Follow Us @kamharyatie

Monday 16 December 2013

Anda Yang Mana Satu? Lobak? Telur? Atau Kopi?



Masalah... problem...dugaan... cabaran...

Semua tu merupakan ujian dari Allah. Tapi pernah tak kita fikir, kenapa ujian itu diturunkan? Kita patut bersyukur sekiranya kita diuji. Sebenarnya setiap manusia memerlukan ujian.

Ujian adalah satu proses upgrade diri dalam membentuk diri manusia menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Tapi berapa ramai daripada kita yang rasa bersyukur bila diuji?

Bersyukur bukan bermaksud redha semata-mata, tapi mestilah disusuli dengan usaha untuk selesaikan. Apa yang saya nak cerita kat sini adalah bagaimana cara kita nak menangani sesuatu masalah in the smart way!

Orang yang hidup biasa-biasa akan menganggap masalah sebagai satu ancaman. Ancaman terhadap keluarga, bisnes, karier dan sebagainya. Bila masalah dilihat sebagai ancaman, ini akan menyebabkan fikiran cenderung menjadi stress dan mereka akan mencari jalan untuk mengelak dari ancaman tersebut ataupun mula menyalahkan orang lain.

Saya nak share satu cerita yang berkaitan dengan masalah.

Pada suatu hari, seorang anak mengadu kepada ibunya, yang dia menghadapi satu masalah yang betul-betul telah mengganggu hidupnya.  Si anak ini sebenarnya hampir putus asa. Sebab dah banyak kali dia cuba selesaikan masalah tersebut, tapi setiap kali tu lah akan ada masalah baru yang timbul. Kemudian, si ibu mengajak anaknya ke dapur.

Si ibu mengambil 3 periuk dan diisikan dengan air.  Kemudian si ibu meletakkan lobak ke dalam periuk 1, sebiji telur ke dalam periuk 2 dan beberapa biji kopi ke dalam periuk 3. Kemudian ketiga-tiga periuk itu diletakkan di atas api dan dibiarkan sehingga air menggelegak.

 
Keras dan sukar dilentur?

Rapuh, mudah pecah, lembut di dalam?

Hodoh, hitam dan keras?

Si ibu membiarkan ketiga-tiga bahan tersebut dimasak tanpa berkata apa-apa kepada si anak. 20 minit berlalu, si ibu pun menutup api. Si ibu pun keluarkan semua bahan-bahan tadi dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang berlainan.

Lalu si ibu bertanya kepada si anak, "apa yang kamu nampak?"

"Lobak, telur dan kopi". ujar si anak. Si ibu kemudian menyuruh si anak pegang & rasa lobak tadi. Kemudian si anak memberitahu yang lobak tadi lembut dan lembik.

Selepas itu, si ibu menyuruh anaknya memecahkan telur. Bila pecahkan, keluarlah sebiji telur yang sudah keras. Yang terakhir, si ibu mengarahkan si anak untuk minum & rasa air kopi yang dikeluarkan tadi. Si anak tersenyum kerana keenakan rasa air kopi.

Si anak bertanya, "Apa maksud ibu?" Si ibu tersenyum, lalu menerangkan kepada si anak.  Ketiga-tiga objek tersebut mengalami masalah yang sama, iaitu air panas. Tetapi, setiap bahan tadi pengakhirannya adalah berbeza.

Lobak yang asalnya mengeras dan sukar untuk lentur, apabila dimasak, ianya menjadi lembik dan lemah.


Telur pula, pada asalnya nampak begitu rapuh. Kulitnya nipis tetapi masih lagi mampu untuk melindungi cecair di dalamnya. Tetapi bila terkena air panas, isi dalamnya menjadi keras! 


Biji kopi pula nampak hodoh, keras dan hitam, tetapi apabila diletak dalam air panas, ianya menjadi air yang enak.

"So, which are you?" soal si ibu kepada si anak tadi. "Bila masalah melanda, apa tindakbalas kita? Adakah kamu nak jadi lobak, telur atau biji kopi tadi?" tambah ibunya.


Mana satu pilihan kita?
  • Jika anda menjadi lobak yang sentiasa keras hati dan kuat tapi bila masalah melanda (air panas), adakah anda mahu menjadi lembik, layu dan hilang semua kekuatan? 
  • Atau jika anda sebiji telur yang pada mulanya lembut, tapi bila terkena air panas, terus bertukar wajah. Menjadi keras hati dan serba tak kena. 
  • Adakah anda biji kopi? Pada asalnya rupabentuk yang hodoh, pahit dan hitam. Tapi bila kena air panas, ia menjadi air yang sedap dan beraroma.


MORAL OF THE STORY

Jadilah seperti biji kopi.  Bila kita dilanda masalah, kita akan mengubah masalah tersebut menjadi sesuatu yang lebih baik . Kita akan tangani masalah tu dengan menjadikannya sebagai peluang. Peluang untuk upgrade diri kita ke satu tahap yang lebih baik.

Kita tak akan komplen sana sini tapi adjust pada keadaan persekitaran kita pada masa itu. TRY AND ADJUST. Fokus kepada jalan penyelesaian dari persoalan yang timbul, bukan pada penyebab dari masalah tersebut. Ingat Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya. Semua ini akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih baik dari sebelum.  


So, start berfikir secara positif. Jom kita jadi seperti biji kopi tu. Apa masalah yang timbul bukanlah satu yang membebankan. Ada hikmah disebaliknya. Silap-silap kita boleh jadikannya sebagai peluang dan punca rezeki. Nak mudah, jika kita fikir senang, maka senanglah jadinya, tapi jika kita fikir susah, maka susahlah kita nak hadapinya.

Akhir sekali, anda nak jadi apa? Lobak, Telur atau Kopi? Pilihan ditangan anda....

~Daddy & Mommy Shahab~



No comments:

Post a Comment