Follow Us @kamharyatie

Friday 28 November 2014

ANAK ISTIMEWA HIGH MAINTENANCE?



Assalamualaikum, 

Apa khabar semua pembaca blog Mommy Shahab? Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat.  

Sejak saya publish entri kisah Qhalish Yang Teristimewa, saya mendapat banyak respon dari ibu bapa yang senasib dengan saya. Tidak kurang juga yang baru menyedari anak-anak mereka juga mempunyai tanda-tanda autisme.

Tetapi masih belum membuat pemeriksaan lebih lanjut dengan doktor pakar mahupun pakar psikologi. Alhamdulillah serba sedikit, saya dapat berkongsi panduan di mana mereka boleh refer untuk anak-anak mereka.


KOS PERBELANJAAN

Yang paling ramai bertanya adalah tentang kos perbelanjaan Qhalish. Jujur saya katakan, memang betul, anak istimewa high maintenance. Yuran sekolah khas persendirian saja sudah mencecah RM550 sebulan. Yuran untuk segala jenis terapi juga tidak terkecuali mahalnya.

Misalnya, speech therapy (ST) memerlukan antara RM100 hingga RM130 untuk sesi satu jam. Begitu juga dengan occupational therapy (OT) yang mana kos nya lebih kurang sama dengan ST untuk sesi satu jam.  Belum lagi terapi lain seperti berenang. Kelas berenang sekali seminggu, dengan kos RM160 setiap bulan.

Suplemen untuk Qhalish seorang sahaja lebih kurang RM300 sebulan. Jadi berapakah jumlah untuk semua ini? Lebih kurang hampir RM2000 sebulan. Untuk Qhalish seorang sahaja. Ada beberapa sahabat yang lebih berkemampuan, akan memanggil pakar dari luar negara setiap enam bulan sekali untuk treatment anak mereka.


Ni contoh kos perbelanjaan untuk anak tipikal. Kos perbelanjaan anak istimewa 4 kali ganda lebih tinggi.

BANTUAN JKM

Ada sahabat yang bertanya, kenapa tak mintak bantuan JKM. Kan JKM ada peruntukan setiap bulan untuk anak istimewa. Secara jujurnya, memang saya tidak memohon sebarang bantuan dari JKM. Tapi kenapa? Entahlah. Mungkin sebab saya rasa saya masih mampu untuk biayai sendiri dan saya akan cuba sehabis baik untuk pastikan yang saya mampu.



Dan salah satu sebab lagi kerana saya selalu sangat terbaca posting-posting dari ibu bapa yang tidak mendapat bantuan JKM walaupun telah memohon berkali-kali. Dan ada juga yang kadang-kadang dapat kadang-kadang tak. Saya sendiri tak pasti apa masalah yang berlaku. Tidaklah saya mahu kaji sampai ke akar umbi tentang permasalah ini.


Bila jadi isu macam ni, saya terfikir, kerajaan Malaysia sendiri sebenarnya tidak sehebat kerajaan negara-negara luar dalam menangani isu bantuan OKU. Ini antara contoh situasi di Australia. Statement daripada Wardina Safiyyah:
"Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU"
“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini
Kita kena faham bahawa negara kita adalah negara yang masih dalam pembangunan. Australia dan negara-negara Eropah yang lain adalah negara maju. Jangan kata anak OKU, penganggur pun dapat elaun setiap bulan. 

Walaupun kerajaan kita berusaha sedaya upaya menyediakan pelbagai kemudahan, percayalah, masih belum mampu untuk menampung sepenuhnya kesemua anak-anak istimewa yang ada dalam Malaysia ni. Apatah lagi bilangan golongan istimewa semakin meningkat setiap tahun.

Dan sebab itu lah tahap kelayakan untuk mendapat bantuan semakin lama semakin sukar. Kerajaan terpaksa membuat pelbagai tapisan untuk pastikan, bantuan yang ada dapat disalurkan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.


TIADA PILIHAN?

Kerap juga dalam group Autisme Malaysia kami berbincang tentang masa depan anak-anak bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja. Ramai ibu yang memang ada niat untuk berhenti kerja kerana memikirkan masa depan anak-anak istimewa. 

Tapi, disebabkan kos sara hidup yang sangat tinggi sekarang, dan memang pasti akan semakin meningkat di masa akan datang, mereka tidak berani untuk mengambil risiko berhenti kerja.  Bergantung kepada gaji si suami semata-mata, tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan seluruh keluarga.


Jadi, ada yang anggap, seolah-olah  tiada pilihan lain selain dari terpaksa tetap bekerja makan gaji. Walau macam mana kecilpun gaji yang mereka dapat, mereka tetap mahu bekerja makan gaji.



Tapi, bila dikaji semula, sebenarnya gaji yang dapat sekarang pun sebenarnya masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan sediada, apalagi yang ada anak istimewa. Ada yang gaji nya sekadar RM2000 - RM3000. Kajian telah membuktikan, mereka yang bergaji RM3000 ke bawah, telah dikategorikan sebagai MISKIN BANDAR. 

Anda kena faham, kajian yang dilakukan ini tidak mengambil kira mereka yang mempunyai anak istimewa. Kalau yang ada anak istimewa dengan gaji di bawah RM3000, tak tahulah nak dikategorikan sebagai apa.

Kalau ikut logik, 10 tahun akan datang pun belum tentu gaji boleh naik sampai RM10K sebulan. Lain lah kalau anda adalah eksekutif yang bergaji 5 angka sebulan atau suami anda bekerja offshore di syarikat petroleum terkemuka dengan income RM50,000 sebulan.

Insyaallah tiada masalah untuk menampung keperluan anak istimewa. Kalau saya berada dalam situasi tersebut, saya sendiri akan berhenti kerja dan boleh fokus menjaga anak-anak di rumah.


Kenaikan barang-barang keperluan semakin tidak masuk akal sebab kenaikannya tidak setimpal dengan kenaikan gaji.

Bagi kelurga miskin atau  sederhana, tanggungan anak istimewa dalam keluarga hakikatnya mengambil sebahagian besar daripada pendapatan isi rumah. Percayalah, Ini akan mengugatkan keadaan sosio- ekonomi atau taraf hidup keluarga tersebut. Dalam pada itu, anak istimewa itu juga tidak dapat dijaga dengan baik kerana batasan kewangan.

 
BUATLAH BISNES

Mungkin ramai yang belum tahu, realiti rezeki makan gaji adalah 1/10. Dan realiti rezeki dengan berniaga adalah 9/10. 
Saya tahu tentang ini dari dulu lagi. Tapi dulu, saya tak ambil port langsung. Sebabnya, income makan gaji saya dan suami ditahap selesa. Sehinggalah kami dikurniakan anak istimewa. Dan bila tengok balik kos perbelanjaan Qhalish, dah tentu lah kami tak boleh mengharap pada gaji semata-mata. Ini lah salah satu sebab kenapa saya berusaha buat bisnes secara part time dan tidak bergantung kepada gaji semata-mata. 

Cari income tambahan untuk menampung keperluan anak-anak istimewa. Saya yakin, rezeki anak istimewa ini sangat luas. Allah pasti akan permudahkan laluan itu melalui perniagaan yang kita jalankan. Sekiranya kita rasa kita mampu untuk membiayai sendiri, biayailah sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.  Kalau terlalu bergantung kepada kerajaan, bila tak dapat bantuan, kita sendiri yang sakit hati.

Salah satu kesan yang saya dapat daripada hasil berniaga, saya dapat membuka peluang kepada mereka yang jauh lebih layak dari saya mendapat bantuan JKM untuk anak istimewa mereka. Bukan itu sahaja, melalui bisnes ini, saya dapat berkongsi rezeki yang Allah beri dengan menyumbang kepada mereka yang lebih memerlukan.

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK. Kos perbelanjaan untuk Qhalish sebanyak RM2000 sebulan tidak terasa beban dan tidak pernah ada masalah. Saya sangat bersyukur di atas rezeki ini. Dan saya bersyukur kerana saya mengambil keputusan dan tindakan yang tepat dengan menceburkan diri dalam perniagaan.


BERI PELUANG MENCUBA

Jadi, cadangan saya, buatlah bisnes. Saya tau, ramai daripada anda yang tidak ada pengalaman berniaga, hatta tak pernah berniaga dan tak pernah terlintas di hati untuk berniaga. Takkan nak kena terus berhenti kerja. Nanti kalau rugi, lagi teruk. At least makan gaji, kerja ke, ngelat ke, mengular ke, hujung bulan gaji tetap masuk.

So, makan gaji ke, bisnes? Dilema ni dilema....

Saya tak salahkan anda, sebabnya saya dulu pun mentaliti macam tu. Tapi, berilah peluang kepada diri kita untuk mencuba. CUBA DAHULU BUAT BISNES. Nasihat saya, untuk permulaan, anda boleh buat secara part time. Kerja makan gaji tetap diteruskan, tapi dalam masa yang sama, cuba beri peluang kepada diri anda untuk berjinak-jinak dalam perniagaan. Dan itulah yang saya buat.

Buat lah bisnes dari rumah dan boleh dijalankan secara online. Yakinlah, rezeki Allah terlalu luas untuk kita teroka. Bila kita fikir hanya makan gaji je punca rezeki, memang itu je lah yang Allah beri untuk kita. Tapi bila kita yakin dengan Dia Yang Pemberi Rezeki, percayalah, Allah akan beri kita rezeki yang melimpah ruah dari pelbagai sumber yang kita sendiri tak pernah sangka. 

Cuba dahulu, dan rasailah nikmat 9/10 yang telah dijanjikan. Ingat saya pesan tadi, cuba berniaga secara part time dahulu. Sampai satu masa, bila income berniaga part time anda lebih tinggi dari income makan gaji, saya pasti anda akan terfikir untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan secara full time dan anda akan dapat lebih masa untuk keluarga dan anak-anak.


PRINSIP HUKUM PARETO

Anda pernah dengar PRINSIP HUKUM PARETO? Ia adalah hukum yang bunyinya lebih kurang seperti ini “20% usaha menghasilkan 80% hasil”. 




Saya suka kaitkan konsep ini dengan life saya sekarang. Waktu bekerja makan gaji, dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang yang mana mengambil 80% masa dan usaha kita, tapi hasil gaji yang kita dapat hanyalah 20%. Berbeza dengan bisnes. Saya hanya spend 20% effort saya dalam bisnes sebab saya buat secara part time, tapi pulangannya adalah 80%, dan jauh lebih besar dari makan gaji. 

Berniaga: 20% Usaha, 80% Hasil
Makan Gaji: 80% Usaha, 20% Hasil

Mana yang lebih baik? Tepuk dada tanya selera. Dah tentu semua orang nak buat sikit tapi dapat banyak. Takde siapa yang suka kerja teruk-teruk, tapi hasilnya seciput. Kerja teruk-teruk, tapi tiap-tiap bulan masih tak cukup duit, masih mengharapkan bantuan orang lain. Berniaga itu mudah kalau tahu caranya. Kalau kita belajar dari orang yang betul. Kita akan cepat berjaya.

Untuk berjaya dalam perniagaan. Syarat pertama kita kena beri peluang untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang kurang risiko dan tidak terlalu sukar untuk diusahakan. Mencuba sesuatu yang dah ramai orang cuba. Dan terbukti berjaya.

Dan kita perlu belajar dari mentor yang dah terbukti berjaya. Dan mentor ini sudah pun membantu ramai orang lain untuk turut berjaya. Dan kalau kita pilih dia untuk ajar kita. Kita pun 'terpaksa' berjaya seperti anak didiknya yang lain.


Anda boleh download ebook di bawah secara percuma. Beri peluang kepada diri anda untuk baca ebook ini dan fahamkan apa yang saya maksudkan.

Klik di sini untuk download

Saya rasa, hari ini saya mampu menjana pendapatan sampingan melebihi 5 angka setiap bulan adalah disebabkan dua langkah berani saya dahulu. Pertama, saya memberi peluang kepada diri saya sendiri untuk mencuba. Dan kedua, saya belajar dari mentor yang betul. Bila kita belajar dari mentor yang betul. Insya Allah. Kita pasti berjaya.

Bayangkan kalau saya tidak mengambil dua langkah di atas, saya rasa mungkin tak mampu untuk menampung perbelanjaan Qhalish, tak mampu nak hantar Qhalish terapi, tak mampu nak hantar Qhalish swimming, dan terpaksa cari kerja lain untuk dapat gaji yang lebih besar. Sedangkan saya bukanlah jenis yang suka melompat kerja. 

Tahun 2016 pula, Qhalish dah mula sekolah darjah 1. Qhalish perlu masuk PPKI. Sekolah yang ada PPKI semua agak jauh dari rumah. Kemungkinan besar saya terpaksa melepaskan kerja makan gaji untuk uruskan persekolahan Qhalish setiap hari.

Itulah sebabnya saya cuba belajar berniaga dari sekarang. Supaya bila sampai masanya nanti, ilmu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Yang paling penting adalah masa yang lebih flexible bersama keluarga dan anak-anak dan dapat menguruskan mereka dengan lebih baik.


NASIHAT SAYA

Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak istimewa di luar sana, berilah peluang kepada diri anda dahulu untuk cuba berniaga. Yang takde anak istimewa sekalipun, kalau anda rasa gaji tak cukup, berniagalah. Yang dah kaya sekalipun diseru untuk berniaga, apatah lagi yang tahap biasa-biasa.


Saya cerita ini semua berdasarkan kisah benar dan pengalaman saya sendiri. Saya seru kepada anda, jika anda rasa dengan gaji anda sekarang tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan seluruh ahli keluarga, berusahalah untuk cari extra income. 

Janganlah terlalu mengharap kepada bantuan kerajaan. Nama pun bantuan, bantuan hanya sekadar meringankan beban, tapi tidak menyelesaikan masalah kewangan anda. Siapa tahu dengan perniagaan anda,  anda sendiri mampu untuk menghulurkan bantuan dan meringankan beban kepada anak-anak istimewa lain dari golongan susah.


Benarkanlah bantuan kerajaan itu disalurkan kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan. Mudah-mudahan kita semua mampu menjadi insan yang sentiasa mampu memberi.....memberi manfaat kepada orang lain. Mudahan-mudahakan usaha murni kita ini Allah permudahkan. Jika kita suka permudahkan urusan orang lain, Allah pasti permudahkan semua urusan yang berkaitan dengan kita.


Kepada mereka yang telah mengambil langkah pertama tadi, TAHNIAH saya ucapkan. Ramai juga yang dah mula berniaga kecil-kecilan, jadi agent dropship, jual rempah nasi arab, mengambil upah menjahit, jual kek dan kuih-muih, seronok saya tengok.  Siapa yang berniaga, saya jemput anda tinggalkan komen di bawah dan beritahu perniagaan apa yang anda telah jalankan. Mana tahu saya berminat nak beli! :) 


That's why we are doing business. 
To add value to other people.
  
Buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. 
Untuk selesaikan masalah orang lain. 
Untuk mempermudahkan hidup orang lain.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 \


No comments:

Post a Comment