Follow Us @kamharyatie

Sunday 14 December 2014

KENAPA NAK BERNIAGA LAGI KALAU DAH KAYA?



Assalamualaikum semua, 

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca blog Mommy Shahab. Saya doakan anda kaya dan Berjaya, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan akhirat. 


Entri kali ini, agak ringkas, tapi cukup padat dengan isi dan mesej yang hendak saya sampaikan kepada anda semua. Kenapa anda perlu berniaga lagi kalau anda dah cukup kaya?

GROUP COACHING

Seperti biasa, setiap bulan kami akan adakan sesi group coaching. Group coaching ni sangat penting jika anda hendak berjaya di dalam perniagaan yang anda jalankan, anda mesti meluangkan masa untuk join sesi seperti ini bersama mentor anda. Anda boleh baca di sini (sila klik) apa yang kami selalu kongsi sepanjang sesi coaching dijalankan. 

Selalunya kami buat di rumah kami di KL. Tapi kali ni, kami tukar angin pula. Atas permintaan salah seorang anak Shaklee kami, Kak Lazimah Omar, kami turun ke Seremban, lokasi adalah di office beliau sendiri. Kak Lazimah kumpul beberapa orang bisnes partner beliau untuk bersama-sama di dalam majlis ilmu kali ni. 


Kak Lazimah sebelah kiri. Di sebelah beliau adalah Kak Kamariah. Sebelum ni kami hanya bertemu secara online. Ni baru first time jumpa.
Kak Afida juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

Sebenarnya, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah kisah perjuangan Kak Lazimah Omar di dalam bidang perniagaan. Sebelum beliau menyertai Shaklee di bawah Empayar Maria Firdaus, beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya.

Beliau mempunyai sebuah syarikat kontraktor bertauliah dan berlesen dan mempunyai sebuah tadika. So, beliau bukan calang-calang orang ye, bukan orang biasa-biasa, tapi seorang yang cukup luar biasa. Seorang yang pemurah dan sangat kaya raya. 
 
TADIKA BINTANG SELATAN

Tadika Bintang Selatan sudah (beberapa tahun) beroperasi dan misi penubuhannya pun telah berjaya. Beliau menubuhkan tadika ini untuk memberikan peluang pekerjaan dan menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik dan mampu dibiayai oleh semua ibu dan bapa yang berpendapatan rendah mahupun sederhana.


Kak Lazimah Omar bersama guru-guru dan tenaga pekerja yang telah banyak membantu beliau dalam menguruskan Tadika Bintang Selatan.
Bersama sebahagian daripada anak murid beliau.
Sebahagian daripada murid yang selamat bergraduasi.

Kebanyakkan yuran kemasukan ke tadika pada hari ini hampir sama dengan yuran pengajian ke universiti tempatan. Beliau tidak mahu anak-anak kecil tercicir dalam pelajaran kerana alasan ibu dan bapa tidak cukup duit untuk memberikan pendidikan awal dan terbaik kepada anak-anak.

Dah ada kompeni sendiri, dah berjaya pun dalam bisnes. Tapi, kenapa beliau join Shaklee? Sedangkan beliau sendiri sudah cukup selesa dengan kekayaan yang dimiliki sekarang. Bukan sekadar untuk makan sendiri, tapi betul-betul serius hendak mengusahakan perniagaan Shaklee.


MINDA ORANG KAYA DAN BERJAYA

Inilah yang ramai orang tak pernah tahu. Percaya lah, ramai orang di sekeliling beliau yang agak skeptikal bila beliau berkongsi tentang keberkesanan produk-produk Shaklee.

“Dah kaya-kaya pun, nak buat business macam-macam lagi. Tak cukup ke, dengan duit yang ko ada tue Lazimah?”

Haaa....agak-agak sentap tak bila kene sound gini? Tapi, saya suka melihat semangat dan cara pemikiran anak didik saya ini. Dia tidak kisah pun, apa orang nak cakap kepada dia sebab nawaitu dia berniaga bukan untuk kaya. 

Tetapi, sebaliknya adalah ingin membantu lebih ramai orang di luar sana dengan perniagaan yang diusahakannya.

Sebelum beliau mengenali  Shaklee, beliau selalu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan kepadanya, apakah lagi jenis perniagaan lain yang boleh dilakukan, yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain, yang boleh menambah nilai hidup orang lain. 

Dan dengan perniagaan tersebut, beliau dapat menambah lebih banyak pencen kubur bersama-sama rakan niaga yang lain.

Alhamdulillah, beliau bertemu dengan Shaklee yang ternyata berkesan mampu menyelesaikan masalah kesihatan beliau dan keluarga, dan dalam masa yang sama, dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang juga menghadapi masalah samada dari segi kesihatan mahupun kewangan.


Berapa ramai orang di luar sana yang ada masalah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, sakit buah pinggang, anak-anak ada masalah eczema, anak tak lalu makan, imun sistem rendah, sakit lutut sampai susah nak solat. Tersangat ramai.

Di sinilah beliau mengambil peranan untuk berkongsi tentang penyelesaian yang telah pun terbukti keberkesanannya. Dan alhamdulillah, setakat ini, dah ramai orang yang beliau dapat bantu.

Kita perlu ingat sebagai peniaga, kita buat business bukan sebab nak kaya. Tapi, nak bantu menyelesaikan masalah lebih ramai orang. Insya Allah, kita terpaksa kaya. Sebab tu lah kalau anda perasan, orang-orang kaya, biasanya semakin lama, mereka semakin kaya.

"Kalau betul nak bantu, bagi free lah. Baru betul bantu"

Ha, sentap lagi bila ada pula yang bersuara macam tu. Itulah beza pemikiran orang kaya dengan orang miskin. Bila kita nak sesuatu perlu ada usaha, jika ada kudrat untuk berusaha, usahalah, jangan nak harap bantuan orang lain sahaja. 

Bila nakkan sesuatu bukannya memohon doa sahaja, tapi tidak berusaha. Berdoa dan berusaha perlu seiring. Tidak perlulah nak ugut macam-macam dari orang lain dengan harapan anda akan dapat sesuatu. Jangan harap minta orang lain suap sahaja. 

Di sinilah Kak Lazimah memainkan peranan untuk beri joran berbanding beri ikan. Memanglah beri ikan boleh terus makan, tapi sekali tu je lah. Takkan selamanya nak beri ikan sahaja. Dengan ilmu dan kemahiran perniagaan yang beliau ada, beliau beri joran kepada ramai orang.

Sebab beliau akan ajar macam mana nak ikat mata kail, macam mana nak baling mata kail, macam mana nak cari lubuk ikan. Beliau nak bantu lebih ramai orang supaya berjaya macam mana beliau boleh berjaya. Beliau suka berkongsi kejayaan beliau supaya lebih ramai yang mampu menjadi kaya seperti beliau.


BEZA MINDA ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN

Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang miskin percaya "Semuanya sudah nasib"

Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang
miskin berbisnes supaya tak rugi.

Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang
miskin hanya nak kaya.

Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang
miskin berfikiran sempit.

Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang
miskin lebih tumpukan kepada halangan.

Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang
miskin benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang
miskin berkawan dengan orang negatif & gagal.

Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
    Orang
miskin berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang
miskin lemah dan lembik dengan masalah.

Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang
miskin menganggap semuanya sudah tahu.

Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang
miskin memilih dibayar melalui masa.

Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang
miskin kerja kuat untuk cari duit.

orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang
miskin biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

Orang kaya pandai uruskan kewangan.
Orang
miskin tidak tahu cara uruskan kewangan.


Lazimah Omar - Jutawan Dunia Akhirat
Saya sentiasa mendoakan agar niat murni Kak Lazimah sentiasa diberkati dan saya doakan agar Kak Lazimah menjadi Jutawan yang Bertaqwa, yang sentiasa memberi manfaat kepada ramai orang.

Sape orang Nogoghi atau berada di area Seremban boleh PM beliau sendiri. Atau add friend di facebook, cari nama Lazimah Omar. Ha koreklah rahsia kejayaan beliau. Kita nak berjaya mesti follow orang yang dah berjaya.

Thanks for reading!

*Jika anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!