Follow Us @kamharyatie

Thursday 11 December 2014

TERIMA KASIH, MOHON AMPUN DAN MAAF DAN DOAKAN KAMI



Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua, saya, suami, abang, dan adik-adik saya Maria dan Firdaus akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15hb Disember 2014 sehingga 25hb Disember 2014. Tak tergambar perasaan ni bila salah satu impian daripada 101 impian saya akan saya kecapi.

Inilah salah satu daripada 101 impian saya, menunaikan umrah sebelum umur saya mencecah 35 tahun. Dan saya akan genap berumur 35 tahun pada 28 Disember tahun ini. Dan mudah-mudahan saya dapat menunaikan haji sebelum umur mencecah 40 tahun.
 
Untuk itu, di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran bicara sepanjang saya berkecimpung di dalam penulisan blog. Saya sebagai manusia, ada kalanya bila menulis tidak sedar terlanjur kata dan mungkin ada hati yang terluka. 

Beribu kemaafan dipinta dan hanya itu yang mampu saya lakukan di saat ini. Dengan rasa rendah diri juga, mohon dihalalkan segala-galanya.  Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian anda semua mengikuti penulisan blog saya yang tidak seberapa. 


Saya bukanlah penulis yang bagus, tetapi saya cuba belajar untuk sentiasa menyampaikan sesuatu yang sentiasa mampu memberi manfaat untuk semua orang. Saya sentiasa mengharapkan ramai yang mendapat manfaat dari setiap entri saya.

Mohon doakan kesejahteraan saya dan suami serta jemaah-jemaah yang lain dalam menjalankan ibadah umrah ini, diberikan kesihatan yang yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kami berada di sana, selamat pergi dan selamat pulang dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah.... 
 
Sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak saya dapat merasakan kesedihan dan sedikit hiba hendak meninggalkan anak-anak yang masih kecil, ibu-bapa, sanak saudara dan sahabat yang selama ini berada dihati dan menceriakan seluruh hidup saya. 


Namun, demi mencari keredhaan, kasih sayang dan memohon keampunan dari Dia yang abadi, untuk memperbaiki jiwa ini dan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya, saya gagahkan juga. Saya yakin semua yang saya sayang akan sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Buat kedua ibu bapa saya, Mak, Abah, Mama dan Uncle dan juga bibik saya, terima kasih kami ucapkan kerana sudi membantu untuk jaga anak-anak kami sepanjang ketiadaan kami. Kami setiasa mendoakan kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Buat semua bisnes partner, dan juga anak-anak buah bisnes saya, saya doakan anda semua berjaya di dalam perniagaan yang anda jalankan. Saya berharap anda semua sentiasa ingat pesan saya, betulkan niat kita berniaga. 

Kita berniaga bukan semata-mata untuk kaya, tetapi kita buat bisnes untuk selesaikan masalah orang lain, untuk menambah nilai hidup orang lain dan untuk mempermudahkan hidup orang lain.

Sepanjang ketiadaan saya, saya berharap anda semua mampu bergerak sendiri. Umpama anak kecil, pada awalnya perlu dijaga dengan rapi, makan bersuap, dimandikan dan didukung ke mana-mana. Semua perlu diajar dan dilatih. 


Tetapi, selari dengan perkembangannya, bila dah mula pandai berjalan, secara perlahan-lahan saya perlu lepaskan agar dia mula pandai berdikari sehingga akhirnya mampu berlari. Saya tidak mampu untuk memimpin tangan anda semua buat selama-lamanya.

Akhir coretan, salam kasih sayang dari saya, jaga diri baik-baik dan semoga ukhwah kita kekal selamanya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan oleh Allah di dunia dan juga di akhirat. 




1 comment: