berat badan saya turun dengan cepat. Bila saya kaji semula, selain berfungsi sebagai milk booster, alfalfa juga berfungsi dalam proses detox. Dalam tak sedar, masalah bersin-bersin setiap pagi juga hilang.

Dan selain dari untuk membantu perkembangan otak bayi, Omega Guard pula berfungsi sebagai pembakar lemak. Ada juga sahabat-sahabat yang ambil AJHT, tanpa sedar resdung yang dialami semakin berkurangan. 

Seperti semua sedia maklum, Semua produk Shaklee dihasilkan 100% daripada bahan makanan semulajadi. Tiada bahan kimia, tiada pengawet, pewarna mahupun perasa tiruan. Dijamin 100% selamat. Tubuh badan kita lebih mudah untuk menerima dan memproses bahan-bahan semulajadi. 


Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang serasi dan merasai keberkesannya. Sebab makanan semulajadi akan bertindak sebagai penawar terhadap mana-mana bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan makanan tersebut.

Tetapi bagi mereka yang mengalami sebarang alahan, anda sendiri perlu tahu jenis makanan apa yang anda tidak boleh ambil. Sebagai contoh sekiranya anda ada G6PD, anda sendiri tahu yang anda tidak boleh mengambil sebarang makanan yang berasaskan kacang soya.

Jadi anda perlu beritahu kepada kami tentang perkara ini. Sebab ada beberapa produk Shaklee yang dihasilkan 100% daripada kacang soya. Jadi kami akan advise dan lebih berhati-hati dalam memilih produk yang sesuai untuk anda. 

Kami sebenarnya tidak menjual, tapi kami lebih kepada berkongsi ilmu tentang khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam semua produk Shaklee, insyaAllah dengan usaha pengambilan suplemen dan tawakal kepada Allah, boleh menyembuhkan masalah-masalah kesihatan.


MASIH PERLUKAH DOKTOR?

Kalau tanya saya, mestilah saya jawab perlu! Tugas seorang doktor adalah untuk mengubati dan merawat pesakit sebaik mungkin, melalui ubat-ubatan dan kelengkapan dengan bergantung kepada pertolongan Allah.

Dengan kata lain, seorang doktor itu sebenarnya berperanan dalam masyarakat untuk membawa mereka ke arah cara hidup yang sihat dan mendapatkan tahap kesihatan yang baik. Saya selalu pesan kepada anak-anak bisnes saya, apa-apa sekalipun, perlu merujuk kepada doktor. 

Sebagai orang yang tiada latar belakang medical, kena la sedar diri juga, kita mesti hormat kepada mereka yang lebih arif dan pakar di dalam bidang mereka. Kami hanya pengedar suplemen dan kami bukan pakar perubatan. 


Sekiranya anda mengalami simptom-simptom atau sakit-sakit tertentu, sila dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu untuk pengesahan. Selepas itu anda boleh bertanya kepada doktor rawatan alternatif yang boleh diambil dan baru lah merujuk kepada kami.

Contohnya jika ada customer kami yang mengadu sakit dada, kami tak boleh terus suggest ambil CoQHealth, Omega Guard atau Garlic, sebab kami sendiri tak tahu adakah sakit dada itu melibatkan jantung.  

Suplemen biasanya mudah untuk kita suggest kepada mereka yang tiada sebarang penyakit. Tetapi kalau customer tu memang dah ada penyakit tertentu, saya akan cadangkan mengikut keperluan mereka, dan untuk lebih lanjut, boleh rujuk kepada pakar perubatan sebab mereka lebih arif.

Doktor biasanya akan kata boleh teruskan rawatan alternatif dalam masa yang sama asalkan selamat. Doktor juga makan supplement dan sebagainya, tapi pastikan produk tersebut disahkan selamat oleh badan2 berkuasa. Lakukan penyelidikan mengenai syarikat yang mengeluarkannya sebelum mencuba.

Untuk pengetahuan anda juga, dah ramai doktor dan pakar perubatan yang telah menyertai group kami. Dengan ini lebih mudah untuk kami belajar dan mendalami ilmu kesihatan dan perubatan. 


Mereka menyertai kami bukan untuk kaya atau mencari side income, tapi dengan niat untuk membantu lebih ramai orang di luar sana mencari alternatif dalam menyembuhkan penyakit selain dari penggunaan ubat-ubat moden yang telah diketahui umum punca kepada kesan sampingan negatif.

Hakikatnya, bidang perubatan dan bidang pemakanan ni adalah dua bidang berbeza. Apakata pengasas Shaklee sendiri.....



Semoga entry ini memberi sedikit pencerahan. Jika anda rasa entry ini memberi manfaat untuk anda, sila tekan LIKE dan silakan SHARE dengan sahabat dan keluarga anda di luar sana.

Thanks for reading.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:-   
FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!