Follow Us @kamharyatie

Sunday 8 December 2013

How Business Minded Thinks?



Macam best jer....Macam hebat je tajuk kat atas tu. Ye ker? Mesti ramai kat luar sana tertanya-tanya, apa yang businessman fikirkan ek? Mesti la sama kan? Sama-sama manusia, tak kan lain? Dia orang pun ada perasaan, ada hati, ada hidung, ada mata, tapiiii.....kenapa ada orang kata lain? Cer pikir, cer pikir.....

Biar saya buka satu cerita supaya orang lagi faham apa yang saya maksudkan dengan cara orang berniaga ni berfikir, lain dari yang lain. Seperti ramai sedia maklum, mak mertua saya merupakan pembuat kuih koci tegar dan kocinya sahaja dah dapat liputan luas sehinggakan ramai yang kata 'The best koci in town'. 

Dia punya rajin, kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab nak siapkan order kuih koci. Nak buat dah la susah. Tapi bukan itu saya nak ceritakan.....So berbalik pada cerita mak mertua saya tadi. Bila dia buat kuih koci, peneman dia setiap masa adalah sebuah TV di dapur beliau. 

TV tu la yang selalu membuat dia tak mengantuk walaupun selalunya TV yang tengok dia...hehehehe. Masalah TV kat dapur ni ialah susah nak dapatkan reception. Walaupun dah pakai booster ariel, ianya masih tak mencukupi, tapi masih boleh tengokla. 

LANGGAN ANSTRO NJOI

So bila dah lama asyik tengok TV dalam kekaburan, saya suggest dia untuk ambil ASTRO since ada channel yang dia nak tengok ada kat ASTRO & crystal clear lagi. Saya bagitau, tak payah amik yang mahal-mahal sebab sekarang ada yang FREE iaitu ASTRO NJOI. Cuma bayar RM280 untuk dekoder & permasangan dah dapat few channel yang Free sampai bila-bila.

Setelah ditimbal balik, mak mertua serta Mommy Shahab pun bersetuju akan NJOI ni. Yang paling penting mak mertua saya nak sangat channel TV Al-Hijrah. So Mommy Shahab melanggan NJOI melalui online. Nak pendekkan cerita, hari sabtu lepas, orang yang nak pasang NJOI pun datang. 


ASTRO NJOI

CABARAN PEMASANGAN

Bila mereka datang, banyak persoalan yang dilemparkan pada mereka seperti nak kena tebuk lubang kitchen cabinet ke untuk laluan wayar? You buat kemas tak? Kalau tak payah tebuk boleh ke? Maklumla, Kicthen Cabinet dia lawa, so tak nak apa-apa jadi. So saya pun suggest pada mak mertua saya, macam mana perjalanan wayar tersebut from TV sehinggalah ke ASTRO dish tu. Selesai satu perkara.

Kemudian datang masalah kedua. Benda ni terjadi bila nak pasang ASTRO dish pula. Tempat yang dicadangkan oleh pemasang ialah dinding yang mengadap rumah sebelah. Pak Mertua saya kata tak boleh tempat lain ke? sebab bila letak dish tu kat dinding tu, ianya akan makan space rumah sebelah. 

Dia kata what will happen kalau jiran sebelah nak extend rumah dia ke belakang. Tak pasal-pasal kena cabut balik dish tu. Masalah tambahan pula, jiran sebelah tak ada di rumah. Dia dah tak duduk situ lagi. Rumah tu sebenarnya jadi rumah persinggahan dia kalau nak jumpa kawan-kawan lama atau nak solat Jumaat kat Masjid area rumah kita orang. 


Tempat cadangan permasangan ASTRO dish. Dinding tu lah yang akan menggangu rumah jiran sebelah.

So Pak Mertua turun dan kata cancel sahaja permasangan tu sehingga kita dapat green light dari tuan rumah iaitu jiran sebelah. Nak ikutkan ni merupakan kali kedua orang pasang ASTRO datang dan takkan la kami kena cancel permasangan sekali lagi. 

Kang tak pasal-pasal kena blacklist. Kami cuba call pakcik jiran sebelah untuk beritahu hal ni, tapi tak angkat-angkat pula. Memandangkan saya agak kesian dengan budak-budak nak pasang ASTRO tu, dah penat-penat survey & pasang itu ini, tiba-tiba nak cancel?

So saya sekali lagi suggest kat budak-budak tu tuk panjat ke bumbung & cari spot yang sesuai tuk letak dish tu. Alhamdulillah, mereka jumpa dan tak kacau mana-mana pihak pun. Selesai satu lagi masalah.


MORAL OF THE STORY

Apa yang saya nak cerita kat sini adalah, saya dan Mommy Shahab telah mengalami kehidupan yang luar biasa sejak menyertai dunia perniagaan ni. Kenapa saya cakap begitu, selalunya kalau kita ada masalah, jalan penyelesaian yang sering diambil, tak payahla susah-susahkan badan sendiri. 

Ambil je jalan senang, tak yah buat atau stop apa sahaja yang menyusahkan. Tapi sejak mula berniaga ni, kami belajar there's always a way sebenarnya tuk selesaikan semua masalah walau sebesar mana pun problem yang melanda. Orang business ni fikiran dia luar biasa sebab pada dia, kalau tak selesaikan masalah tersebut, ianya akan sentiasa menghantui kita sampai bila-bila. 

Tu sebab businessman tak suka tangguh-tangguh kerja, jika tertangguh, duit tak masyuk. Yang paling best, setiap masalah yang datang, kami akan anggap benda tu sebagai satu opportunity dan bukan benda yang membebankan. Boleh jadi opportunity tu dalam bentuk rezeki, ia juga boleh menjadi pengajaran supaya kita tak buat silap lagi in future dan ia juga boleh menjadikan kita sebagai pakar dalam permasalahan tersebut.


So pengajaran yang boleh kita ambil ikhtibar kat sini ialah, jangan anggap sesuatu masalah sebagai satu beban yang boleh membuat anda tak keruan sampai tak boleh tidur. Just be more creative dalam menyelesaikannya. Setiap permasalahan, pasti ada pernyelesaiannya. Kita cuma perlu cari. Always find workaround. So till next time...Selamat beramal!

~ Daddy Shahab ~