Assalamualaikum,
Kali ni
nak cerita pengalaman pertama saya berjaya menderma darah. Kenapa saya beria-ia
nak derma darah? Dan kalau beria-ia, kenapa hanya pada umur 37 tahun baru saya
menderma. Kenapa tak dari dulu lagi.
Begini
ceritanya.....
Saya pernah
hampir-hampir mengalami tumpah darah selepas bersalin anak yang ketiga bila
darah masih tak berhenti mengalir keluar selama beberapa jam selepas baby
keluar. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya darah berhenti juga.
Saya ada
seorang sahabat yang meninggal dunia akibat berlaku pendarahan yang sangat
banyak kerana rahimnya pecah di saat-saat beliau hendak melahirkan anak yang
ketiga.
Ibu yang mengalami tumpah darah atau kehilangan banyak darah, jika tidak dilakukan tranfusi darah dengan cepat, boleh meragut nyawa si ibu dan si anak.
Saya
pernah kena demam denggi berdarah yang hampir meragut nyawa. Dan saya dah
pernah rasa bila seluruh badan saya berdarah setiap hari dan menyebabkan
kekurangan darah dalam tempoh yang singkat. Tapi saya bersyukur sebab belum
sampai tahap perlu menerima darah orang lain.
Boleh baca kisah saya diserang demam denggi kali kedua di sini...
Serangan Denggi Kali Kedua (sila klik)
Saya juga
ada seorang sahabat yang mempunyai anak yang mengalami pesakit Talasemia. Anak
beliau terpaksa menerima rawatan transfusi
darah sebanyak 1 hingga 2 kali setiap bulan untuk sepanjang hayatnya.
Jadi, anda bayangkan kalau hospital kekurangan bekalan darah, macam mana
nasib 8 golongan tadi yang sangat-sangat memerlukan darah untuk terus
hidup.
Anda
mungkin tak tergolong di dalam 8 golongan di atas. Tapi bayangkan kalau berlaku
kepada keluarga atau sahabat yang anda kasihi. Bila terjadi kepada diri kita
baru kita sedar tentang betapa kritikalnya keadaan bila berlakunya kekurangan
bekalan darah di hospital-hospital.
Setiap kali kita menderma, kita mampu menyelamatkan 3 nyawa. |
Kita mampu memberi harapan baru kepada mereka yang sangat memerlukan. |
Tak pernah layak jadi penderma darah
Atas faktor ini lah sebenarnya yang buat saya beria-ia nak menderma. Saya rasa saya wajib lakukan tanggungjawab ni untuk menderma darah kepada mereka yang memerlukan.Sebab Allah kurniakan kesihatan yang cukup baik pada saya, saya wajib beri sedikit pinjaman Allah ni kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Tapi
malangnya, saya tak layak. Saya takde masalah takut darah. Tapi saya selalu tak
layak untuk menderma. Masa study dulu, saya kurang berat badan. Berat badan
saya dalam range antara 40kg - 43 kg sahaja. Sedangkan 45kg baru layak
menderma.
Tapi bila
dah kahwin, berat saya dah ok naik 48kg. Tapi tau lah, bila dah kahwin tu,
pregnant pula, lepas tu menyusu, pregnant lagi, menyusu lagi, sampai lah anak
yang ketiga. Sangat jeles tengok orang boleh derma darah.
Sebenarnya,
setiap tahun, Sapura Community mengadakan Blood Donation and Free Health
Screening Program untuk semua staff. Dan setiap kali tu lah, memang saya tak
dapat nak menderma.
Saya bersama Sapura dah 7 tahun. Dalam tempoh 6 tahun tu pulak, saya menyusu badan anak-anak. So memang tak lepas nak menderma.
Allah knows when is the right time to donate
Baru-baru ni, Sapura Community sekali lagi mengadakan program ni. Dalam hati saya kata, I know, NOW is the right time for me to donate.Saya sendiri rasa badan saya sihat dan saya dah beberapa kali buat health checkup dan result yang semuanya positif. Asbab saya mengamalkan suplemen Shaklee secara konsisten selama lebih dari 5 tahun.
Program kali ni dijalankan di 3 cawangan Sapura. Ni model tak berbayar Amelza, bukan Almeza. Hihihi... |
Saya
yakin kali ni saya layak menderma. Saya tak pregnant, saya tak menyusu badan,
dan saya tau BMI saya sendiri sudah pun berada di tahap normal. So dah sampai
masa untuk saya menderma.
Tadaaaaaa.....akhirnya berjaya melayakkan diri untuk penjadi salah seorang penderma. Lepas ni boleh jadikan acara tahunan. |
Darah saya pun laju aje mengalir keluar. Dalam masa 5 minit dah penuh 1 bag ni. Syukur lepas tu takde pening2. Risau juga kalau pening sebab first time kan. |
Patutlah saya hanya boleh derma 350ml sahaja. Untuk mereka yang berat antara 45kg - 50kg sebanyak 350ml darah diambil. Tapi yang berat lebih daripada 50kg, adalah 450ml. |
Yuswirda
a.k.a emakskema. yang
sentiasa cool.
Kak
Syikin. Tengok gaya macam tak layak sebab kak syikin ni slim aje orangnya.
Sekali layak. Tulang besi urat dawai ni.
Ni
derma beregu namanya. Iza dan Zunnur. Diorang ni memang penderma tegar.
Menderma darah memang dah jadi acara tahunan. Good job! Kita memang memerlukan
lebih ramai penderma dari golongan muda seperti mereka. Yeaaahhhh!
Goodies
untuk semua penderma
Selepas menderma, setiap penderma dikehendaki berehat antara 10-15 minit, minum air dengan banyak dan mengambil makanan berat. Nasi lemak dan kuih-muih memang disediakan. Penderma juga tidak dibenarkan melakukan kerja berat dalam tempoh 5 jam.
9 Kebaikan Derma Darah
Anda tahu tak, ada 9 kebaikan yang akan dinikmati oleh setiap penderma darah:1. Mengurangkan Berat Badan
Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama
Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa
sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita
menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di
wad hospital kelas pertama.
4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis B
Hepatitis B boleh
merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100
kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini.
Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini.
Vaksin Hepatitis B akan
diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.
5. Pertambahan Sel Darah Merah
Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.6. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012.
Antara punca utama penyakit
kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses
serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika
kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam
kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.
7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Sebabnya adalah kerana penyakit jantung
selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi
pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang.
Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.
8. Mengeratkan Perpaduan
Apabila kita menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama agama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.9. Badan Sihat, Pahala Dapat
Menderma
darah merupakan sebahagian daripada sedekah. Ganjarannya cukup besar di sisi
Allah kerana ia mampu menyelamatkan insan lain.
Fahami
konsep THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK. Semakin kerap kita
bersedekah, semakin murah rezeki. Semakin kerap kita menderma darah, badan kita
akan menjadi semakin sihat.
Jom Derma Darah!
Amacam?
Best kan? Siapa yang belum lagi menderma, JOM kita sama-sama derma untuk bantu
mereka yang memerlukan. Menderma darah
boleh jadi antara sedekah yang besar dan pahalanya terus menerus mengalir untuk
kita. Ia tidak mengira darjat, perbezaan warna kulit mahupun agama.
Boleh jadi suatu hari
nanti, kita pula ditempat mereka yang memerlukan darah. Setitik darah yang kita
dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti dan
memberi manfaat kepada orang lain.
Kepada mereka yang belum pernah menderma, saya
share dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu. Semoga bermanfaat
Sila klik image dia atas untuk paparan yang lebih besar. |
Wallahualam
No comments:
Post a Comment